Pages

Thursday, April 18, 2013

Weekend Activity # Genting Highland


Assalamualaikum..


Hari sabtu kan dah pegi Aquaria KLCC, lepas tu jalan kat KLCC pulak..
Gi cari makan kat Jusco Wangsa Maju, tapi cam nak makan pizza..terus gi cari pizza hut dekat dengan Wangsa Walk tu..
Dalam pukul 6 petang jugakla sampai rumah..


Hari ahad, kengkononyer nak berehatla kat rumah..
Semalam dah berjalan sakan kan..
Lepas jer solat subuh terus start kemas rumah, sapu sampah, membasuh kain, sidai kain, lepas tu membasuh second trip cadar segala toto pulak, lepas tu buat sarapan..


Buat sarapan cekodok jer pon, tapi kereta standard nak makan nasi lemak pulak..
Dia gi beli nasi lemak dan tapau untuk sy nasi kerabu..
Lepas makan layan tv kejap..Qayyum pon dah bangun, bagi dia makan bihun goreng..ni pon beli bungkus jugak..
Adalah dalam 5 suap jer makan bihun tu..
Lepas tu kitorang dah takde nak buat apa, kereta standard pon kata kita sambung tido jelah..
Sy pon dah letih..kemas rumah pon macam tak kemas jer..
Bangun jer si budak Qayyum tu terus dia buat sepah segala mainan dia balik..


Ajak Qayyum masuk bilik tido, dia boleh kacau papa dia nak tido..
Korek2 mata lah, main cak2 lah, panjat2 badan segala bagai..
Baru pukul 11 pagi masa ni, lepas tu kereta standard kata tak boleh jadi macam ni sebab tersangatlah bosan..nak tido pon tak boleh sebab kene kacau dengan Qayyum..


Lepas tu kereta standard kata jom gi jalan nak  tak..
Yeaaaaa..itulah yang sy tunggu2 sebenarnya..
Memang pantang orang ajak jalankan..
Sy kata banyak tempat kat Pahang ni nak gi jalan dan tak memerlukan duit belanja yang banyak sangat..antaranya yang dekat2 dengan rumah kitorang adalah...

1. Bukit Tinggi
2. Janda Baik
3. Air Terjun Chamang
4. Genting Highland
5. Air Terjun Lentang
6. Fraser Hill


Sy sebenarnya nak ajak kereta standard gi Fraser Hill tapi kereta standard tak nak pulak..dia kata tempat tu bosan jer sebab takde apa2 yg menarik..last2 sekali dia ajak naik Genting jer..
Genting pon Gentinglah..janji gi jalan2..
Kereta standard ajak kawan dia skali, rumah atas tu sorang..

  


Gerak dalam jam 12 tengahari..lebih kurang pukul 1 lebih baru sampai..drive slow jer sampai atas..
Lepas tu tawafdekat  6 kali sebab nak cari parking yang paling dekat..
Akhirnya park kereta dekat dengan Hotel First World ni..
Tawaf tu bukan sebab apa, kereta standard pon tak biasa sangat area Genting Highland ni..tu yang nak ingatkan jalan tu..
Lagipon dah lama tak naik Genting ni, adalah dekat setahun dah kot..
Last sekali kitorang pegi naik cable car..
Itupon saja jer naik cable car, nak bg Qayyum experience..
Tapi tobatla kot, beratur jer dah sejam..orang ramai giler masa tu..


Cari2 baju lengan panjang untuk Qayyum tapi tak jumpa plak..malas nak punggah2 baju dia..
Kesudahannya pakaikan baju tido ajer..hahaha..tapi tak perasan sangat kan..
Walaupon pakai seluar pendek tapi sebenarnya Genting ni waktu siang tak sejuk mana pon..
Kawan kereta standard pon selamba jer pakai short pant..
Kat luar jer rasanya berangin sikit, tapi bila dah masuk first world ni panas jer..




Destinasi utama yang pertama nak dituju adalah Nike Factory Store ni..
Kitorang memang plan nak belikan kasut/sandal baru untuk Qayyum..
Haritu sy memang ada berkenan satu kasut  kat Al-Ehsan Temerloh, malangnya takde saiz pulak..
Dekat Al-Ehsan Bentong pulak takder desing yang menarik, size pon agak limited jugak..
Tu yang nak cari kat sini..




Tapi kat sini pon sama malang jugak sebab takder saiz untuk Qayyum..
Dah try dua tiga kasut semua tak muat..
Semua tinggal saiz kecik jer..
Ceh betullah..




