Entry ni boleh tahan panjangla sebab ada banyak gambar nak share kat korang yang tak dapat gi tengok sendiri..
Hari Jumaat lepas bersamaan 20/4/2012, kitorang semua satu office berkobar-kobar betul, semua orang begitu bersemangat ke malaysiaan la nak g ke Istana Negara lama tu untuk melawat..ni semua idea kak Rohani..siap plan tema cokelat lagi..pagi Jumaat tu cari-cari la baju cokelat..ingatkan nak pakai jer baju yang sama yang pakai minggu lepas tu, sekali cari punyer cari, dalam bakul kain kotor ruper..belum basuh lagi..ceh betul..hehe,sy bukan pemalas ek..sy basuh kain seminggu jek..jimat air, jimat letrik jugak..hehe
Sy ingatkan hari tu last day, tu yang beria2 nak gi tengok..rupa-rupanya exhibition baru start pada 16/4 hari tu sampai pertengahan bulan 6..banyak lagi masa kalau nak gi tengok..masuk pon free jek..
Kul 12 dah keluar office, tanya manager dulu..manager taknak ikut sebab dia banyak kerja tapi dia benarkan kitorang keluar awal..keluar bawak 1 van ngan 1 kete..
Sampai jer sana, tak tau pulak jalan masuk kat mana..rupanya kitorang lalu ikut belakang..dah sampai kat belakang tu teruslah mencekik makan tengahari dulu dekat ikan bakar..kitorang makan kat kedai yang last sekali..katanya kedai makan tu paling femes..tengok pon kedai yang tu palinggg ramai customer..
Lepas habis makan, orang dah start giler ramai..sebab kat sebeblah tu ada masjid. maybe orang nak gi semayang terusla makan dulu..tu yang ramai tu..beratur sampai luar nak ambik ikan bakar..nasib baiklah dah habis makan..ikan bakar dia macam biasa2 jer tp sambal kicap dia sedap..air asam pon not bad jugak..
Terpaksa drop Nizam kat masjid sebab dia kene solat Jumaat..sy pulak terpaksa jadik driver bidan terjun..belasah je la labu..dah lama tak drive kot..last time drive kete sendiri pegi kelas bulan lepas..nasibla selamat sampai..hehe
Kete kener parking kat luar..masa ni tak ramai lagi orang so ada banyak jer park kosong..
Ada banyak bunting dan billboard macam ni kat sepanjang laluan masuk ke istana negara lama ni..ni la first time nak jejakkan kaki kat istana..
Kira ok la kan..dapat jugak tengok dari takdo langsung...
Dari luar terpaksa jalan kaki nak masuk dalam..ko ingat ko tuh vvip ker nak kener jemput bagai..sendirik jalan kaki hokey..tak jauh pon, dalam agak-agak 500 meter jer kot..
Cuaca masa ni boleh tahan panas jugakla..tapi bila tengok gambar ni macam redup jer kan..
Istana Negara bahagian depan..tapi belum sampai lagi..bahagian yang dibuka untuk pameran adalah yang bahagian belakang istana..yang bahagian balairong seri tu jer..bahagian rumah tak open utk pameran..sy punyerla berangan nak tengok rumah agong, dapat tengok bilik tidur ke konon-kononnyer..perabot ker tapi nan hadoo..verangan jelah..
Ikut jer anak panah tu nanti sampaila kat bahagian pameran..
Sampai jer sana, kener bukak kasut yer tuan-tuan dan puan-puan..ye la, kot terpijak taik ayam ker apa ker kasut korang tu..kotor pulak carpet mahal kat dalam tu nanti kan..tercemar pulak institusi beraja kan..betul ker camtu..apa-apa jelah..
Haa, ni pintu masuk dia..pintu gerbang istana..sila lah masuk tuan hamba..
Mula-mula nampakla benda yang raja kita tu..kat kiri-kanan ada tulis pengenalan..
Pameran ni khas untuk agong yang baru ni sebab maybe Tunku Abdul Halim adalah orang yang terakhir menggunakan istana ni..
Ok, ada guest book..sign jgn tak sign..itulah bukti sy dah melawat istana ni..
Antara barang-barang pameran adalah perhiasan-perhiasan yang telah digunakan oleh Sultan Abdul Halim dan permaisuri seperti pakaian & alat kebesaran raja-raja melayu..macam cerita sejarah pulak yer..
Di atas adalah antara darjah-darjah kebesaran yang telah diterima oleh tuanku..
Pakaian ketenteraan tuanku..
Baju melayu yang pernah dipakai oleh tuanku..
Gambar-gambar yang diambil semasa acara-acara rasmi..
Setiap bahan pameran tu ada detail description kat bawah tu..sy pon tak sempat nak baca semuanya..
Baju songket ni cantik..macam baju pengantin pon ada jugak..ni pakaian permaisuri agong masa pertabalan hari tu..
Ni pulak pakaian yang tuanku pakai masa istiadat pertabalan lepas..
Yang ni Kepuk Padi..cendemata yang pernah diterima oleh tuanku..
Set tepak sirih ni pun adalah cenderamata juga..
Keris..
Lagi, sesi bergambar dengan gambar permaisuri..
Lepas tu tuanku sultan pula..
Bergambar beramai-ramai pulak kat singgahsana..tak dapek la nak duduk kat singgahsana tu yer..nanti kena murka susah pulak..siap ada yang jaga lagi..jangan melebihi had tali merah tu..agak-agak dah lebih tu, dia pon datang warning/sound..hehe..kitorang ni behave so takderla melanggar peraturan..cewahh..
Crown dan rantai permaisuri agong..Rantai ni boleh bukak cantum jadi kerongsang..
Pedang..macam pedang samurai kan..
Ni bahagian alatan muzik istana..
Ada banyak giler lagi gambar..gambar-gambar di atas sy tak dapat nak buat caption semua..pandai-pandai lah yer..hehe..
Nantikan sambungan bahagian II..macam iklan kan..kan..
Sekian..
No comments:
Post a Comment