Pages

Friday, March 30, 2012

Panduan Membeli Rumah Dari KPKT

Assalamualaikum..

Sekarang ni sy sedang memikirkan sesuatu yang serius..yelah, semua orang..kebanyakkan kawan-kawan semuanya dah beli rumah sendiri. tapi sy masihlah duduk sewa jugak..ni tak boleh jadi ni..

Sy & kereta standard sedang usha rumah yang sesuai dengan budget kami..

Sebelum tu, banyak perkara yang kener pastikan..di bawah ni sy kongsikan tips dari Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan..boleh tengok dekat SINI


Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
• Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
• Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

Kenal Pasti Jenis Rumah
Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.

Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan sebagainya.

Status Tanah
Pastikan status tanah sama ada:-
• Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
• Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
• Rezab Melayu.
* Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

Maklumat Brosur
Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai maklumat berikut:-
1.Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;
2. Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;

3. Nama dan alamat:
i) Pemaju perumahan berlesen
ii) Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)
iii)Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)
iv)Syarikat pengurusan projek (jika ada)

4. Status tanah:
i) Bebas
ii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan
iii)Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.

5. Dekripsi kedudukan
i) Spesifikasi bahan binaan rumah
ii)Luas bangunan
iii)Kemudahan/perkhidmatan

6. Nama projek perumahan, jika ada;
7.Tarikh projek perumahan dijangka siap;
8.Harga jualan setiap jenis rumah;
9. Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan
10.Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan nombor rujukannya.

Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah
Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Bayaran Pertama
Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama.
Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.

Perakuan Arkitek
Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

Faedah Yang Dikenakan
Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli
Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.

Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur
Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa

Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi. Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:

a) Bagi tanah dan bangunan
.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.

b) Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.

Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan
Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatanperkhidmatan
seperti berikut:-

Bagi tanah dan bangunan
(i) Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan.

(ii) Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan.

(iii) Pembelii hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
(i) Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil.

(ii) Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

(iii) Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.

(iv) Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju.

Ingatan:-
Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.

Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.

Pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%) daripada bayaran perkhidmatan.
Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan pebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain
Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

Tempoh Pemilikan Kosong
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).

Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)
Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan pemilikan kosong.

Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-
(i) Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:
a. Bangunan tersebut telah siap.
b. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
(ii) Pemaju telah memohon:
a. Pengeluaran CFO melalui Borang E *
b. PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan
diterima oleh PBT.

* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO.
Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT berkenaan.

Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.

Bayaran Gantirugi
Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.

Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.

Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi
Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.

Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.

Pertanyaan atau Aduan Perumahan
Anda boleh menghubungi :

Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR
No.Tel : 03 - 20947033
No.Fax : 03 - 20925049


Thursday, March 29, 2012

Full House, Sunway Piramid

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas ada event dekat Sunway Piramid..so dah alang-alang sampai sana, jadi kita pon jalan-jalan la kan..dulu masa duduk PJ, kadang-kadang jer jalan-jalan kat sini..sy dengan housemate lebih suka pegi MidValey..but since dah pindah Bentong ni, nak pegi mana-mana lagilah susah..tapi nak buat macam mana kan..

Jalan punyer jalan, pusing punyer pusing..perut pon dah lapar..tengok jam, eh..lunch hour dah nak habisla..nak makan apa yer..pikir punyer pikir, lalu kami pon membuat keputusan untuk makan kat Full House..

Okay, sampai-sampai sy & Rozie haruslah posing dulu..bergambar dengan Mr Thomas yang kacak..


Bukan main lentik lagi mak budak ni posing..Mieza takperla pose macam ni, tapi kalau sy maulah terpeleot kaki tu nak silang..huhu


Ermm, dah puas pose dengan interior restaurant ni, masa utk menjamu selera pulak..dah lapar ni, perut pon dah bergendang-gendang..apa nak makan ek..sy pilih lunch set jer, senang cerita..lunch set RM18.90 sahaja iaitu chicken chop, sup, air & desert..
Sy dan Mieza makan chicken chop, Rozi pulak pilih Dori Fish..


