Pages

Friday, April 27, 2012

Sri Bandung Seaview @ Batu 23, Sg Nibong

Assalamualaikum..


Maaf lah yer, blog sy pada minggu ni memang berkisar pada cerita balik kampung pada minggu lepas..
So,masa balik kampung minggu lepas..sy ajak kereta standard jalan-jalan tepi laut..ingatkan nak gi BNO kat Sabak Bernam tu..tapi tak jadi la pulak..jadinyer, kitorang pon pergila Sg Nibong..
Kakak sepupu sy kata kat sini ada mee bandung yang best..


Kalau nak pegi tempat ni, dari jalan besar tu memang dah nampak sign batu 23, straight jer sampai tepi laut..


Sampai jer, kereta standard macam bengang jer, lepas tu dia bising-bising..

Kereta Standard : "dah 2 tahun kita kawin, baru kali ni la awak bawak sy datang sini"..
"kalau balik Temerloh tu, setiap tempat sy bawak awk jalan tau"

Sy pon sengeh2 cam kerang busuk jer la..lepas tu sy jawapla..

SY : "Ntah, sy pon baru tau kat sini ada laut"
Kahkahkah...sorryla, sy ingatkan tempat ni macam tak best, malasla nak bawak awak datang sini..

Kecoh betulla kereta standard ni tau..




Qayyum macam dah besar, tapi tak pandai jalan lagi..
Baju dengan seluar kembang tu nenek yang belikan..terima kasih nenek..
Kereta standard pakai track suit jer sbb dia terlupa nak bawak tali pinggang, sebab tu tak pakai jeans..




Sampai-sampai jer, mak dengan abah sy pon  terusla menikmati pemandangan laut..masa ni dah nak dekat pukul 7 tp matahari panas lagi..




Kat sini pantai nelayan, tak boleh mandi pon..Qayyum macam excited jer nak terjun main air..




Cuaca masih lagi panas walaupun dah lewat petang..




Lepas tu kitorang pon  nak mencuba la mee bandung dekat sini..ramai jugak orang masa ni..
Yang paling special mee bandung Poktek..mee bandung ni ada udang, sotong, ketam & ikan..tapi ayam takde yer..harga dia RM17..




Masa ni Qayyum tak berapa sihat sangat..dia demam & selsema..siap ada ulser dekat mulut dengan lidah..cuaca panas sangat agaknya..
Qayyum tak puas hati sebab semua orang makan, dia sorang jer yang tak dapat makan..




Kereta standard taknak makan mee bandung, dia kata dia masih kenyang so dia pon order satay..lagipon sy tau dia tak minat sangat mee bandung ni
Satay kat sini pon ok jugak..RM0.50 secucuk..




Mak sy order mee bandung biasa..mak tak makan sangat seafood sebab takut kulit gatal-gatal..
Kesudahannya, udang mak tu jugak yang bedal..mee bandung biasa harganya RM4.50..




Sy dan abah order mee bandung ketam special..
Bagi yang tak suka mee, ada mihun & kueteow jugak..
Yang mee bandung biasa semua harga dia RM4.50..yang special pulak RM8 tapi lebih samada udang, ketam atau sotong..




Mee bandung ketam sy ni harga dia RM8 sahaja..murah kan..
Ada 2 ekor ketam..isi pon banyak..memang berbaloi-baloi..
Rasa mee bandung pon ok, not bad jugak..masa besembang dengan akak yang amik order tu dia kata ada customer dia kata rasa mee bandung kat sini sama macam dekat Penang..entahla, yang kat Penang tu tak pernah rasa lagi..


Tapi yang tak bestnyer, bila kereta standard bayar semua skali RM29..kitorang makan 1 mee bandung biasa, 2 mee bandung special, 1 milo ais, 1 kopi ais, 1 teh ais & 2 air suam sepatutnya dalam RM25..mesti dia tersilap kira neh..untungla camtu kalau meniaga asyik tersilap kira jek..
Yang kereta standard pon main bayar jer, taknak kira dulu..kan dah rugi 4hengget..
Sy pon bukannya bekira sangat tapi kener jugak tengok keadaan jugak..


Kalau nak makan kat sini, memang ok dan berbaloi..
Thumb up!!


Sekian

Musim Menanam Padi Sawah

Assalamualaikum..


