Pages

Tuesday, April 30, 2013

Resepi : Carrot Cake Chef Izani


Assalamualaikum..


Dah lama nak try resepi ni, baru sekarang berkesempatan nak buat..
Bila mood membaking dah datang barulah best..kalau tak apa pon tak buat..
Resepi ni senang sangat sebab pakai cawan..tapi memula tu macam tak reti nak sukat guna cawan apa, sebenarnya pd sy lagi senang guna scale sbb comfirm tak salah sukat..
Untuk resepi ni sy belasah jelah gunakan cawan kopi/air panas..hehe


CARROT WALNUT CAKE




Resepi Asal : Chef  Ezani



Ayak semua bersama-sama dan ketepikan 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda  

2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis                
1 sudu kecil garam

Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
4 biji telur
1  1/3 cawan gula
(sy kurangkan jd 1 cawan jer)
1 ½ cawan minyak sayuran (sy guna minyak jagung)
2 ¾ cawan lobak merah diparut
1 cawan kelapa kering  (sy tak letak)
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar 
  
Cara2 
1. Panaskan oven ke suhu 165°c.
2. Sediakan bekas pembakar (resipi ini unutk kek 10x10 inci atau 13x8 inci, atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau  buat cupcakes! Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.



Cream Cheese Ising


200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
2 ½ cawan gula aising, diayak
1 sudu kecil esen vanila



Version Cream Cheese Ising sy sebab taknak membazir

250gm cream cheese
60gm butter
120gm gula aising
Sedikit esen vanilla





Satu adunan ni dapat banyak juga, sy guna loyang sederhana..selebihnya masukkan dalam cup..




Kene bakar dua batch..
Yang first dalam loyang, yang kedua pulak buat cupcake..




Malas nak bakar sekali sebab karang takut bantat, tak jadi pulak kek sy sebab asyik bukak tutup oven..
Maklumla bukan tahap profesional lagi..hehe
Jadi, play save bakar jelah dua kali..




Untuk cupcake sy reduce suhu bakar 160C jer selama 20 minit..
Kalau terlebih bakar kek jadi kering..




Yang sy punyer ni memang terlebih bakar sebab kek jadi kering sikit..
Tapi yang bakar dalam loyang memang lembab dan sedap..
Rasanya ni memang resepi kek carrot yang paling sedap sebab moist jer..maybe sebab ada nenas blend tu agaknya..
Next time kalau buat kek carrot boleh guna resepi ni jer..


Kek ni banyak jadi memang tak habis nak makan kat rumah..
Bawak office separuh, suruh kereta standard bawak gi office dia jugak dan bagi pengasuh Qayyum..
Tinggal sikit jer kat rumah..
Lagipon sy jer yang makan banyak kot, kereta standard macam tak gemar sangat kek carrot ni..



Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Friday, April 26, 2013

Majlis Konvokesyen yang PENING!!!


Assalamualaikum..



Dua minggu lepas dapatlah surat yang ditunggu2..
Memula sangatlah teruja, seronok, excited rasa nak melompat2..
Over betul..hehe..




Bila buka surat jer terus nampak tarikh raptai 5/5/2013 (ni tarikh birthday sy tau..sambil mata pandang atas**)hehe..
Keesokan harinya pulak terus dapat tahu 5/5/2013 tu adalah tarikh mengundi..
Terus laju2 call UTM, dan pihak UTM dah comfirm anjak konvokesyen sehari selepas mengundi..
Maknanya raptai 6/5/2013 (Isnin) start jam 2 petang, konvokesyen pulak 7/5/2013 (Selasa)..turn sy sesi petang..




Setakat ni sy dah settle everything macam dah jelaskan payment, dah isi kajian pengesahan graduan dan book hotel..yang ni sakit hati tau sebab Scholar's Inn tu dah penuh..
Bila tanya kawan2 semua book Pulai Spring Resort..bapak mahal..
Sebab nak sekali dengan geng, pejam mata jelah bayar..tapi bila tengok website, tempat dia macam cantik dan nampak mewah..
Sy book suite dua bilik, harganya RM340 per night, compare dengan Scholar's Inn tu apartment dua bilik baru RM100 per night..
Tapi takpelah, yang penting ada tempat nak tido..





