Pages

Friday, February 3, 2012

Entry Tertunggak Cuti Hari Wilayah Persekutuan KL

Assalamualaikum..

Minggu ni sangatla busy nyer..sampai takder masa nak update blog..ni pon free masa lunch time..sempat kot nak update apa-apa yang patut..

Apa yang berlaku sepanjang beberapa hari ni ek..banyak sangat thing happen..

Memula, nak cerita pasal cuti hari wilayah pada 1 hb Feb yang lepas..memangla sy cuti tp kereta standard negeri pahang mana la cuti kan..tapi dia tak masuk office pon..menebeng jer kat rumah..petang sket baru masuk office..nak half-day katanya..lantak awakla..disebabkan sy ada kat rumah, kereta standard pon ada kat rumah..sangatla memudahkan kerja menjaga qayyum..walaupon cuti, tp takde la berehat sangat pon..pagi2 lagi dah kener membasuh kain (masuk wash-machine jer), vacuum rumah, lepas tu mop pulak..lepas tuh melipat kain yang menimbun tu..

Disebabkan dah lama tak memasak, sy pon merajinkan diri memasak..tp masak biasa-biasa jer..malas nak makan kt luar, lgpon tak tau nak makan apa ntah..biasa la bentong tu bukannya banyak sangat choice tempat makan..

Kos beli bahan mentah cuma RM13 sahaja..sy masak ayam masak merah, ikan goreng jer, tempe goreng, sayur carrot & cendawan pon goreng jugak..sy juga merajin kan diri membuat sambal belacan sbb nak makan dengan tempoyak..ngeh-ngeh..masak pon sekejap jer, malas nak masak kuah-kuah..leceh kot..kang masak macam-macam kereta standard tak makan pulak..


Lepas tu kitorang beli cermin utk dinding..dah lama nak beli tapi asyik tak sempat jer nak pergi cari..kebetulan dah cuti, g la tengok kedai arab kat bentong tu..dapat beli yang sederhana besar..
Kereta standard pasang sendiri, guna bosch yang beli tak guna-guna tuh..konon-kononyer dia sangat berpuas hati la dengan pemasangan beliau tuh..sambil puji-puji diri sendirik..padahal cermin tu senget sebelah..kalau tengok gamba kat bawah ni macam tak perasan sangat tp tengok depan-depan memang senget..fail betulla..siap mintak service charge RM30 lagi...sekupang pon sy takmo baya la kalau upah pasang senget camneh..


Lubang-lubang yang kat dinding tuh sbb salah ukur..takpaper la..


No comments:

Post a Comment