Mula-mula sampai air dan mushroom soup..air dia satu jug ko, kembung perut nak habiskan..


 Mushroom soup..pekat & sedap..


Lepas tu, desert plak..alamak..tart la pulak, kitorang request kek..tapi dia taknak kasi pulak..hadoi, tak paham agaknya..


Lepas tu main dish pulak..makan laju-laju sebab mahu kejar masa..


Burppp...!! kenyang giler..


Sudah kenyang masa untuk berambus cepat-cepat..tapi tak boleh nak keluar cepat..ada jek yang menghalang perjalanan keluar dari restaurant ni..ceh, nak posing lagi...


Dan lagi...
Mieza pon dah ngantuk..tapi Rozi masih bersemangat lagi..


Last but not least..hahaha..suruh waitress kat situ amikkan picture kitorang kat kereta plak..
 

Ok, masa untuk pulang..tinggalkan diorang berdua ni bertugas..sy pulak perlu balik office..

Sekian..

Wednesday, March 28, 2012

Hunger Game @ Mentakab Mall

Assalamualaikum..

Last week berkesempatan pergi tengok wayang..

Giler lama tak tengok wayang...last skali masa pregnant ada sekali..maknanya dah dekat 2 thn wei tak tengok wayang..giler kentang....lama kan..

Malam tu kereta standard ajak join abang dengan adik dia tengok midnite dekat Star Mall Mentakab..ni mall baru & ada GSC..mak mertua saya pulak begitu sporting habis tolong jaga Qayyum..lebiu lah mak..

Tidokan Qayyum dulu baru lah keluar..

Dah lama tak tengok wayang, jadi sy sangatlah excited..


Beli makanan & apa-apa yang patut dulu untuk menkedarah dalam panggung wayang..


Hadoi, dah pose baik punyer skali gamba gegar la pulak..tapi nak jugak taruk dalam blog..biar kan lantak..


Pada sy cerita ni bosan giler..nak mengantuk pon ada..tetiba rasa panas..apehal ni, diorang tak pasang econ kah..kereta standard pon tak puas hati sebab panas, then dia pon keluar nak tanya staff  kat luar tu..sekali dia bawak masuk kertas..ape ke benda tuh..


Ceh, memang panas la kan..dalam tu dah la panas, hati lagi la panas sebab cerita boring..adoi..spoil betulla..

Hunger game ni adaptasi dari novel..tapi, ntah sy pon tak penah baca novel ni..

Cerita nya lebih kurang macam ni la ek..sy ni pon agak kurang baik dalam penceritaan semula..hehe

Hunger Game ni merupakan annual festival bagi kerajaan Capitol..kalau tak silap la, negara tu diperintah oleh Capitol dan diorang mengajurkan Hunger Game setiap tahun. Capitol akan pilih 2 orang lelaki & perempuan dari setiap district dan ada 12 district..setiap peserta perlu berjuang sehingga akhirnya tinggal sorang, yang lain semua kene mati barulah game ditamatkan..sy pon tak tau nak cerita dengan lebih panjang lebar..


Elemen futuristic tu menarik la jugak..tapi mula-mula cerita ni bosan sket, kat tengah & hujung baru menarik sket..action tak banyak sangat..heroin dia cun..hehe

Habis movie pukul 2..siap ambik gambar muka buruk lagi..kehkeh..ni protes menandakan cerita tak berapa nak best..



Habis jer movie terus balik rumah, sian kat Qayyum..

Sekian





Irwan & Sania Engagement Day

Assalamualaikum..

Seminggu dah tak sempat nak update blog..

Semalam mc sebab Qayyum demam..tetiba jer badan dia panas..hari isnin tu kereta standard kata dedar..bila sampai rumah sy rasa kepala dia panas, ni bukan dedar lagi ni..ni dah demam..malam tu dia memang tak selesa nak tidur agaknya, asik mengigau jer..beguling kesana-kesini..memang panas betul, bila letak tuala basah tu dia tepis-tepis...malam tido bogelkan jer, tinggal pampers bagi badan dia sejuk..