Majlis konvo ni tak pening tapi sy yang pening kepala sangat2 ni..banyak sangat benda yang buat sy pening sebab sy rasa tarikh tu agak kelam kabut..rasa macam nak bernafas pon tak boleh..
Kenapalah tak buat konvo bulan April jer..grrrr..


Kali ni rasanya memang tak dapat nak balik mengundi sebab ikut ic sy mengundi dekat Sg Besar, dah rugi satu undi..kereta standard pulak terpaksa bertugas maybe sampai malam..


Sy plan nak drive balik jer berdua beranak dengan Qayyum sehari sebelum mengundi tu, tido semalam kat kampung then hari ahad lepas mengundi terus bawak mak abah sy balik Bentong..Bentong ke Sg Besar lebih kurang 3 jam..
Tapi dengan keadaan sy yang dah sarat mengandung ni (minggu konvo ni dah 37 minggu) maka kereta standard tak benarkan sama sekali sy nak drive sendiri balik kampung..
Jadi, sy pon dah cakap awal2 dekat mak sy, kalau ada rezeki ada la diorang ikut sy ke Skudai tengok konvo sy..ataupon sebaliknya..
Tapi, sy rasa memang tak sempat nak ambik..cedihh sangat..
Takkan nak suruh naik bas pulak, lagilah kesian..


Pening yang kedua pulak adalah sebab masa ni dah sarat sangat 37 minggu..
Hari2 sy berdoa agar janganla terberanak lagi..biarlah baby konvo sama2 dengan mama yer..
Sy dah menunggu selama 4 tahun, sy sangat berharap agar tak terlepas moment indah ni TAPI andai kata bukan rezeki sy nak buat macam mana..


Last check-up hari isnin lepas, urine kotor balik, berdarah, siap ada infection..sebab apa pon sy tak tahu..
Bila check perut, doktor kata kepala baby belum turun lagi..alhamdulillah..
Harap2 doa sy untuk dapat pergi konvokesyen dimakbulkan..
Amin..



Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Thursday, April 25, 2013

Resepi - Cream Puff


Assalamualaikum...


Last week sy terlebih rajin sikit nak try buat cream puff..tak pernah buat dan tak pernah makan lagi..
Tapi bila tengok bahan2 dan resepi macam senang jer so apalagi, bersemangatla nak cuba.. 


Sebenarnya hari2 masa balik office sy lalu kat depan kedai bakery area Masjid Jamek tu..
Cream puff tu hari2 ada dan memang macam sedap jer tengok..
Kedai tu sebelah chat time, tp sebab kedai cina memang sy takkan singgah beli la kan..


Resepi : CREAM PUFF
By : Yani / masammanis

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur (100g) 
Cara-cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
3. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
5. Tepung gandum di ayak 

6. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
7. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
8. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
9. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  

CREAM CUSTARD
By : Honey /
masammanis
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.




Satu adunan ni sy dapat dalam 11 biji..
Masa ni sy takde alumunium foil tu, so slamber jer letak atas dulang..
Dulang pon tak sapu dengan minyak..
Derhaka dan pemalas betul kan, taknak folow resepi betul2..




Bila dah siap bakar, jadi gemok gedempol ko puff sy tu..
Maklumla first time buat kan..
Sekali bila nak keluarkan dari dulang, MELEKAT la pulak..
Sebab tu la kene lapik dengan alumunium foil..
Ceh, rugi satu puff sy sebab dah berlubang..
Yang lain tu berjaya dikeluarkan dengan berhati2..
Rupa2nya puff ni kat dalam dia berongga, dalam erti kata lain kosong jer..
Tu yang kene letak inti tu..




