Pages

Thursday, February 27, 2014

Resepi : Siakap Masak Taucu


Assalam..


Minggu lepas aktiviti hujung minggu adalah duduk rumah jer..
Kereta standard kata xpayah pegi jalan, nanti letih..yelah tu..
So sy pon plan masak sebab tak keluar jadi tak payahla makan dekat luar..


Beras pon dah habis (nampak sgt dah lama tak masak), bahan2 masak pon takde..
Beli bahan basah untuk dua hari, restock mana2 yg xder..gedebak-gedebuk habis seratus jugaklah..
Tapi, dr makan kat luar lagi berbaloi masak sendiri..


Cari2 resepi kat buku masakan yang berlambak tu, then suggest kat kereta standard nak masak apa..
Hari sabtu tu sy masak sup ketam, ayam goreng, sayur campur dengan siakap masak taucu..
Selalu ikan siakap asikla masak masam manis dengan stim halia jer so kali ni kita tukar selera pulak..
Tak sangka, kereta standard kata sedap sangat..
Siap hari ahad tu masak taucu jugak..




Senang jer masak ni, yang penting niat ikhlas..inshaallah mesti sedap walaupun main campak2 jerk..
Resepi ni sy ambik dekat Buku Senangnya Memasak Ikan Chef Hanilieza..tapi ikan tu sy tukar tak guna ikan yang di sugest seperti dalam buku..


Resepi Siakap Masak Taucu

- Ikan siakap seekor (potong dua kalau besar sebab tak muat kuali nak goreng)
Lumur garam kunyit, goreng garing2 dan angkat..

- Tumis bawang putih dan bawang besar
- Masukkan taucu
- Masukkan air asam
- Masukkan gula

Biar mendidih sekejap
Kalau nak kuah banyak letak air lebih sikit..air asam dengan gula tu agak2 jer, ikutla deria rasa sendiri..
Tak perlu letak garam tau sebab taucu ni dah masin..

- Masukkan cili merah dan tomato
- Dah siap siramkan atas ikan
- Last sekali taburkan daun sup

Tadaa...dah siap..


Selamat mencuba..


Monday, February 24, 2014

Dinner @ Old Town Bentong


Assalam..


Adalah satu hari tu sebab tak sempat makan satu hari kat office, balik jer rumah teruslah ajak kereta standard makan  kat luar..
Lagipon macam dah lama tak makan old town punyer kuewtiow sup jd sy pon ajak kereta standard makan situ jer..lagipon restoren kat depan rumah, jadi keluar jalan kaki jer..




Kalau kat sini, benda paling best bg Qayyum mestilah pensil dengan kertas..
Haa..contenglah sesuka hati..




Yang adik pon dah membuas boleh tahan jugak..
Anaz ni tengok jer apa benda yang abang dia buat..lepas tu dia pon sebuk jugak nak sentuh, pegang2 semua..




Minggu depan dah masuk 9 bulan..
Sy tengok gusi dia dah ada tanda2 nak tumbuh gigi..alhamdulillah..
Sy harap dia sihat jer, janganlah demam ke apa ker..




Kalau dulu kitorang kalau datang old town Bentong ni mesti duduk kat meja yang macam sofa tu..tapi kalau nak letak baby chair meja tu macam tinggi sikit so susah sikitla..jadi sekarang duduk jelah kat mana2..




Sekali sekala jer makan kat luar sekarang ni..




Sebab dah malam jadi order yang dinner set jelah..senang..
Kereta standard order set nasi lemak, hazelnut coffee dengan coffee ice-cream..




Sebab sy memang teringin nak makan kuetiow sup jadi sy order ini..apa tah nama dia, lupa plak..Qayyum pon sy suap ni jugak sebab dia memang suka makan sup..
Set sy pon dessert sama jer dengan kereta standard coffee ice-cream..


Lepas makan terus jer balik rumah..
Kenyang giler..lepas tu rasa macam menyesal pulak sebab makan banyak..
Kata nak diet..maka terbabaslah diet kan..


