Assalamualaikum..
Maaf lah yer, blog sy pada minggu ni memang berkisar pada cerita balik kampung pada minggu lepas..
So,masa balik kampung minggu lepas..sy ajak kereta standard jalan-jalan tepi laut..ingatkan nak gi BNO kat Sabak Bernam tu..tapi tak jadi la pulak..jadinyer, kitorang pon pergila Sg Nibong..
Kakak sepupu sy kata kat sini ada mee bandung yang best..
Kalau nak pegi tempat ni, dari jalan besar tu memang dah nampak sign batu 23, straight jer sampai tepi laut..
Sampai jer, kereta standard macam bengang jer, lepas tu dia bising-bising..
Kereta Standard : "dah 2 tahun kita kawin, baru kali ni la awak bawak sy datang sini"..
"kalau balik Temerloh tu, setiap tempat sy bawak awk jalan tau"
Sy pon sengeh2 cam kerang busuk jer la..lepas tu sy jawapla..
SY : "Ntah, sy pon baru tau kat sini ada laut"
Kahkahkah...sorryla, sy ingatkan tempat ni macam tak best, malasla nak bawak awak datang sini..
Kecoh betulla kereta standard ni tau..
Qayyum macam dah besar, tapi tak pandai jalan lagi..
Baju dengan seluar kembang tu nenek yang belikan..terima kasih nenek..
Kereta standard pakai track suit jer sbb dia terlupa nak bawak tali pinggang, sebab tu tak pakai jeans..
Sampai-sampai jer, mak dengan abah sy pon terusla menikmati pemandangan laut..masa ni dah nak dekat pukul 7 tp matahari panas lagi..
Kat sini pantai nelayan, tak boleh mandi pon..Qayyum macam excited jer nak terjun main air..
Cuaca masih lagi panas walaupun dah lewat petang..
Lepas tu kitorang pon nak mencuba la mee bandung dekat sini..ramai jugak orang masa ni..
Yang paling special mee bandung Poktek..mee bandung ni ada udang, sotong, ketam & ikan..tapi ayam takde yer..harga dia RM17..
Masa ni Qayyum tak berapa sihat sangat..dia demam & selsema..siap
ada ulser dekat mulut dengan lidah..cuaca panas sangat agaknya..
Qayyum tak puas hati sebab semua orang makan, dia sorang jer yang tak dapat makan..
Kereta standard taknak makan mee bandung, dia kata dia masih kenyang so dia pon order satay..lagipon sy tau dia tak minat sangat mee bandung ni
Satay kat sini pon ok jugak..RM0.50 secucuk..
Mak sy order mee bandung biasa..mak tak makan sangat seafood sebab takut kulit gatal-gatal..
Kesudahannya, udang mak tu jugak yang bedal..mee bandung biasa harganya RM4.50..
Sy dan abah order mee bandung ketam special..
Bagi yang tak suka mee, ada mihun & kueteow jugak..
Yang mee bandung biasa semua harga dia RM4.50..yang special pulak RM8 tapi lebih samada udang, ketam atau sotong..
Mee bandung ketam sy ni harga dia RM8 sahaja..murah kan..
Ada 2 ekor ketam..isi pon banyak..memang berbaloi-baloi..
Rasa mee bandung pon ok, not bad jugak..masa besembang dengan akak yang amik order tu dia kata ada customer dia kata rasa mee bandung kat sini sama macam dekat Penang..entahla, yang kat Penang tu tak pernah rasa lagi..
Tapi yang tak bestnyer, bila kereta standard bayar semua skali RM29..kitorang makan 1 mee bandung biasa, 2 mee bandung special, 1 milo ais, 1 kopi ais, 1 teh ais & 2 air suam sepatutnya dalam RM25..mesti dia tersilap kira neh..untungla camtu kalau meniaga asyik tersilap kira jek..
Yang kereta standard pon main bayar jer, taknak kira dulu..kan dah rugi 4hengget..
Sy pon bukannya bekira sangat tapi kener jugak tengok keadaan jugak..
Kalau nak makan kat sini, memang ok dan berbaloi..
Thumb up!!
Sekian
No comments:
Post a Comment