Siap salin resepi kat atas kertas..semangat tak..hehe
Sejak blackberry kereta standard rosak, dia pakai tab sy..dahla kedekut giler orang nak pinjam sekejap pon bising2..
Haritu terkena apa ntah sebab sy bawak gi dapur, dia punyer kecoh tu macamlah benda tu dah rosak sangat..
Tu yang salin jer atas kertas, senang nak tengok..
Cream custard buat siap2 sementara tunggu puff dibakar then masukkan dalam piping beg..



Dah siap pon cream puff gemok gedempol sy..
Tabur gula sket kat atas dia bagi cun..hehe
Sy makan 2 biji jer, kereta standard bedal 9 biji..
Memang sedap sangat ker ntah, atau kelaparan tahan gaban..


Esoknya, kereta standard suruh buat lagi..
Dia suruh buat banyak sikit, boleh hantar kat rumah pengasuh Qayyum..
Memang sedap sangatla kot sebab sampai suruh buat sekali lagi..


Esoknya tu, singgah sekejap kedai bakery, maka ternampaklah nozel icing..
Ni yang last terusla ambik..walaupon tak pernah dan tak reti nak guna..biarkan, beli jer dulu..
Memang dasar perempuan kan..
Harganya RM39.00..tak tahula sy murah ker mahal ntah..





So, malam sabtu tu sy pon start projek cream puff..
Confident habisla masa ni sebab semalam buat menjadi kan..
Kali ni sy double adunan jadi 2 kali ganda..
Sebab kan kereta standard suruh buat lebih..




Mula2, panaskan butter dengan air sampai mendidih..
Lepas tu matikan api terus..




Kemudian masukkan tepung dan kacau cepat2..
Masa ni memang perlukan tenaga yang mencukupi nak kacau tepung tu sebab kene buat cepat2..
Lepas tu panaskan periuk semula dan kacau tepung sampai kering sikit..
Matikan api kemudian masukkan telur..


Tapi, masa ni sy tersilap sebab letak 2 biji telur jer..sepatutnya dua adunan 4 biji telur..
Dahla masa nak kacau tu terpaksa minta bantuan kereta standard sebab dah tak larat nak kacau..
Patutlah pekat semacam jer..




Ni adunan yang tak jadi tu..
Memang tak naikla puff tu sebab kurang telur..
Maka, berlakulah pembaziran..dahla penat..
Hohoi, menyesal sungguh sebab tercuai..


Lempar masuk tong sampah jelah..
Mula2 dah fed-up dah nak buat tapi alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan..
Alang2 dah buat, kene buat sampai jadi..


Bancuh lagi adunan buat kali kedua..
Kali ni suruh kereta standard yang kacau kan, sebab tangan sy dah letih dah..
Tak larat nak kacau..




Lepas letak telur, kene kacau cepat2 sampai jadi smooth dan tak berketul2..
Adunan dia akan jadi tak pekat sangat dan tak cair sangat..




Sy pon test guna nozel yang baru beli tu..
Ambik yang macam bentuk star..
Sebab dah penat, maka memang jadi agak tak semenggahla masa buat bentuk dia..
Kali ni sy cuba buat comel2 sket compare yang masa first time tu jadi gemok gedempol..
Dan kali ni letak alumunium foil, tak payah sapu minyak pon sebab puff ni memang tak melekat..




Alhamdulillah, akhirnya jadi jugak walaupon letih mengacau..
Next time kalau nak buat lagi memang kene buat satu adunan jer untuk satu masa..
Kalau larat nak kacau bolehla buat double adunan tu..
Yang cream custardnya pon kene gunakan tenaga untuk mengacau jugak..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..


Tuesday, April 23, 2013

Saba Restaurant # Setiawangsa



Assalamualaikum..



Saba Restaurant
Lokasi : Tingkat 3 Wisma Jelatek, Setiawangsa



Minggu lepas ada orang tetiba mengidam nak makan nasi arab..
Yang pasti bukan sy, tapi officemate sy..hehe
Bila dah ada orang ajak lunch kat luar, sy on je..




Kalau nak tahu ni first time sy makan nasi arab kat KL ni..
Memang nak ajak kereta standard try tapi asyik tak berkesempatan jer..kan kat KL bersepah restaurant makanan arab..
Kereta standard pernah beli nasi arab dekat Temerloh, tapi sy macam tak berapa minat sangatla pulak..
Itupon beli tapau jer, lepas tu makan kat rumah..




