Showing posts with label Temerloh. Show all posts
Showing posts with label Temerloh. Show all posts
Friday, January 16, 2015
Temerloh Selepas Banjir
Assalam..
Sy sangat busy kat office..
Memang tak sempat nak curi2 masa update blog..
Gambar banyak sangat dan banyak jugak cerita nak up kat blog..
Slowly la kan update..
Ni kira throwback punya story.
Haritu kan dah cerita pasal banjir kat entry SINI..
Ni kira sambungan cerita banjir haritu la..
Kitorang balik Temerloh sabtu last 2 week betul2 hari highway Karak - Temerloh dibuka.
Masa ni banjir memang dah surut tapi masih ada certain area yang belum kering lagi..
Ada banyak juga misi bantuan yang masuk Temerloh masa ni..
Hari sabtu tu kitorang terus jer pusing bandar Temerloh..
Kesian sangat kat area yang banjir, memang barang2 macam perabot tu terpaksa dibuang dengan bau lumpur banjir yang masih kuat..serius teruk sangat..
Kereta standard bawak sy dengan budak2 hantar water jet kat rumah kawan dia yang terletak kat betul2 sebelah sungai Pahang tu..
Jalan memang berselut tapi kereta dah boleh lalu slowly cuma kawasan rumah yang rendah tu masih belum kering..
Kawasan rumah kawan kereta standard ni memang banjir sikit lagi nak sampai bumbung..
Ni pon seram jugak nak redah selut ni takut enjin mati kang stranded pulak kat sini..
Masa ni electric masih xde lagi..
Tapi diorang dah start kemas2 rumah..
Kereta standard inform masa masih banjir diorang dah buang semua barang2 tolak masuk dalam sungai..
Budak2 tau seronok jer kan main banjir..
Nilah rumah kawan kereta standard tu..
Yang sebelah kanan tu..
Rumah parent dia sebenarnya..
Dugaan besar utk mereka, semoga tabah..
Rumah betul2 sebelah sungai..
Seram pulak bila tengok sungai ni lama2..
Qayyum pon takut..
Bau lumpur masa ni memang masih kuat lagi..
Perkataan Temerloh ni pon dah hilang separuh..
Kelakarla Qayyum ni..
Buat aksi apa ntah, dengan pakai selipar terbaliknyer..
Macam2 tau..
Minggu ni dah sekolah..
Kang sy update cerita sekolah pulak..
Sekian..
Wassalam..
Friday, January 2, 2015
Tentang Banjir..
Assalam..
Setelah seminggu lebih banjir, memang sedih tengok apa yang berlaku kat Kelantan..
Takziah dan semoga tabah kepada mangsa2 yang terlibat
2014 dah berlalu..
Semoga 2015 membawa sinar harapan secerah cahaya matahari..
Flashback story..
Hari Isnin hari tu jambatan Bentong tu berlubang, menyebabkan jem teruk masyaallah..
Sy sampai rumah jam 8.45 malam, naik bus kat Pekeliling jam 6.30 petang..
Itupon kereta standard terpaksa jemput naik motor sebab bus dah tak bergerak sebab jalan jem..
Dengan hujan gerimisnyer memang sejuk menggigil..
Rempit jelah yang dapat gerak laju
Nasib baik selamat sampai rumah..
Kalau tunggu naik bus jugak memang sampai jam 10 la malam tu..
Jambatan ni tengah nak buat baru, agaknya arus sungai pon deras sebab asyik hujan jer tu yang jalan berlubang tu..
Alhamdulillah kerja2 baik pulih dibuat dengan pantas..
Jem dr petang, dah la nak masuk bandar Bentong tu, itu jelah laluannyer..
Ni nak cerita pulak tentang Temerloh..
Mak sedara kereta standard memang hari2 update cerita banjir kat sana..
Dia duduk kat Bahagia Court, rumah dia tak banjir sebab kawasan tinggi tapi yang kawasan rendah semua dah banjir..
Mak dengan abah mertua sy pulak duduk kat Taman Temerloh Jaya, alhamdulillah tak banjir tapi air lagi sekilometer dah nak sampai rumah..
Harini punya update katanya air dah surut tapi highway LPT masih ditutup..
Jalan lama maybe dah boleh lalu sebab kereta standard plan nak balik Temerloh cuti hujung minggu ni..
Nak tengok jugak apa la yang dah jadi kat kampung tu..
Meh flashback masa banjir tu..
Tak sempat nak update dalam blog..
Ni last week hari Khamis, 25/12/14..
Masa ni air baru nak naik..
Mak sedara kereta standard boleh lagi posing2 ambik gambar kat tepi sungai ni..
26/12/14 air naik cepat betul..
