Pages

Wednesday, December 9, 2015

Air Terjun Jambatan Patah @ Bentong


Assalam..

 
Kat area Bentong ni memang banyak waterfall.
Yelah dah area bukit kan..
Most famous adalah Air Terjun Chamang, Air Terjun Lentang & Janda Baik..
Lentang yang kat tepi highway tulah.


Tapi sebenarnya kalau orang Bentong, diorang tak pegi sangat kawasan air terjun yang famous sangat ni..
Hehe..ramai orang sangat, lagipon serabut reramai ni..
Yg kitorang selalu pergi mandi & berkelah tu adalah Batu 7..
Batu 7 ni oklah kalau nak bawak budak2 kecik sebab dia macam sungai jer..
Air pon cetek, tak bahaya sangat..
Arus air pon tak sederas air terjun Chamang tu..


Kat Chamang tu ramai dah yang meninggal sebab lemas.
Tempat tu memangla cantik, luas, dalam tapi arus tu deras sangat..
Menakutkan sangat kalau dah ramai yang mati lemas..
Kalau pegi pon jalan2 jer, memang tak mandi la kan..


Tapi sekarang kereta standard discover satu lagi tempat mandi yang best.
Nama dia Jambatan Patah..


Tapi nak pegi sini memang mencabar sikitla.
Dalam 15-20 minit perjalanan..
Kitorang naik hilux 2 family satu kereta jer..
Kawasan ni memang kawasan tanah merah, jalan belum bertar lagi..
Kene masuk kawasan kebun2 durian, kebun2 cina nak sampai kat kawasan orang asli then baru jumpa air terjun ni..
So kalau naik kereta sedan memang mencabar, lagi2 kalau hujan..
Alamat berselutla...


Nasib baik masa kitorang pegi ni, cuaca pon cerah terang berderang..
Cantik sangatla nak berkelah haritu..



Budak2 semua humban duduk jelah kat belakang..
Dalam kereta dah tak muat..
Kitorang tumpang kereta kawan kereta standard.
Kalau bawak pesona tu memang kesianla..



Kawasan mandi ni bukan komersil so memang tak ramai orang dan kiri kanan memang semak samunla kan..




Kitorang memang purposely berkelah masa ni tapi tak ambik picture banyak sangat sebab teruja nak mandi punyer pasal..
Masa sampai ni adalah satu group mat motor pon tengah mandi manda..
Air dia sangatlah jernih..
Boleh nampak ikan2 berenang2..



Arus pon biasa2 tak deras sangat..
Takdelah bahaya sangat untuk budak2..
View memang pemandangan bukit2 jer..


Takpe, next time kalau sy datang sini lagi nanti sy ambik picture banyak2..
Lagipon ni first time datang mandi kat sini..
Ada banyak masa lagi..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



No comments:

Post a Comment