Takpe, konon2 esok nak sambung balik diet..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..




Friday, February 21, 2014

Lepak2 at New Starbucks Branch @ Gohtong Jaya


Assalam..


Kat area Gohtong Jaya tu dah ada new Starbucks branch tau..
Baru jer buka kat sebelah Petron tapi yang petrol pump tu belum operate lagi..
Hari tu sy pon gatal2 ajak kereta standard gi try melepak kat situ..
Kitorang berdua-duaan jer, anak2 kat rumah pengasuh sebab masa ni hari bekerja..


Best ooo sebab takde orang, masa tu cuma ada satu couple customer dengan kitorang..
Masa sy datang ni dah dekat tengahari jugakla..
Yang paling penting internet laju wooo..hehe




Kitorang ni bukanlah peminat tegar coffee so boleh kira dengan jari berapa kali jer beli air starbuck nih..
Lagi satu mahal, orang kaya jer yang melepak kat Starbucks ni hari2..hehe



Tapi sebab tempat baru lepas tu dah lalu tiga empat kali bila balik kampung tu jadi haruslah mencuba kan..
Kitorang order air apa, lupa sudah..choc frap kot..entah, seriuos dah lupa nama air ni..
Ada choc n coffee..
Kek pulak try marble cheese cake..



Dah nama pon berdua-duaan kan jadi air dengan kek tu kongsi jer..
Air dia best sebab macam tak rasa coffee sangat lebih pada chocolate jer..




Lepas habiskan air dan kek, lepak2 sekejap terusla kereta standard hantar gi lrt..
Sebenarnya pagi tu sy gi stamping dekat lhdn Bentong..
Runsingla pegi kat KL, tunggu jer dekat sejam..banyak kali kene pegi stamping pulak tu so sy decide utk pegi kat rumah jer..boleh masuk office lambat sikit..hehe
And kereta standard pulak dengan baik hati nak hantar sampai Gombak..
Lagilah gembira berganda2 sebab sy tak perlu naik bas..hehe




Tempat ni best jugak untuk lepak2..
Notes utk kereta standard : nanti awak gaji kita datang minum kat sini lagi ek..:)


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


Thursday, February 20, 2014

White vs. Pink


Assalam..


Hari tu, pada dua minggu lepas masa jalan2 kat Alamanda maka termasuklah kedai Sembonia..
Tak plan pon nak beli apa2, just nak tengok2 colection shoe and hanbag jer..
Tapi tulah kan, bila dah tertengok dan terbekenan sangat kat satu benda tu nanti konon2 takut tido malam termimpi2..ewahh..
Maka terbelilah purse baru..walaupon TAK PENTING sangat..
Woman always macam tu kan, ker saya sorang jer sebenarnya yang macam tu..haha




Purse Carlo Rino ni sy beli masa mula2 sy kerja..dah dekat 7 years la..
Sebab dia adalah full-leather so memang xrosak, sikit koyak pon xder cuma dah kotor sikit sebab warna putih..dan sebab purse ni button so dah loose sikit button tu..tapi still boleh tutup..

Lagipon sebenarnya purse ni x-boyfriend sy yang belikan..***oppps, terbocor rahsia pulak..matikla kene jelingan maut kereta standard nih kalo dia baca..haha
Tapi bukanla sebab purse ni hadiah dr X so sebab tu sy tak tukar2..
Dah lama sebenarnya plan nak beli yang baru, tapi sebab takde kepentingan sangat pon nak tukar jadi asyikla nanti..dan nanti dulu..

Haa, sy ni jimat jugakkan orangnya..
Tetiba..**




Tapi bila masuk kedai Sembonia tu kan..pandai betul promoter tu promote kat sy..
Purse ni on sales 40% diskaun..haruslah sy berfikir2 seploh kali nak beli ke taknak kan..
Sebab sebelum2 ni punyer survey paling banyak pon 10% jer less..


