Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts
Tuesday, October 7, 2014
MPH Clearance Sale 2014
Assalam..
Minggu lepas hari Jumaat tu sempatla singgah kat Jln Tandang, PJ..MPH bookstore ada warehouse clearance sale.
Sy suka beli buku tapi yang tak bestnyer masa tu tak sempat..masa begitu mencemburui konon2nyer..
Hari Khamis tu pegi visit kat area situ..
Tapi pegi dengan kawan sy, memula dah nampak dah ingat nak singgah tapi cedey tau kawan sy tu xmo layan..ciss betul..
Dalam hati da plan da, kene singgah jugak cemana2 pon..
Pada hari Jumaat tu pulak dah plan nak balik awal sket sebab kan nak cuti raya..
From past experience, sy memang akan ambik cuti awal kalo nak raya tapi sebab banyak keje, tak jadila cuti..
Pagi Jumaat tu pulak ada division meeting dgn madam GM..nak mampos tak datang meeting..huhu
Habis meeting dah dekat kul 1..lepas jer makan tengahari (sebab ada meeting, jadi makan disediakan) lepas tu terus chow..suka hati macam office atok sy punyer..haha
Sy dah beli tiket balik siap2 jam 3.30 ptg..
Itupon jam 5.30 ptg baru sampai Bentong..okla tu 2 jam jer..
Nasib baik petang tu Eja free, so ajak jugak dia singgah sekejap kat MPH Jln Tandang ni..
Tapi tula, kene rushing..
Sampai jer dah jam 2.30 petang..ada masa setengah jam jer nak tengok2 ni..
Kang lambat2 kene tinggal bas pulak, tu belum lagi nak gerak gi pekeliling tu..nasib baik jalan biasa2 jer, tak jem pon lagi masa tu..
Tapi xper, sy dah tanya dah kat staff kat situ..
Diorang akan buat clearance sale every year..
Takpe, next year pon bole pegi lagi..
Novel ada banyak jugak yang sale..
Tapi tak sempat nak belek satu2..
Ada jugak buku yang sale 90% tu, tp memang diorang main longgok jer buku tu dalam kotak..
Yang tu kalo nak beli memang kene belek satu2..
Ni sy ada masa setengah jam jer, memang tak dapat ler kan..
Akhirnya dapatla jugak beli buku untuk budak2..
Ehh, lupa plak nak ambik gambar..
Sy beli buku cerita islamic tu dengan buku cerita kanak2..
Satu hari boleh bacakan 4-5 cerita pada Qayyum..
Qayyum pon suka, asik nak suruh kita bacakan buku jer..
Cerita tu pon pendek2 jer..
Oklah untuk budak 3 tahun..
Wednesday, December 18, 2013
If Tomorrow Comes - Sidney Sheldon
Assalamualaikum..
Kalau nak tahukan sy memang tak pernah baca novel bahasa inggeris, beli apatah lagi..
Maklumlah, english tak pandai sangat kan..
Dulu kat office lama sy, diorang ni memang suka baca novel..
Tapi novel bahasa melayu la..
Sy pon tumpang baca jugak tapi pinjam jelah yang diorang punyer, kalo nak beli memang taklah..
Sekali dah terjebak memang susah nak berpatah2 balik nanti..
So better jgn start..
Tapi kalo pinjam novel kawan2 office ni kene handle n read with very carefull, yang paling penting xboleh kene sambal..haha..
Diorang ni collector, memang sayang giler la nak bagi orang lain pinjam..
Tapi...
Lama2 baca novel bahasa melayu, bosan giler..
Plot yang sama jer, asyik2 kisah kene kawin paksa, mula2 bermati-matian tak suka lepas tu terjatuh cinta pulak..asyik2 cinta..cinta dan cinta..
Lepas dah boring, malas dah nak baca novel..
Lepas tu, kak Rohani (officemate dulu) suggest baca English novel plak..
So english vovel yang pertama yang sy baca dan berjaya khatam adalah "If Tomorrow Comes - by Sidney Sheldon"
Novelist ni dah meninggal dunia dah pon..
Tapi bahasa inggeris yang di gunakan dalam novel ni senang, mudah nak paham dan tak complicated sangat..kalo harry potter tu, sorryla..kalo baca belum tentu dapat paham dan habiskan baca..
Dan yang paling best sekali bila baca novel ni sy rasa 360 degree berbeza dengan novel bahasa melayu yang sy dah baca sebelum ni..
Rasa macam tengah tengok english movie pon ada jugak..
Katanya novel ni telah difilemkan tapi tak dapat sambutan sangat..
Sy dah baca beberapa collection Sidney Sheldon ni selain If Tomorrow Comes, macam Nothing Last Forever, Bloodline, Tell Me Your Dream dan The Sky Is Falling..
Semuanya best2 dan cerita langsung xder yg sama..
So sy rasa macam nak start collect..nanti senang2 boleh baca semula..
Sy dah tengok, ada satu kedai buku dekat KL Sentral memang ada semua collection..tapi hari tu sy tengok2 jelah..tak beli pon lagi..
Tapi kedai tu takder diskaun..english novel ni memang mahal sket dari novel bahsa melayu..
Kebanyakkannya range harga RM30 dan ke atas..
Kalau kat Popular Book Store pulak memang ada promotion dan diskaun tapi kalau bernasib baik jer jumpa novel Sidney Sheldon ni..kalo tak, memanglah takde..
Sy nak buat synopsis tentang novel ni tapi sekarang memang takde masa sangat nak buat karangan panjang2..
Sekarang ni sy masih dalam proses membiasakan diri dan mencabar diri sendiri untuk adapt n absorb all the this new thing as fast as i can..dan sy juga kene compete dengan budak2 yang fresh graduate kat sini..memang sangat mencabar..
A million thanks pada K.Rohani kerana memberi dorongan..
Dan novel ni menjadi sumber inspirasi sy untuk terus membaca english novel..
So novel ni memang most recommended utk sesiapa yang nak start baca novel..
Bye..
Monday, April 8, 2013
Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
Assalamualaikum...
Ok, ni lagi satu pengaruh novel ke drama yang sedang hangat diperkatakan di office macam "Adam & Hawa" dulu tu..
Masa cerita ni start episod satu terusla bersemangat nak baca novel dia..
Tengok gazette drama macam comel plak kan..tu yang nak layan tu..
**picture from google
Kat office sy ni, ada yang giler novel..
Bila start jer drama yang diadaptasi dari novel so diorang akan beli novel tu..
Sy tengok mood jugak, yang "Adam & Hawa" tu memang sy baca novel semula masa start drama tu ditayangkan..
So kali ni bila officemate kata drama ni macam best so sy pon meluangkan masa utk baca novel ni..
Tapi sy pinjam jer dr officemate..hehe..
Bila dah start baca novel memang susah nak berhenti..
Mesti nak baca sampai habis..
Balik rumah malam sambung baca novel lagi, kereta standard pon stress sebab tak bersembang2 dengan dia..hahaha..
Review sy selepas baca novel ni..
Memula macam sweet jer, tapi bila dah separuh buku macam bosan jerk..
Balik2 gaduh, baik, gaduh semula kemudian baik..
Tu jer..
Tapi bolehla, takdela bosan sangat..
Sy bagi 3.5 bintang jelah daripada 5 bintang..
Sebab sy rasa ada novel lain yang lagi best yang pernah sy baca dari novel ni..
Last week drama dah tayang episod dua..
Tapi macam berubah sikit jalan cerita dia compare dengan novel..
Apa-apa pon sy enjoy jer layan drama ni..
Terima kasih sudi baca..
Sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)