Pagi pagi semalam bawak gi klinik, suhu dah turun 37..dia makan pon banyak..bila Qayyum demam, sy memang tak sampai hati nak hantar dia pegi rumah pengasuh sebab dia memang meragam..harini Qayyum dah ok..alhamdulillah..

Last week ada majlis bertunang abang ipar saya..tahniah diucapkan..

Pagi-pagi mak & abah mertua buah kenduri doa selamat sikit..pukul 11 pagi baru gerak ke rumah bakal pengantin perempuan..betullah kan, kene sebut bakat pengantin perempuan..hehehe

Mula-mula, Qayyum & kereta standard dulu enterprem..
 
Warna hijau hantaran belah perempuan, pink purple pulak belah lelaki..


Tema bertunang warna hijau..
Cantik sangat bakal isteri Long ni..berseri-seri, kecik molek jer..ceh, tetiba terasa diri gemok gedempol pulak..hadoi..


Mak mertua dengan bakal menantu..Tahniah!!Semoga kekal ke jinjang pelamin..Nikah insyaallah bulan 12 katanya..


Ok, bergambar ramai-ramai pulak..Qayyum, selekehnyer anak mama ni, sebelum tu duduk kat luar..cuaca panas, tu yang dah bukak butang baju dengan tanggal stokin tu..


Haruslah puan punyer blog enterprem dengan hantaran kan..peaceV from me..heheh


Tahniah Irwan & Sania..moga kekal ke jinjang pelamin..


Sekian




Friday, March 23, 2012

Mamak & Cupcake

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita pasal kerja luar sy..kerja luar memang best sbb boleh jalan-jalan skali..kalau pegi area damansara bolehla singgah terus dekat Ikea ke One Utama ker kan..hehe

Setiap bulan memang akan keluar untuk site visit biasanya 2 kali..sy akan keluar dengan group member sy Nizam & Meiza..kali ni cover area Sri Petaling, PJ & Damansara..semua staff dekat office dah ada group masing-masing..

Visit ni dah 2 minggu lepas punyer sebenarnya tapi terlupa nak update dalam blog..hehe..

Disebabkan visit pada hari jumaat so masa visit jadi pendek sket sebab nak kene tunggu Nizam solat Jumaat dulu..so lunch pada hari itu kitorang makan mamak dekat bawah pokok Bangsar..mamak ni memang famous seantero Bangsar, PJ tu lah gamaknya sebab apa..bila lunch memang penuh orang makan kat sini..

Nizam memang suka la makan kari mamak ni..sy xderla suka sangat..kalau diorang bawak, sy makan jer..

Ni Nizam merangkap pilot & bodyguard kitorang..
Wei, muka ko giler garang..nak makan ker nk marah ni..kehkeh..


Nasi kat mamak ni boleh pilih samada ikan atau ayam goreng, taugeh, kuah kari RM4 sahaja..murah & simple je kot..tu sebab ramai orang agaknyer..
Tapi yang paling famous adalah kari kepala ikan..Nizam kata kari kepala ikan dia murah berbanding kedai lain..


Sy pilih ayam & sotong..giler tamakkan..sotong mahal sket..kalau makan dengan nasi RM4 xder air..tapi sy punyer RM8..tapi murah jugak kan..sotong besar plak tu..


So, lepas makan Nizam drop sy & Mieza dekat Bangsar Village sementara dia pegi solat jumaat dekat masjid Bangsar tu..So kami pon jalan-jalan jer dekat situ..

Ni masa tgh tunggu lif, sibuk nk ambik gambar sebab wall paper dia cute..


