Pages

Thursday, May 8, 2014

Pesona Cinta Cotton @ Bangi


Assalam,


Sy ni kan memang suka kain cotton..boleh kata peminat tegar kain cottonla..
Tapi sy xderla beli yang mahal giler tu..beli yang biasa2 jer..

Bermula dengan like facebook page "pesona cinta cotton", lepas tu tengok macam banyak giler kain cotton yang diorang ada..
Rupanya diorang ni adalah pemborong kain cotton..

Sehinggalah hari tu diorang buat promotion beli 20 pasang dengan harga RM40 sepasang jer..
Murah gilerkan..normally sy beli 4 meter dalam RM54..
Tapi promotion tu diorang buat 2 hari jer dan kene walkin..


Sy pon ajak kereta standard gi cari, konon2 nak buat untuk raya la kan..
Tapi ntah ada orang nak jahitkan ke tak ntah..
Takpelah, yang penting beli kain dulu..


Lokasi kedai adalah kat Bangi..
Kereta standard dah la tak biasa sangat jalan kat situ, tapi demi isteri tercinta dia layankan jelah..
Terima kasih kepada Waze..hehe, akhirnya sampai jugakla kedai tu..



Kedai ni kat sebelah masjid dan sebelah kiri tu kawasan perumahan..
Dan yang paling obvious sekali kaler pink..
Kat dalam facebook pon, ada letak jugak gambar kedai ni..


Untuk promotion 2 hari tu, ada makanan dan minuman disediakan..
Ada mihun, buah dan kuih2 jugak..
Sy datang masa first day, ingatkan ramai giler orang tapi biasa2 jelah..



Bila start tengok kain, rambang mata jadinya weii..
Semua cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana satu..haishh..
Kereta standard tunggu kat luar jer, dekat sejam jugakla nak pilih kain..


Macam sy kata awal2 tadi, kedai ni adalah kedai borong so memang kene beli borongla kan..
Tapi sy takdelah beli 20 pasang, bukannya nak meniaga pon..just nak pakai sendiri jer..
Minimum 10 pasang dapat harga RM45 sepasang..


Ada kain yang dah potong siap2 2 meter dan mix & match dengan samada kain kosong dengan bunga dan bunga dengan polkadot..


Lama jugak ambik masa nak pilih kain ni..
Tak tahu nak colour apa, nak warna apa..
Kat rumah dah plan nak warna tu, tapi sampai sini pilih warna lain pulak..
Hoii, pening kepala..
Nasib baik kereta standard handle budak2..
Lagipon ada makan2 so senyapla sikit..


Ha, macam2 jenis corak ada..
Pening kan kepala nak pilih..


Pilih jangan tak pilih..hehe..
Akhirnya dapat jugakla 10 pasang..
Bila nak bayar rupanya kene apply member card RM10..
Oklah jugak, next time kalau beli dapatla jugak harga RM45 sepasang..


Tema raya tahun ni ingat nak warna purple la..
Bila dah sampai rumah, tetiba eehhh macam tak cantik pulak kain yang sy pilih ni..
Tulah banyak sangat choice sampai tak tahu nak pilih yang mana.
Sebab sy dah banyak cotton polkadot so memang tak beli yang dotdot..


Satu kain yang warna purple kat bawah tu hadiah dr office lama dulu, xsempat lagi nak hantar jahit..
Takpelah hantar sekali jer nanti..
Sy pilih warna2 yang xder jelah..
Bunga kecik2 macam dah banyak sangat dan sy pilih yang ready mix & match 5 pasang..
Ingat nak bagi mak sy dengan pengasuh Qayyum dengan Anaz.
Mak mertua sy nak bagi jugak nanti..


Sebab kereta standard dah temankan jalan sampai bangi so belanja dia makan..
Kitorang jalan2 dekat Festival City dan makan Kenny Rogers jer..


Macam dah lama tak makan Kenny Rogers tu yang teringin tu..
Tapi macam biasala, pilih yang Quarter set tu jer..


Agak mencabar jugak nak makan ni sebab dak Qayyum ni memang tak reti duk diam..
Dia boleh keluar masuk kedai ni sesuka hati jer..
Kalau hilangla kan dah satu hal..


Dak Anaz ni pon boleh tahan jugak, menggeliat nak turun merangkak kat lantai jugak..
Dah geram sangat la tu tengok abang dia berlari kesana kemari agaknya..
Suapkan taknak makan pulak..susah betul..


Terpaksalah ganti2 makan, tunggu kereta standard siap makan dulu sementara sy dukung tengok2 kedai sebelah..


Tiba2 Qayyum bagi bunga..
Wahh romantiknya awak ni Qayyum...ehh, bukan Qayyumla tapi papa Qayyum..hehe
Kalau dulu selalu dalam sejambak, bila dah berjambak2 sy cakap tak payah bagi dah sebab membazir jer..so kereta standard pon tukar strategi la kan bagi sekuntum jer..
Tengs kereta standard..

Lepas makan2, jalan2 kat Festival City tu sekejap lepas tu terus balik rumah..
Haritu agak mencabar sikitla bawak Qayyum, mengamuk tak tentu pasal..runsing betul..
Jadi tak dapatlah berlama2 sangat, terus jer balik rumah..
Tapi dah gembira dah sebab dapat kain 10 pasang tadi..hehe..

Sekian,
Terima kasih sudi baca..

Wassalam..


Friday, May 2, 2014

Our 4th Anniversary!!


Assalam,


Alhamdulillah, dah 4 tahun menempuh turun naik dan asam garam rumah tangga bersama..kalau ikutkan masih baru dan masih jauh lagi perjalanan kami..
Semga semuanya baik2 sahaja dan berjalan lancar..


Disebabkan aniversary jatuh pada hari cuti maka haruslah jalan2 kan..
Dulu masa first time naik Faser Hill tu Qayyum baru setahun, sekarang sudah 3 tahun..
Boleh baca entry kitorang dulu2 kat sini A Short Trip to Fraser Hill




Semoga perhubungan ini kekal sehingga ke akhirnya..
Semoga dimurahkan rezeki dan kehidupan yang lebih baik..
Semoga dapat membentuk anak2 yang soleh dan solehah..
Semoga sentiasa sabar, hormat menghormati, bertimbang rasa dan bertolak ansur..
Amin..