Pages

Wednesday, February 29, 2012

Women Edition # Cara Mengatasi Niple Crack

Assalamualaikum..


Kali ni sy nak kogsikan hasil dr google & pembacaan, untuk mengatasi masalah puting melecet adalah:-

1. Untuk elak puting susu ibu melecet semasa mula-mula susukan baby, apa yang perlu dibuat ialah ambil sedikit air susu yang keluar guna jari, kemudian sapukan di tempat yang melecet dengan lafaz Bismillah dan selawat.

2. Menyusukan anak dgn cara yg betul; mulut baby mesti isap keseluruhan @ 3/4 aerola kite, insyaAllah xde masalah nipple crack...cara nak tau die isap betul, perhatikan bibir bb, dua2 atas & bawah mesti terjuih. then, ade setengah org akan mengalami rengat...rengat ni, yg kite rase kat ari2 kite sakit berdenyut2...tu maknanye rahim kite nak mengecut, tu antara tanda bb kite menghisap breast kite dgn cara yg betul...


Yang ni pulak sy copy paste dr SINI

Untuk panduan ibu-ibu, simptom-simpton yang dialami oleh ibu
- sakit
- puting merekah
- ruam
- kulit berkeping
- sakit lepas menyusu
- puting berdarah
- tidak selesa, gatal, panas

Punca-punca puting melecet atau sakit
- posisi dan lekapan tidak betul
- bengkak susu akibat jarang mengepam/menyusu
- bayi keliru puting ibu dan botol
- belum mahir guna pump
- salah teknik memerah guna tangan
- dermatitis
- atopik ekzema

Penyelesaian untuk puting melecet atau sakit
- belajar teknik lekapan yang betul dan pastikan anak melekap dengan betul
- bagi bayi hisap sebelah payudara yang tak sakit dahulu
- bila susu mula mengalir sendiri, boleh beralih ke payudara yang sakit
- bila dah selesai penyusuan, masukkan hujung jari kelingking ke penjuru mulut anak supaya anak lepaskan puting.
- alihkan bayi dari payudara perlahan-lahan.

Jika puting telah luka
- sapukan dengan susu ibu
- gunakan breast shield untuk sementara jika anak selesa menghisap darinya
- boleh guna krim yang tidak mengandungi bahan kimia, semulajadi dan selamat untuk bayi.

Semoga tips-tips ni boleh membantu sy & ibu-ibu diluar sana..


Sekian

No comments:

Post a Comment