Hari Sabtu tu mangsa banjir yang pindah ke sekolah mak sedara kereta standard dah dekat 1600 orang..terlalu ramai sampai tak muat..siap ada yang tidur kat kaki lima kelas..
Kesian sangat, dengan takde letriknya..bertabahlah semua orang yang terlibat..
Haa, ni mak sedara kereta standard kerja sampai malam..
Nama sekolah lupa plak nak tanya..
Ni gambar2 yang diorang share kat group watapps so sy copy jer masuk blog..
Bandar Temerloh memang tenggelam sebab dekat dengan sungai..
Yang ni adik kereta standard, sekarang kerja kat LPT..
Hari2 memantau banjir kat highway LPT tu..
Haritu dia plan nak balik Temerloh tapi semua jalan ditutup..
Dan nak sampai ke Taman Temerloh Jaya tu kene naik 2 bot..
Terus tak jadi nak balik rumah..
Start semalam, cuaca cerah jer..
Harap2 air surut cepatla sikit..
Kalau jalan ok, paras air dah turun sikit dan dah boleh redah maybe minggu ni nak balik Temerloh..
Harap2 dipermudahkan..amin..
Monday, November 17, 2014
Pusat Konservasi Gajah @ Kuala Gandah, Pahang
Salam..
Awal bulan haritu kitorang bawak budak2 jalan pegi tengok gajah dekat Lanchang, Kuala Gandah..
Dah lamaaaa sebenarnya plan tapi asikla tak jadi pegi jer..
Kebetulan dah balik Temerloh so hari ahad tu ajak mak abah sekali pegi jalan..
Dari Temerloh lebih kurang 40 - 45 minit jugakla baru sampai..
Exit tol Lanchang, masuk kanan terus jer..
Adalah dalam 15-20 minit sebab tempat ni masuk dalam sket..
Nak tengok gajah adalah PERCUMA jer tapi kene register dulu..
Then dapat sticker macam dalam gambar di atas..
TAPI yang kitorang ni macam tempat gajah ni sendiri punyer, selamber jer masuk lenggang2 kangkung tak payah register..hahaha..
Qayyum dah tak zabarrr nak tengok gajah..
Masa sampai ni dah lebih kurang kul 11 pagi..
Budak Anaz tu sibukla nak jalan sendiri, tapi kaki tu melilau ntah ke mana2..
Hampir2 nak masuk dalam sungai..
Kat sini takdelah ramai sangat pengunjung, biasa2 jer..
Tapi masa kitorang datang tu ada mat saleh dengan minah saleh datang kat sini..
Sampai2 jer gajah besar punyer show dah habis..
Lorrr..salah timing rupenyer kitorang ni..
Next show jam 2 petang katanya..
Hurmm, lambat lagi..
Tapi sempatla kereta standard belai2 manja gajah tu..
Nak tunggu yang sesi petang memang takla kot..
Besar giler gajah ni..
Last sekali tengok gajah face to face ni masa pegi zoo zaman sy tadika dulu rasanya..
Hahaha..giler lama sudah..
Tapi gajah kat sini cuma boleh tengok, pegang2 dengan ambik gambar jer..
Bukanla macam gajah kat Thailand nun yang kita boleh naik atas gajah tu then pegi jalan2 pusing Kuala Gandah tu satu round..memang takdela ek kat sini..
Sepatutnya diorang kene buatla naik gajah tu, baru aktiviti tu more interesting sketkan..
Ni stakat tengok jer, macam biasa2 jer..
Lepas tu diorang tunjuk sekor anak gajah ni..
Nama dia Lanchang, baru umur 3 bulan..nama dia sempena nama tempat ni..
Baru 3 bulan tapi gemoknyer ko Lanchang..
Diorang explain la maintanance susu si gemok ni blablabla..sekian..sekian..
Kat sini entrance fee memang free tapi siapa2 yang nak derma adalah dialu-alukan..
Alolo cumilnyer..
Patutla orang selalu kat perumpamaan besar tu mesti macam gajah..
Sebab gajah memangla besar..anak gajah pon dah besar, mak bapak gajah lagilah besar..hahaha
Yang anak gajah ni diorang bawak keluar..
Tapi tengok2, pegang, amik gambar cenggitu jelah..
Yang budak Qayyum tu punyerlah penakut..
Masa tu dia tengah makan biskut, tarikla dekat sikit dengan anak gajah tu nak ambik gambar..
Punyerla dia takut sampai habis berterabur semua biskut tu..
Lepas tengok anak gajah tu, lepas tu macam dah takde aktiviti apa2 dah kat sini..
Sepatutnya ada lagi aktiviti mandikan gajah, tapi sekarangkan musim hujan so air sungai dah dalam..
Tak dapatla tengok gajah mandi..
Jadi, tengok gajah dalam kandang jelah..
