Pages

Tuesday, April 17, 2012

Mr Cendol, Tropicana City Mall

Assalamualaikum..


Hari Khamis  minggu lepas sy dan officemate pergi visit area PJ dan Kelana Jaya..biasa la seminggu duk office giler bosan woo..mesti mau keluar jugak..hehehe

Kalau ikutkan, melawat ni penat, letih dan segala-galanya..lagi-lagi sekarang ni cuaca sangat panas terik..kalau dah tengahari tu memang berpinar-pinar bijik mata nak menahan..

So, pada hari itu..sebelum keluar, sarapan pagi makan kenyang2 dulu sebab kitorang nak all out visit banyak tempat..lagi cepat habis, lagi cepat rest..keluar pukul 9.30, pukul 3 petang dah habis 11 company..dari KL ke Shah Alam, lepas tu PJ then last sekali Kelana Jaya..lepas tu dah tak larat dah..

Kitorang pon gi la Tropicana City Mall sebab memang dah ada dekat area Kelana Jaya tu..perut pon dah menyanyi2 kan..sarapan pagi tu sy makan cekodok jer, nak diet sangatla konon2nyer..

Mall ni baru lagi, sy rasa cam tak best sangat jer..tempat makan pon tak banyak choice sangat..gi tengok kat food court dia, sangatlah sendu..takde jual nasi pon beb..maklumlah, mall kat area orang kaya memang macam ni agaknyer..ada teppayaki, sapa nak makan benda tu..tekak orang kampung cam sy ni kalau dah lapar sangat mesti mau sental nasi..

Dekat 15 minit pusing2 kat situ pikir nak makan apa..sy tanya diorang, diorang plak tanya sy..aku tanya korang, korang tanya aku balik..last2 makan kat Mr Cendol sudah..ni adalah restoran mamak, kat dalam food court tu jugak..


Menu dia rojak, mee rebus, nasi lemak, laksa..boleh tengok macam menu di atas..condol pon ada macam macam jenis, cendol biasa, pulut, special, ice cream dan sebagainya..Ni bukannya kedai mamak betul tp francais punyer..


Kitorang semua order set..cendol+mee rebus RM8 sahaja..cendol dia biasa jek, sy tak rasa fresh santan..sy intai2 masa staff kedai mamak tu buat, sy tengok cendol tu dah siap2 dalam peket, diorang tinggal tuang jer dalam mangkuk..kuah mee rebus pon sama jugak, dah siap dalam peket then masukkan dalam microwave utk panaskan..


Ni Mieza..

Ni pulak Din..


Anak dara ni Syikin namanya..cendol tu kener tuang gula merah sendiri..suka hati la nak taruk banyak mana..


Lepas tuang gula merah, rasa..tuang lagi, apehal la tak manis2..rasa macam dah banyak tuang gula neh..kencing manis karang baru tau..lepas habis makan baru perasan dekat kotak tempat letak gula merah tu ada tulis kene taruk 1 sudu setengah utk satu mangkuk cendol..ooo, dah habis makan dah..main tuang jek, mana nak tau dah berapa sudu..


Ni sy punyer..mee rebus..rasa dia bolehla..


Semua orang makan mee rebus, Syikin makan laksa..sama jugak set RM8..set ni pukul 3 - 6 petang sahaja

Lepas makan, singgah solat, pusing2 sekejap then terus balik..


No comments:

Post a Comment