Ini adalah antara menu yang disediakan..
Kawan sy kata, harga Saba Restaurant ni reasonable la jugak compare restaurat arab yang lain..
Semua mahal2 belaka..




Ada appetizer, rice selection, barbeques & drink..




Mamat ni la yang nak makan sangat nasi arab kat sini..
Kitorang naik satu kereta, terima kasihla Din bawak kitorang makan kat sini yer..


Din ni selalu perasan handsome dan bujang, padahal anak dah lima ko..
Senyap2 jer bini dia mengandung, tetiba jer ambik cuti bini bersalin..terkejut beruk kitorang satu office..haha..lawak betul..
Yang tudung purple sebelah Din tu pulak Syikin..
Budak ni bujang lagi, boyfriend pon takde..katanya la kan..
Sian dia selalu kene buli sebab kitorang selalu suruh dia kawin cepat2 sikit..haha..




Sy dan Mieza..
Kitorang datang empat orang jer..




Apa yang kitorang order adalah Mandi Chicken, ambik yang half chicken..
Satu pinggan kongsi makan dua orang..
Untuk half chicken harganya RM17..




Macam biasa, sebelum makan wajib ambik gambar dengan makanan dulu..hehe




Nasi dia memang banyak..
Rasanya half chicken ni boleh makan untuk tiga orang sebab nasi dia banyak..
Kitorang kongsi makan dua orang pon tak habis..




Mandi Chicken ni kene makan dengan sambal dan kuah nasi arab ni..
Tapi yang ni self service, ambik sendiri kat meja sebelah kaunter ..
Diorang serve nasi dengan air jer..




Ni pinggan sy, ayam seketul dengan nasi sikit..
Memula ambik nasi sikit jer dulu, karang baru tambah..
Boleh tahanla makan kat sini, ayam dia lembut jer..
Nasi pon ok tapi macam tak boleh makan banyak2 sangat sebab cepat muak..agaknya diorang masak guna minyak sapi kan..




Masing2 sedang kusyuk menikmati nasi arab..
Masa lunch hour ni boleh tahan ramai jugak orang datang makan kat sini..
Tapi restaurant ni pon besar, so jangan risaula kalau takder tempat duduk..mesti ada punyer..




Diorang semua order juice tapi sy order air mineral jer..
Haruslah kurangkan gula dan minum air kosong jer..hehe..










Alhamdulillah, kenyang..
Akhirnya habis licin..
Tinggal tulang temulang jer..hehe..





Ni sy kongsi dengan Syikin..
Minah tu pon makan nasi bukannyer banyak..ayam pon dia tak habis makan..
Nasi ada banyak lagi lebih..




Restaurant ni betul2 sebelah lift..
Kitorang parking kat basement, naik lift terus sampai restaurant ni..takdelah kene jalan kaki jauh2 pon..
Lepas jer makan terus balik office..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..



Monday, April 22, 2013

Feeling artisla sangat...


Assalamualaikum..



Hari rabu tu, officemate sy si dak Lily tu bawakla kasut2 ni datang office..
Dia kata kawan dia punyer, dia tolong jualkan kalau nak beli..
Kawan dia saja beli banyak2 kat expo kasut so harga memang murah..



Bila nampak jer "wahh, kasut neelofa.."
Hahaha..tetiba je kan..




Kasut ni memangla cantik, tapi tinggi gilerrr...
Boleh terpelicok kata orang banjar (maknanya terseliuh)..haha..
Walaupun kaki gemok tapi ehh tetiba boleh muat pulak kasut ni..
Muahaha..amazed giler..
Tak sedar diri betul si mak buyung ni..ala cuba jer, bukan buat jalan pon..
Nak berdiri pon tak stabil, apetah lagi nak bawak jalan..memang tak confident..
Yang ni harga asal RM109, jual RM60..saiz 6 kalau tak silap, brand nose..