Kebetulan masa balik kampung minggu lepas, diorang tengah tanam padi kat bendang mak belakang rumah..so sempatla snap2 gambar-gambar yang patut..


Kali ni kaedah penanaman menggunakan kaedah "calit"..biasanya kaedah tabur..mak sy kata kali ni kerajaan sponsor..dapat anak padi free..


Mula-mula sawah tu kene la bajak dulu..kasi gemburkan tanah..nak musnahkan dulu rumput-rumput yang tumbuh dekat bendang tu sebelum tanam padi..air pon kene buang, taknak dalam sangat..kalau banyak sangat air, nanti mati pulak anak padi tu sebab tenggelam..


Mesin bajak ni ada 2, nama dia "trektar".. sekejap jer dah siap..




Lepas jer bendang ni kene bajak, banyakla burung-burung putih datang..agaknya sebab banyak ulat-ulat dalam tanah tu keluar..bestla burung-burung tu kan, dapat makan banyak ulat..




Anak-anak padi yang dah disemai, diorang susun siap-siap..ni ada lori yang hantar..
Diorang longgok jer depan rumah..




Sy sempatla interview budak ni, dia kata benih padi ni disemai gunakan jerami padi tu jugak..kalau dulu-dulu, pesawah akan bakar jer jerami padi bila dah mesin..tapi sekarang diorang gunakan semula untuk buat tapak semaian..bagusla kan..kira macam kitar semula disamping mengurangkan pencemaran..


Ni la mesin yang digunakan untuk tanam padi guna kaedah calit ni..lupa plak nak tanya apa ke nama mesin ni..




Diorang akan susun anak benih semaian tu ikut line-line tu..




Kalau dulu-dulu, petani akan tanam padi secara manual seperti gambar di bawah..sumber dari google..
Masa sy kecik-kecik dulu, sy penahla ikut mak sy pegi sawah..bukannya tolong pon, main jer lebih..sekarang ni dah moden, sumer pakai mesin jer..tapi still lagi guna tulang empat kerat jugak kalau nak sulam sawah padi yang lubang-lubang tu..
Klasik jer bila tengok gambar ni kan..




Lepas tu diorang akan jalan ikut lorong-lorong sawah tu..kene ada 2 orang, sorang bawak, sorang lagi tolong susunkan anak padi semaian tu..




Guna mesin sekejap jer dah siap..laju jer..




Kereta standard pon macam batak-batak sketla kan sebab dia tak penah tengok..sian kan laki sy..hehe
Awak ingat budget comel ker ambik gambar dekat pokok rambutan macam tu..kahkahkah..




Lepas tu kan, konon-kononnyer nak menolong ler apa-apa yang patut tapi seganla pulak..
Tak payahla awak nak tolong-tolong sangat..tolong tengok sudah..




Lepas tu tak dapat la nak turun bendang tu..tinggalkan tapak kaki pon jadilah..




Lepas tu masa budak-budak pekerja tu tengah susun-susun padi semaian dekat mesin tu, sibukla kereta standard nak naik ambik gambar..siap bawak anak-anak lagi..tapi Aishah nangesla pulak..tak cool la awak ni Ecah..nasib baik Qayyum relax jer..




Gi hantar budak menangis kat mak dia dulu , lepas tu sambung ambik gambar lagi..
Qayyum taknak pandang camera pulak..



Setahun lebih kurang 3 kali penananam padi..setiap kali akan ambik masa 3-4 bulan..sekarang ni semua upah jer..menabur, racun, mesin padi sumer guna mesin & jentera..dah moden kan..


Sekian sahaja cerita tentang sawah padi..

Thursday, April 26, 2012

Pameran Raja Kita @ Istana Negara Lama - Part 2

Assalamualaikum...


Okay, ni sambungan bahagian 2 lawatan ke Istana Negara pada minggu lepas..
Sebelum gerak kitorang posing la dulu beramai-ramai tema cokelat kat office..






Ambik gambar kat dalam istana tu macam semua gambar jadi cantik-cantik jer..(cewah, puji-pujian la pada diri sendiri sket..)
Mungkin sebab pencahayaan dia kaler kuning agaknya..