Tu yang sy menggelupor nak beli jugak tu..haha..
Teruk betul, siap datang balikla kedai tu sebab memula rasa cam tak penting so tak payah beli la kot..
Bila dah jalan2 asyikla teringat jer..teruslah patah balik dan beli jugak, tak boleh jadi betul..
Purse ni last 3 piece sebab tu 40% discount..nak habiskn stockla tu..
Ada dua colour, lagi satu soft pink..so sy ambik yang pink terang sikit ni..


Lepas ni lagi 7 tahun pulakla beli purse baru agaknya..
Hehehe..





Sekian, terima kasih sudi baca..
Bye


Tuesday, February 18, 2014

Umrah - Semoga Selamat Pergi & Pulang


Assalam..


Pada 12.2.2014 haritu mak dan abah sy telah selamat pergi menunaikan umrah..
Dijangka balik dalam masa dua minggu dari tarikh pergi tu..
Semoga selamat semuanya..





Busu sy yang hantar mak dengan abah dari kampung..
Sy dengan kereta standard just tunggu kat KLIA jer..
Sebab mak dengan abah sy dijangka terbang dalam jam 12am so kitorang keluar rumah dalam jam 3 petang..jam 4.30 dah sampai KLIA..
Tapi bukan terus tunggu kat balai berlepas tu..
Lambat lagi..
Jadi tunggu kat masjid KLIA jer..

Lepas jer hantar, busu sy terus balik kampung..
Takut lewat pulak sampai rumah kalau gerak lambat..




Mak dengan abah sy ni pegi umrah ikut rombongan dr Chini, Pahang..
Kebetulan Anjang sy (pakcik) suami isteri dan anak lelaki dia pon pergi juga jadi mak dengan abah sy pon ikut sekali..
Harap2 senang sikit lah kalau ada sedara mara ni kan..




Anaz Qaizer dah nak masuk 9 bulan..
Rasa macam sekejap jer masa berlalu..
Budak ni memang tak banyak karenah sangat..senang jer nak jaga..




Dia dah nak masuk 9 bulan tapi belum tumbuh gigi lagi..
Tapiii...macam nak berjalan dah ni walaupon tak tumbuh gigi lagi..
Qayyum dulu 7 bulan dah tumbuh gigi dah tapi start jalan masa umur setahun 3 bulan..




Lasak pon boleh tahan jugak ni..
Dia tengok jer apa yang abang dia buat..




Kat masjid ni ada playground so takdelah bosan sangat budak2 ni sementara nak tunggu sampai malam..




Budak Qayyum ni main jelah kerja dia, lepas tu ada geng abang2 main lompat2 pulak..
Badan dahla besar dan tinggi, tak padan sungguh dengan umur baru 3 tahun..




Haa, cuba tengok budak Anaz tu buat apa..
Asal dapat berpaut kat mana2 mesti nak berdiri..kadang siap lepas tangan sebelah lagi..
Kita risau jer dia jatuh tersembam..




Letih jugak nak tunggu sampai malam kat sini..
Dalam jam 8.30 malam tu baru rombongan dari Chini sampai..
Lepas tu mak dengan abah sy naik bus terus ke LCCT..
Kitorang tak tunggu dah, harap2 semuanya ok dan berjalan dengan lancar..
Kereta standard pon dah letih sangat..
Dalam jam 10 malam tu kitorang terus gerak balik Bentong..




Makcik dengan nenek sy pon ada tunggu kat LCCT..
Diorang tunggu sampai naik flight..
Alhamdulillah sudah selamat pergi..
Inshaallah selamat mengerjakan umrah dan selamat pulang ke tanah air..
Amin..



Monday, February 17, 2014

Bowling @ MidValey


Assalam..


Dah lama tak menaip,  bila nak start semula tetiba macam blank pulak..xtau nak start macam mana, xtau nak tulis apa..segala macam taktau lah pendek kata..hehe


Ada banyak giler entry yang tertunggak dan macam2 perkara la yang dah berlaku selama tak update blog nih..


Tapi sy start dengan yang latest dulu la ek, and nanti nak select event yang best2 and sy akan updated dalam blog..