Nanti nak beli satu jugakla pump heel macam ni, tapi tidaklah setinggi macam yang ni..
Sebab yang ni memang melampau ketinggiannya..hehe




Officemate sy bawak 3 pasang tapi kasut tinggi yang kaler kuning tu jer yang muat..
Yang lain tak muatla pulak untuk dicuba..
Selipar buruk tu tak termasukla ek..
Tapi kan takder sapa nak beli kasut2 artis ni..
Tinggi sangat, kang jatuh kene gelak jer..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..


Friday, April 19, 2013

Resepi : Kentang Putar


Assalamualaikum...


Hari tu sy ada try buat kentang putar untuk Qayyum..
Budak ni sekarang takmo makan sangat..kita risau dia kurus jer..
Kalau kurus dah tak bambamla dan kurangla kecomelan Qayyum nanti..hehe
Demi nak bagi anak selera makan, maka sy pon cuba la google resepi kentang putar ni..


Ni first time ever try buat sendiri..
Selalu tu pemalas, kita beli jer kat kfc..yang large rege lebey kurang RM5..
Kereta standard siap sound jangan jadi tak sedap pulak..cehhh..
Mamat tu kan, bukannyer nak menggalakkan bini..sajer jer nak menyakitkan hati tau..
Sabar jelah..


RESEPI KENTANG PUTAR

Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.




Sy guna 5 biji kentang..kentang jenis russet potato (betul ke ntah nama kentang ni) ada promotion RM2.50/kg..bersemangat gi pasaraya beli bahan2 semata-mata nak try resepi ni tau..




1. Mula-mula, kupas dan rebus kentang sehingga empuk..
Air letak sikit jer sebab kentang ni jenis yang cepat empuk..




2. Lenyek kentang sehingga lembut dan gebu..
3. Masukkan sedikit butter, mayonis, susu, garam & sedikit black pepper..


*Cara sy ni agak tak senonoh sikit, letih makcik nak lenyek kentang tu tau..
Memula guna garfu, still ada ketul2 lagi..lepas tu guna senduk besar..letih jugak nak lenyek..last-last sy guna lesung batu tumbuk2 baru puas hati..hahaha...
Tapi masih jugak ada ketul2 sikit..malas nak keluarkan mixer, jadi tumbuk jelah guna lesung batu tu..
Kalau guna blender pulak nanti jadi cair sangat kan..



RESEPI GRAVY @ SOS KENTANG PUTAR
Source : daunpandan@myresipi.com

Bahan-bahan
  • 650 ml air **sy guna 2 cawan air jer
  • 5 sudu besar stok ayam ** sy guna 1 kiub ayam maggi
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang **tak letak
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum - bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat **sy letak kicap kipas udang jer sbb takder kicap pekat
  • garam-hana tak letak sbb dah masin **sy pon tak letak

Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian masukkan black pepper.
  3. Masukkan garam jika perlu. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  4. Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. Curahkan ke atas kentang putar.










Tadaaa...dah jadi kentang putar sy..
Senang sangat rupanya nak buat kentang putar ni..
Tapi ambik masa lama sikit nak lecek kentang tu jer..


Tapi kan Qayyum makan sikit jer, lebihnyer dia boleh buat main..
Rasanya not bad jugak..next time boleh try lagi..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..



Thursday, April 18, 2013

Weekend Activity # Genting Highland


Assalamualaikum..


Hari sabtu kan dah pegi Aquaria KLCC, lepas tu jalan kat KLCC pulak..
Gi cari makan kat Jusco Wangsa Maju, tapi cam nak makan pizza..terus gi cari pizza hut dekat dengan Wangsa Walk tu..
Dalam pukul 6 petang jugakla sampai rumah..


Hari ahad, kengkononyer nak berehatla kat rumah..
Semalam dah berjalan sakan kan..
Lepas jer solat subuh terus start kemas rumah, sapu sampah, membasuh kain, sidai kain, lepas tu membasuh second trip cadar segala toto pulak, lepas tu buat sarapan..