Kesudahannya kereta standard pulak yang dapat t-shirt..
Kaler kuning tu macam cun jer, lagipon dia takder lagi t-shirt jalan warna kuning..
Terus rembat sehelai..
Lagipon kat sini dapat harga murah sikit dari kedai kat luar..




Sementara kereta standard cuba baju kat fitting room, ibu dan anak pon bercamwore lah apa lagi..
Bola tu action jer, taknak bagi melalak..bukan nak beli pon..
Kat rumah dah banyak bola dah..
Sekali bila letak balik dia boleh melalak nak berguling2..




Kesudahannya masuk tempat game ni baru senyap sekejap..
Macam2 perangai betulla budak ni..




Memula ingat nak masuk snow world ni tapi kereta standard kata next time kita datang lagi..
Takde harapanlah nak masuk dalam ni..




Mengintai dari luar jendela jelah..
Tengok dari luar macam best..takper, next time kita mesti masuk tau kereta standard..awak dah janji..
Entrance fees RM30 sahaja..




Sekarang sudah 34 minggu..
Sy harap dengan usaha sy yang asyik berjalan jer ni akan membuatkan hasil supaya dapat bersalin awal dari due date..hehe
Bukannya apa, sy rasa badan dah berat sangat dah..
Rasanya kaki dah tak dapat nak menampung berat badan sy ni..
Bab jalan tu ok tapi bila nak bangun pagi tu memang lah seksa yang amat..
Lagi2 nak bangun gi kerja tu..
Hari2 pikir nak urgent leave or mc jer..hahaha..
Sakit2 badan, kaki semua..bila nak pijak lantai tu kan..tuhan jelah yang tahu betapa seksanya..
Tapi bila dah start jalan dua tiga langkah terus ok la pulak..




Sy rasa time kitorang datang ni macam tak crowd sangat..
Ramai tu memang ramai tapi masa sy datang naik cable car dulu tu memang ramai giler la orang kat genting ni..
Sebab apa, kali ni masih ada banyak ruang2 kosongla kalau nak bergerak terutama kat kawasan ni..hehe




Budak ni dah lapar agaknya masa ni..
Nampak jer pisang terus melalak nak buah..
Belikan satu, terus dia makan sampai habis..
Good, tak membazir..
Yelah, pagi sebelum tu menyusu sebotol dengan makan bihun goreng dalam 5 suap je kan..mana nak kenyangnyer..


Masa ni dah dekat pukul 3 petang..
Kitorang pon dah lapar..perut dah bunyi2..
Pikir punyer pikir nak makan kat mana, kereta standard ajak makan kat Kenny Rogers jer..





Qayyum pon sibuk nak tengok menu jugak..
Ingatkan nak share jer half chicken dengan kereta standard tapi mamat tu taknak share pulak..dia kata kita order lain2..
Ceh, lapar sangat gamaknyer sampai makan pon dah taknak kongsi2..




Ni plate sy..
Quarter chicken dengan side dish macaroni & cheese, baked bean dan pasta..
Air sy tak order sebab bawak bekal air tapis dari rumah..
Kereta standard pon makan quarter chicken jugak..side dish pon lebih kurang sama jer..
Cuma kawan kereta standard jer makan macaroni & cheese..tapi lepas tu tak habis makan sebab dia kata masin sangat..




Budak Qayyum ni macam biasa la, bila orang makan dia pon sibuk nak pinggan, sudu dan garfu sendiri..
Selagi tak dapat selagi tulah melalak..
Tapi harini behave sikit daripada makan kat pizza hut semalam..
Yang kat pizza tu melalak sebab nak main air..hish, memang malu dengan family yang meja sebelah tu..
Tapi malu sekejap jer la, sebab kereta standard kata anak diorang pon sama jer, siap tumpahkan air atas meja..hahaha
Dah nama budak2 kan..sabar jelah..




Elok jer dia makan sampai habis..
Bagus..
Macam ni lah budak baik, bolehla kita selalu2 makan kat luar..
Kalau asyik buat perangai memang tak akan bawak makan luar lagi lah lepas ni..




Last but not least..gambar sy..hehe..
Cover peyot buncit dengan handbag...:)
Lepas makan, dalam pukul 4 terus jer gerak balik..
Nama pon jalan2 cuci mata kan, jadi sekejap sangat kat sini..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..




2 comments:

  1. tak pernah lagi pegi sini walaupun dekat je dengan rumah. nak drive sendiri tak berani nak naik bukit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti free blhla akak bwk anak2 jalan2..hehe

      Delete