Pengujung boleh beli makanan dan bagi gajah2 ni makan..
Makanan dia cuma ada pisang dengan tebu jer..
Kitorang belilah tebu dengan pisang tu..
Harga tebu satu ikat RM3 dan pisang pulak satu sikat dalam RM5..
Qayyum ok..mula2 jer takut2 lepas tu dah berani dah..
Yelah, gajah tu dalam kandang memangla berani..
Gajah2 ni tamak tau..
Dia kutip semua tebu dengan pisang tu sampai penuh belalai baru dia masuk dalam mulut..
Tapi best jugakla datang sini..
Budak2 la yang best pon kan..
Cuma kat sini macam takde aktiviti sangat jer..
Lepas tu kitorang lepak2 sekejap then terus balik rumah..
Haha, sekejap giler gi tengok gajah..
Yang budak Anaz ni memang penakut, suruh bagi makan gajah pon takut..
Takpelah, dia kecik lagi..
So kalau korang nak datang melawat gajah kat sini, adalah di alu2 kan..
Kalau rasa macam takde aktiviti sangat, lepas tengok gajah boleh singgah Temerloh makan ikan patin dan bole naik jambatan gantung kat sungai Temerloh tu..
Yang ni lawak..
Masa dah nak gerak balik tu kereta standard siap ambik sticker yang lekat banyak2 kat wall tu lekatkan kat baju dia kenkononnyer dah register..LOL..
Sekian..
Tuesday, October 21, 2014
Cerita Aidiladha 2014
Assalam semua..
Dah berkurun raya haji berlalu baru terhegeh2 nak update cerita raya...haha..
La ni esok nak Deepavali dah oii..
Asik2 takpelah..
Blog sy sukati sy nak update bila2 masa sy suka..
Hahaha..
Kengkonon busy mengalahkan CEO company bagai kan..
Raya tahun ni kat Temerloh..
Tapi raya haji biasa2 jer..
Pg2 kitorang ziarah rumah wan kereta standard jer..
Baju pulak pakai jer jubah raya aidilfitri hari tu..
Budak2 ni kalau dalam kereta berebut2 nak duk tengah..
Masing2 taknak kalah sampai lepuk melepuklah..
Adi ni kecik2 lagi dah begaduh, kang dah besar sikit mesti bertumbuk plak..
Harap2 takdelah, harapan yang baik2 jer..
Wan tu nenekla..
Kuat lagi walaupon dah 83 tahun kot umur dia..
Alhamdulillah, semoga sihat dan panjang umur..
Kitorang selfie tiga tingkat..
Haa, cumil jer dak Anaz ni..
Sendiri puji anak sendiri la kan..
Oopppsss, gambar tak sensorla pulak..
Dengan pampers gemok tak tukar2..
Sian dia, masa ni tak sihat..
Sekarang pon tak sihat jugak..
Memula sesema jer, lepas tu batuk..malam tadi asikla mengamuk..
Tido asik tejaga2, asikla megamuk..
Hobby baru budak Qayyum ni..
Sibukla dengan main masak2 dia tu..
Beli yang murah2 kat Mr DIY saja..
Layan jelah kan..
Haa, yang ni lawak..
Petang raya tu kereta standard ajak keluar..
Sekali pamper bocor, habisla seluar basah lencun..
Seluar spare tak bawak pulak..
Ingat nak duk dalam kereta jer, lepas kereta standard ajak jugak keluar..
Selamberr jelahh lenggang kangkung pakai pampers pon..
Apa ada hal kan..hehe
Keesokan hari tu pulak paksa kereta standard gi petik buah dokong kat kebun..
Memula dia malas nak layan tapi terpaksa dalam redha la kot..
Nasibla kereta standard layankan ajer..
Bakar kayu buat unggun api konon2 nak halau nyamuk..
Tapi kalau dah nama kebun memang maha banyakla nyamuk..
Petik bang jangan tak petik..
Datin tengok jer macam mandur..
Bawak kain batik nak kibah2 nyamuk takut gigit si budak kecik..
Mak mertua suruh pakai boot pua chu kang tu..
Senang nak jalan dalam kebun..
Yang si superman ni memang selamat..
Selamat kene gigit nyamuk..
Attire nak ke kebun tak berapa sesuai, yang mama pon bijaksana tak tukarkan baju budak tu..
Sian awak..
Takpelah, biarkan rasa sket..
Takdelah budak town sangatkan..
Memang habis bengkak2 kaki dengan muka tangan semua..
Api kecik so tak guna, nyamuk pon tak takut..
Buah dokong lebat tapi sebenarnya tak berapa matang lagi..
Tapi kalau nanti2 takut tak sempat dah so kait jelah masa tu..
Banyak jugak dapat..
Sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)