Buat sarapan cekodok jer pon, tapi kereta standard nak makan nasi lemak pulak..
Dia gi beli nasi lemak dan tapau untuk sy nasi kerabu..
Lepas makan layan tv kejap..Qayyum pon dah bangun, bagi dia makan bihun goreng..ni pon beli bungkus jugak..
Adalah dalam 5 suap jer makan bihun tu..
Lepas tu kitorang dah takde nak buat apa, kereta standard pon kata kita sambung tido jelah..
Sy pon dah letih..kemas rumah pon macam tak kemas jer..
Bangun jer si budak Qayyum tu terus dia buat sepah segala mainan dia balik..


Ajak Qayyum masuk bilik tido, dia boleh kacau papa dia nak tido..
Korek2 mata lah, main cak2 lah, panjat2 badan segala bagai..
Baru pukul 11 pagi masa ni, lepas tu kereta standard kata tak boleh jadi macam ni sebab tersangatlah bosan..nak tido pon tak boleh sebab kene kacau dengan Qayyum..


Lepas tu kereta standard kata jom gi jalan nak  tak..
Yeaaaaa..itulah yang sy tunggu2 sebenarnya..
Memang pantang orang ajak jalankan..
Sy kata banyak tempat kat Pahang ni nak gi jalan dan tak memerlukan duit belanja yang banyak sangat..antaranya yang dekat2 dengan rumah kitorang adalah...

1. Bukit Tinggi
2. Janda Baik
3. Air Terjun Chamang
4. Genting Highland
5. Air Terjun Lentang
6. Fraser Hill


Sy sebenarnya nak ajak kereta standard gi Fraser Hill tapi kereta standard tak nak pulak..dia kata tempat tu bosan jer sebab takde apa2 yg menarik..last2 sekali dia ajak naik Genting jer..
Genting pon Gentinglah..janji gi jalan2..
Kereta standard ajak kawan dia skali, rumah atas tu sorang..

  


Gerak dalam jam 12 tengahari..lebih kurang pukul 1 lebih baru sampai..drive slow jer sampai atas..
Lepas tu tawafdekat  6 kali sebab nak cari parking yang paling dekat..
Akhirnya park kereta dekat dengan Hotel First World ni..
Tawaf tu bukan sebab apa, kereta standard pon tak biasa sangat area Genting Highland ni..tu yang nak ingatkan jalan tu..
Lagipon dah lama tak naik Genting ni, adalah dekat setahun dah kot..
Last sekali kitorang pegi naik cable car..
Itupon saja jer naik cable car, nak bg Qayyum experience..
Tapi tobatla kot, beratur jer dah sejam..orang ramai giler masa tu..


Cari2 baju lengan panjang untuk Qayyum tapi tak jumpa plak..malas nak punggah2 baju dia..
Kesudahannya pakaikan baju tido ajer..hahaha..tapi tak perasan sangat kan..
Walaupon pakai seluar pendek tapi sebenarnya Genting ni waktu siang tak sejuk mana pon..
Kawan kereta standard pon selamba jer pakai short pant..
Kat luar jer rasanya berangin sikit, tapi bila dah masuk first world ni panas jer..




Destinasi utama yang pertama nak dituju adalah Nike Factory Store ni..
Kitorang memang plan nak belikan kasut/sandal baru untuk Qayyum..
Haritu sy memang ada berkenan satu kasut  kat Al-Ehsan Temerloh, malangnya takde saiz pulak..
Dekat Al-Ehsan Bentong pulak takder desing yang menarik, size pon agak limited jugak..
Tu yang nak cari kat sini..




Tapi kat sini pon sama malang jugak sebab takder saiz untuk Qayyum..
Dah try dua tiga kasut semua tak muat..
Semua tinggal saiz kecik jer..
Ceh betullah..




Kesudahannya kereta standard pulak yang dapat t-shirt..
Kaler kuning tu macam cun jer, lagipon dia takder lagi t-shirt jalan warna kuning..
Terus rembat sehelai..
Lagipon kat sini dapat harga murah sikit dari kedai kat luar..