Weekend minggu lepas iaitu hari Sabtu tadi, office kereta standard buat program main bowling dekat Cosmos Bowling, MidValey..
Diorang ni suka tau buat event, ada2 jer activiti yang diorang buat..


Bersungguh2 jugakla kereta standard main walaupon yang strike adalah sekali dua jer..
Hahaha..sy tak main, tolong support jelah..
Diorang main 3 game kot, lepas tu masing2 keletihan..
Yang kereta standard pulak, malam tu sakit2 badan..tulah xbuat warming-up dulu sebelum main..





Start dalam jam 11 pagi, habis jam 1 ptg..
Oh, seperti anda sedia maklum..sy masih belum kurus lagi..
Misi 50kg asik tenggelam timbul jer..
Kalau sebelum ni since diet kitorang memang dah tak makan kat luar, tapi sejak dua menjak ni ramai pulak yang open table..tu yang kelaut diet tuh..




Budak Qayyum ni kelaparan lepas asyik berlari2 dan melompat2..
Lepas tu pulak asik mencilok makanan orang lain jer..haa, twisties tu anak officemate kereta standard punyer tp Qayyum pulak yg tolong habiskan..
Bila nampak anak dah kelaparan tu, kereta standard pon belikan fries..yelah tak banyak sangat choice makan kat dalam ni..
Kitorang plan kang dah habis main bowling baru gi makan..
Tapi masa breakfast tu kitorang dah makan, kebetulan pulak masa tu Qayyum tido..
Haa, sapa suruh tido..kn dah lapar..




Masa2 awal2 pagi memang tak ramai lagi yang datang main bowling..dah tengahari baru start ramai..
Group kereta standard dapat nombor 3 daripada 4 group..hadiahnya sorang RM30..hahaha..
Oklah tu dr xder apa2 kan..




Ni adalah sebahagian dr staff Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah Bentong..
Yang bawak family adalah dua tiga staff jer termasuklah kitorang, yang lain datang single jer..


Lepas habis main bowling, kitorang pon tawafla MidValey tu..dulu2 dating kitorang memang selalu tengok wayang kat sini tapi sejak dah duduk Bentong memang dah lama tak datang sini dengan kereta standard..
Sy baru jer pergi dengan officemate terutama hari jumaat..office dah dekat la katakan..




Mula2 memang xder plan nak shopping pon just jalan2 jer..
Tapi bila dah pegi shopping complex tak pernah lagi la tak beli apa2..mesti terbeli something jugak..
Bila jalan kat area kids dalam metrojaya maka ternampakla baju superman macam comel jer..
Belikan untuk Qayyum, lagipun sy ada baucer RM10..haruslah guna segera sebab mestilah lama lgi nak datang sini semula kan..


Yang kelakarnya bila pakai kan pada Qayyum dia boleh mengamuk2 suruh tanggalkan mafla kat belakang baju tu..
Apalah awak  ni Qayyum, tula asyik tengok Ultraman jer..dah tak kenal superhero yang lain..




Dan disebabkan kasut Qayyum dah tak muat so kitorang pon cari kasut sarung utk dia..
Yang ni puasla cari, kebanyakkan xder saiz lepas tu mahal sangat..
Memula nak beli kasut Nike or Adidas macam kasut sebelum tu, bila fikir2 balik harga sepasang kasut dah la mengalahkan harga kasut sy dan kaki dia cepat sangat besar..fikir punyer fikir rasa rugi plak..
Tapi kalau orang lain mungkin mampu beli jelah kan..
So kitorang end up beli kasut yang biasa2 jer..
Ni pon sejam lebih pilihkan kasut Qayyum jer..last sekali beli kat Bata jer harga RM36++..
Haha..jimat duit papa..





Balik rumah terus test pakai..
Wahh comelnyer anak mama..ala kasut yang sebelum ni kaler merah jugak..macam lebih kurang jek..
Pakai kasut Qayyum tak reti lagi tapi bukak kasut tu kemain cepat sebab kasut tu besar sikit..
Stokin pon dah pandai pakai dan bukak sendiri..
Dah besar dah budak ni..


Sekian..
Bye