Petang Jumaat minggu lepas, sy mintak balik awal sebab nak balik kg terus..takde maknanya yer kereta standard nak ambik sy kat KL then terus gerak balik kg sy tu..
Kenyataannya, sy perlu balik rumah dulu..sy naik bus pukul 5 ptg dr Pekeliling ke Bentong..so sampai pukul 6.15 ptg..sampai-sampai jer, kereta standard blanjer kopi..lagipon dia kata dia belum ambik Qayyum sebab td masa dia pegi rumah pengasuh, Qayyum masih tido so pengasuh Qayyum tak kasi ambik lagi..lepak-lepak sekejap..lepas tu ambik Qayyum, kemas-kemas barang then terus gerak balik..
Masyaallah, masuk jer bandar Bentong, hujan turun dengan selebat-lebatnya..dengan kilat sabung menyabung..sangatlah menakutkan..disebabkan kali ni kitorang akan sampai Sg Besar malam so kitorang balik ikut KL, Selayang, masuk hiwey LATAR sampai Kuala Selangor terus ke Sg Besar..sampai pukul 10 malam..tiga jam weii, bawak slow jer sebab kitorang menempuh 4 kali hujan..takut terbabas jer, dah la balik malam..ni pon sebab nenek Qayyum dah bising-bising dah sebulan tak balik kg, lepas tu balik sekejap jer..tu yang balik jugak malam Jumaat tu..huuiii, panjang lebar kan cerita sy kali neh..
Pagi sabtu tu, mak sy tebangkan tebu..dah banyak yang tua so bolehla hantar untuk di mesin..mak sy kata dia memang tunggu khas sy balik baru nak tebang tebu tuh..
Tebang 6 batang..banyak jugak ni..kalau tebang semua sapa pulak nak habiskan karang..
Mak sy kata yang tinggal ni second roundplak..
Lagipun ada lagi anak tebu yang baru tumbuh tu..
Potong pendek-pendek..ni tambah lagi sebatang ..semuanya 7 batang tebu..
Lepas tu kupas kulit dia siap2, basuh baru hantar kedai utk dimesin..
Kali ni balik takder rezeki pulak nak makan buah naga..tapi ada berbuah 3 bijik tu..
Close up bunga naga..kalau sy balik bulan depan, insyaallah masakla buah ni..
Pokok belimbing buluh tengah berbuah dengan lebatnya..buah dia besar-besar jugak..belambak yang jatuh kat bawah tu..
Lebat pulah kali ni berbuah..
Tadaaa..tengahari sket, kereta standard pergi ambik air tebu..dapat lebih separuh dari bekas air kat bawah ni..upah mesin tebu RM6..mahal jugak kan, upah mesin jer..
Tapi masa kitorang sampai kedai tu, sy tengok semua pelanggan kat kedai tu tengah minum air tebu..sy syak peniaga tu jual la air tebu sy..tapi tak baik kan syak wasangka..hehe
Sekian..
No comments:
Post a Comment