Sementara kereta standard cuba baju kat fitting room, ibu dan anak pon bercamwore lah apa lagi..
Bola tu action jer, taknak bagi melalak..bukan nak beli pon..
Kat rumah dah banyak bola dah..
Sekali bila letak balik dia boleh melalak nak berguling2..




Kesudahannya masuk tempat game ni baru senyap sekejap..
Macam2 perangai betulla budak ni..




Memula ingat nak masuk snow world ni tapi kereta standard kata next time kita datang lagi..
Takde harapanlah nak masuk dalam ni..




Mengintai dari luar jendela jelah..
Tengok dari luar macam best..takper, next time kita mesti masuk tau kereta standard..awak dah janji..
Entrance fees RM30 sahaja..




Sekarang sudah 34 minggu..
Sy harap dengan usaha sy yang asyik berjalan jer ni akan membuatkan hasil supaya dapat bersalin awal dari due date..hehe
Bukannya apa, sy rasa badan dah berat sangat dah..
Rasanya kaki dah tak dapat nak menampung berat badan sy ni..
Bab jalan tu ok tapi bila nak bangun pagi tu memang lah seksa yang amat..
Lagi2 nak bangun gi kerja tu..
Hari2 pikir nak urgent leave or mc jer..hahaha..
Sakit2 badan, kaki semua..bila nak pijak lantai tu kan..tuhan jelah yang tahu betapa seksanya..
Tapi bila dah start jalan dua tiga langkah terus ok la pulak..




Sy rasa time kitorang datang ni macam tak crowd sangat..
Ramai tu memang ramai tapi masa sy datang naik cable car dulu tu memang ramai giler la orang kat genting ni..
Sebab apa, kali ni masih ada banyak ruang2 kosongla kalau nak bergerak terutama kat kawasan ni..hehe




Budak ni dah lapar agaknya masa ni..
Nampak jer pisang terus melalak nak buah..
Belikan satu, terus dia makan sampai habis..
Good, tak membazir..
Yelah, pagi sebelum tu menyusu sebotol dengan makan bihun goreng dalam 5 suap je kan..mana nak kenyangnyer..


Masa ni dah dekat pukul 3 petang..
Kitorang pon dah lapar..perut dah bunyi2..
Pikir punyer pikir nak makan kat mana, kereta standard ajak makan kat Kenny Rogers jer..





Qayyum pon sibuk nak tengok menu jugak..
Ingatkan nak share jer half chicken dengan kereta standard tapi mamat tu taknak share pulak..dia kata kita order lain2..
Ceh, lapar sangat gamaknyer sampai makan pon dah taknak kongsi2..




Ni plate sy..
Quarter chicken dengan side dish macaroni & cheese, baked bean dan pasta..
Air sy tak order sebab bawak bekal air tapis dari rumah..
Kereta standard pon makan quarter chicken jugak..side dish pon lebih kurang sama jer..
Cuma kawan kereta standard jer makan macaroni & cheese..tapi lepas tu tak habis makan sebab dia kata masin sangat..




Budak Qayyum ni macam biasa la, bila orang makan dia pon sibuk nak pinggan, sudu dan garfu sendiri..
Selagi tak dapat selagi tulah melalak..
Tapi harini behave sikit daripada makan kat pizza hut semalam..
Yang kat pizza tu melalak sebab nak main air..hish, memang malu dengan family yang meja sebelah tu..
Tapi malu sekejap jer la, sebab kereta standard kata anak diorang pon sama jer, siap tumpahkan air atas meja..hahaha
Dah nama budak2 kan..sabar jelah..




Elok jer dia makan sampai habis..
Bagus..
Macam ni lah budak baik, bolehla kita selalu2 makan kat luar..
Kalau asyik buat perangai memang tak akan bawak makan luar lagi lah lepas ni..




Last but not least..gambar sy..hehe..
Cover peyot buncit dengan handbag...:)
Lepas makan, dalam pukul 4 terus jer gerak balik..
Nama pon jalan2 cuci mata kan, jadi sekejap sangat kat sini..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..