Pusing punyer pusing..nampakla cupcake yang cumil ni..mula-mula ingat nak lepak dulu sekali Nizam dah abis solat pulak..kejapnyer masa berlalu..jadi, kitorang bungkus jer makan dalam kereta..


Cupcake from Bisou, satu RM6..beli 5 free 1..
Kitorang share dapat 6 cupcake so sorang boleh makan 2..


Giler sedap wei cupcake dia..wa cakap lu, yang coklat paling sedap kot..


Beli semua flavour..coklat, vanilla & coklat velvet..tp yang vanilla manis sangat..


Model cupcake pada hari itu..hehe..


 Makan dalam kereta jer, terus sambung kerja kutip utang semula..


Tetiba, lalulah Hummer di sebelah van..giler batak sekejap pergi ambik gambar kereta tuh..hehe..


Sekian..

Thursday, March 22, 2012

Choco Cappucino VS. Chocolate Truffle

Assalamualaikum..

Hari tu masa dekat CH, beli la aiskrim magnum..kereta standard kan hantu aiskrim..
Since magnum dah keluar new flavour caramel cappucino ni kan, kereta standard suka giler dengan aiskrim tu..setiap minggu beli aiskrim ni..membazirla beli selalu, dah la mahal..


Gaya kene lebeh, walau makan aiskrim jer pon..


Menikmati aiskrim dengan penuh gaya, mutu, keunggulan..


 Mana boleh kereta standard makan sorang..yang ni sy punya..yang ni lg sedap dr caramel tu..


Hehe..takdela sejuk sangat kat atas tu..siang-siang takpe makan aiskrim..kalau malam memang sejuk..


Nyum-nyum..sedap...
Sila dapatkan di kedai runcit berhampiran..:p

Sekian..


Cameron Highland # Day 3

Assalamualaikum..

Okay, kali ni nak story pasal last day di Cameron Highland..sekejapnyer masa berlalu..dah nak balik..
Pukul 9 pagi, kitorang dah check-out hotel..pergi breakfast dulu..kali ni makan sket jer sbb lepas tu nak makan strawberry coklat pulak..


Qayyum, kereta standard & me..


Terus drive ke Big Red Strawberry Farm..boleh parking terus kat atas tu..


Haruslah bergambar di setiap tempat kan..
Mother & father inlaw..


Ada kedai jual souvenir..macam-macam benda berasaskan strawberry ada dijual..


Fridge magnet strawberry..merata-rata tempat pun ada jual..


Qayyum pon posing jugak..adoi, tp muka masam je la awk ni..cubalah senyum sket..


Berangan macam cowboy..


Ada macam2 jenis sayur & salad..tananam secara hydroponic..


Atuk tlg jaga Qayyum sekejap while sy & kereta standard berposing sakan..


Ada macam pekebun yang berjaya tak..


Yang ni kelakar..sumer yg ambik gambar macam ni budak-budak..tapi pedulikkan, sy pon nak jugak..peaceV..hehehe


Strawberry smoothy dia sangatla sedap..RM4.90 sahaja satu..


Inilah yang diidam-idamkan selama ini sambaikan kene datang dua kali..taraaa..strawberry coklat..RM16.90..strawberry dia merah-merah...gemoks plak tu..

Nak makan jangan lupa basuh dulu yer..kene basuh bersih-bersih sebab dia ada habuk hitam yang halus..


Bagi mak rasmikan dulu..celup jangan tak celup mak..


Nyum-nyum..tak dan nak tunggu coklat keras, dah ngap..


Kereta standard tengah feel...
Kt belakang Qayyum pon melalak-lalak nak makan jugak..


Muka yang gembira dapat makan stoberi coklat..


Lepas makan terus gerak turun..destinasi seterusnya adalah kenduri pengasuh Qayyum dekat Felda Koyan..

Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab memory camera dah full..

Harap-harap lepas ni kereta standard selalu-selalu la bawak sy jalan-jalan maybe tempat lain pulak..

Sekian..