Ada pelbagai bahan pameran istana yang kita rakyat jelata biasa tak pernah tengok..inilah masanya untuk tengok, silalah beramai-ramai datang ke Istana Negara lama untuk melawat yer..




Ni mungkin serba sedikit tentang Tuanku..tak sempat baca pon, sebok dok posing jer..




Gambar-gambar ketika istiadat pertabalan hari tu pon di pamerkan jugak..




Yang ni pulak perutusan Agong masa pertabalan hari tu...




Close up sket..




Ada banyak giler gambar kot..dah malas nak buat caption..layan jelah semua gambar-gambar ni yer..





Time ni dah takder orang nak amikkan gambar sy..apa lg, camwhoring sendiri la..






Kat bahagian atas tepi dinding, ada gambar agong dari yang first sampai sekarang..



Pantun melayu..






Last but not least, sebelum meninggalkan pameran istana..sy pon tak tau apa benda ni..macam gendang pon ada..


Lepas tu, masa keluar dari balairongseri tu semua orang duk intai dalam rumah agong..yang ni memang tak dibuka untuk pameran..ingatkan dapatla tengok dalam tu..intai-intai pon jadilah kot..
Kalau nak ikutkan memang istana ni dah lama..dan memang layakla pindah istana baru..



Masing-masing sekodeng..



Sekian..


Sg Besar Di Hatiku...

Assalamualaikum...


Petang Jumaat minggu lepas, sy mintak balik awal sebab nak balik kg terus..takde maknanya yer kereta standard nak ambik sy kat KL then terus gerak balik kg sy tu..


Kenyataannya, sy perlu balik rumah dulu..sy naik bus pukul 5 ptg dr Pekeliling ke Bentong..so sampai pukul 6.15 ptg..sampai-sampai jer, kereta standard blanjer kopi..lagipon dia kata dia belum ambik Qayyum sebab td masa dia pegi rumah pengasuh, Qayyum masih tido so pengasuh Qayyum tak kasi ambik lagi..lepak-lepak sekejap..lepas tu ambik Qayyum, kemas-kemas barang then terus gerak balik..




 
Masyaallah, masuk jer bandar Bentong, hujan turun dengan selebat-lebatnya..dengan kilat sabung menyabung..sangatlah menakutkan..disebabkan kali ni kitorang akan sampai Sg Besar malam so kitorang balik ikut KL, Selayang, masuk hiwey LATAR sampai Kuala Selangor terus ke Sg Besar..sampai pukul 10 malam..tiga jam weii, bawak slow jer sebab kitorang menempuh 4 kali hujan..takut terbabas jer, dah la balik malam..ni pon sebab nenek Qayyum dah bising-bising dah sebulan tak balik kg, lepas tu balik sekejap jer..tu yang balik jugak malam Jumaat tu..huuiii, panjang lebar kan cerita sy kali neh..




Pagi sabtu tu, mak sy tebangkan tebu..dah banyak yang tua so bolehla hantar untuk di mesin..mak sy kata dia memang tunggu khas sy balik baru nak tebang tebu tuh..




Tebang 6 batang..banyak jugak ni..kalau tebang semua sapa pulak nak habiskan karang..




Mak sy kata yang tinggal ni second roundplak..
Lagipun ada lagi anak tebu yang baru tumbuh tu..




Potong pendek-pendek..ni tambah lagi sebatang ..semuanya 7 batang tebu..
Lepas tu kupas kulit dia siap2, basuh baru hantar kedai utk dimesin..




Kali ni balik takder rezeki pulak nak makan buah naga..tapi ada berbuah 3 bijik tu..





Close up bunga naga..kalau sy balik bulan depan, insyaallah masakla buah ni..




Pokok belimbing buluh tengah berbuah dengan lebatnya..buah dia besar-besar jugak..belambak yang jatuh kat bawah tu..




Lebat pulah kali ni berbuah..
Tadaaa..tengahari sket, kereta standard pergi ambik air tebu..dapat lebih separuh dari bekas air kat bawah ni..upah mesin tebu RM6..mahal jugak kan, upah mesin jer..
Tapi masa kitorang sampai kedai tu, sy tengok semua pelanggan kat kedai tu tengah minum air tebu..sy syak peniaga tu jual la air tebu sy..tapi tak baik kan syak wasangka..hehe



Sekian..