Pages

Showing posts with label HOMETOWN. Show all posts
Showing posts with label HOMETOWN. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Jemput Nenek Balik Umrah


Assalam..


Ni cerita sebulan yang lepas..
Walaupun dah basi tapi nak update jugak..hehe


Alhamdulillah parent sy dah pon selamat pulang ke Malaysia pada malam Isnin (24/2/2014)


So pada hari berkenaan memang sy jadi superwomanla..
Sy memang tak apply cuti sebab mak masa tu tak comfirm balik hari apa, naik flight pon tak call..
Cuma sy receive call yang terakhir dari mak jam 3 pagi Isnin tu mak sy kata baru naik bus dari Mekah nak ke Jeddah..lepas tu terus terputus..
Habis kreditla tu agaknya..


So pada hari Isnin tu sy pon masih bekerja seperti biasa..
Balik kerja pon macam biasa jam 5.30 ptg..
Naik bus 6.30 petang so sampai Bentong dalam jam 8.00 malam..
Check dengan sepupu sy sebab pakcik dengan makcik sy pon pergi sekali, sepupu sy kata maybe sampai dalam jam 10 malam..


Mandi dan siap2, jam 9 malam terus gerak ke LCCT..
Kitorang sampai dalam jam 10.30 mlm then sepupu sy pon call kata diorang dah selamat sampai..haa, elok2 jer timing tu..
Tapi walaupun dah sampai tapi mesti belum dapat keluar lagi tu..
Call Pak Anjang sy dulu sebab call mak sy tak dapat pulak masa tu, Pak Anjang sy kata baru sampai lepas tu nak tunggu luggage..
Kitorang pon melepak sekejap kat Old Town LCCT tu sebab tu betul2 kat depan pintu keluar..




Tengok kat information board tu jam 10.25 lagi dah selamat sampai Malaysia..alhamdulillah..


Tapi nak duduk melepak kat old town ni tak bolehla pulak duduk sesaja..
Terpaksala order makan..
Kitorang order jelah air secawan dengan fries..
Ingatkan nak suruh Qayyum makan sekali budak2 ni dua-dua bantai tido pulak..
Yang budak Anaz dari dalam kereta lagi dah tido..Qayyum pon sama jugak dah nak sampai tu baru tido lepas tu sambungla tido jugak.
Cian..letih sangat main waktu siang agaknya..
Lagipon dah memang timing bebudak tidur kan..



Tapi dapat lepak kat sini sekejap jer..
Dah dekat jam 12 tu kitorang kene halau sebab staff nak kemas kerusi meja..
Nenek pulak tak keluar2 lagi..
Takpelah, tunggu je sekejap lagi..



Lepas tu sambung tunggu kat sebelah dalam, dekat dengan pintu keluar tu..
Rupanya ada tempat menunggu, kitorang tak perasan pulak sebab tengok semua orang pon berlonggok tunggu depan pintu keluar tu..
Anaz masa ni dah terjaga tp Qayyum sambung tido lagi..
Tunggu sekejap lepas tu nenek dengan atuk Qayyum pon keluar dari balai ketibaan tu..
Alhamdulillah syukur..


Yang tudung hitam tengah tolak troli tu Mak Anjang sy dengan anak lelaki dia, pak anjang sy nampak songkok jer..


Alhamdulillah syukur, dah selamat sampai..
Abah sy sihat jer, cuma letih..
Mak pulak batuk2 selsema semua..


Bersembang2 sekejap dengan pakcik & makcik lepas tu terus gerak balik..


Kene gerak cepat2 sebab perjalanan masih jauh lagi ni..
Mak abah pon penat, dalam 24 jam dapat lena sekejap jer, kesian..



Dalam 12.15 macam tu la kitorang gerak dr LCCT, terus balik Sg Besar..
Jam 3.30 baru sampai rumah, itu pon sebab singgah pekan sekejap tapau nasi goreng..
Sy la yang kelaparan sangat, tak sempat nak makan wei sebab banyak sangat benda nak kene setle kat office..



Sampai rumah atuk terus keluarkan kapal terbang, beli kat Mekah untuk Qayyum..
Wahh, cumil sgt atuk Qayyum..hahaha
Tapi adalah 3 hari jer bertahan, lepas tu dah patah sayap sebelah..
Yang kelakarnya, bunyi dia bahasa arab..apa benda cakap pon sy tak paham..
So setiap kali kapal terbang ni berbunyi sy rasa runsing betul..


Lepas memunggah segala kurma, dapatla tidur sekejap..
Kereta standard lepas makan terus tidur..takpelah kesian dia penat drive..


Lepas subuh kitorang terus gerak balik Bentong, sebab kereta standard pon xboleh cuti sebulan..
Dia kene cover kawan dia sebab cuti bersalin..
Yang sy pulak memang tak apply cuti so masuk jelah office walaupon lambat..
Sampai Bentong terus hantar budak2 kat rumah pengasuh..
Balik rumah, mandi siap2 terus naik bus ke KL..



Matahari pagi tu cantik sangat..
Keindahan ciptaan tuhan..
Walaupun penat tapi demi mak ayah, apalah sangat berkorban sedikit masa..


Alfatihah utk #MH370
Rasa macam tak percaya, tapi jika itu pengakhirannya siapalah kita utk menidakkannya..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Monday, January 7, 2013

"Anakan" aka anak ikan haruan goreng


Assalamualaikum..


Hari tu cuti hari krismas kitorang balik Sg Besar..
Mak sy masakkan benda ni..
Apa kebendanya nih...
Haaa..ini adalah anak ikan haruan goreng..orang BANJAR kata "ANAKAN"..
Kesian anak ikan haruan ni..tak sempat besar dah kene makan..


Anak ikan haruan ni sangat susah nak jumpa tau..
Time sawah berair jer ada, tu pon kalau bernasib baik..
Masa ni abah sy cari dekat seminggu jugakla, baru jumpa..
Itu pon jumpa sket jer..


Jadilah kan nak buat rasa..
Kang kempunan pulak..




Dah nama anak ikan, mestila kecik2..
Bila dah goreng dapatla sepiring kecik jer..
Ni pon dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar..
Anakan ni just letak garam kunyit, lepas tu goreng..dah agak2 garing baru masukkan bawang dengan cili..
Memang syok habis..
Sapa2 orang banjar mesti pernah makan anakan goreng ni..


Kereta standard baru first time rasa..dia pon kata sedap..
Makan dengan nasi panas, sekali hadap jer terus licin..



Lepas tu abah sy sembelih ayam kampung yang terakhir..
Lepas ni mak abah sy dah malas nak bela ayam sebab diorang tak boleh nak gi jalan2..
Kang tinggal lama2 mati pulak ayam2 ni tak makan..

Mak sy buat rendang..
TAPI sebab ayam ni dah tua, so daging dia agak kureng sedap sket..


Okey, yang ni agak lari dari tajuk sket..
Sajer jer nak letak gambar Qayyum..


Ni gambar masa kitorang jalan2 kat Jusco Wangsa Maju..
Lepak2 sekejap sambil layan baskin robin..




Erm, ayang ontel sy ni kan..bila suruh buat muka comel jer, mesti nak letak jari kat pipi..
Tapi senyuman tu tetap sangat mahal..
Susah sangat nak ambik gambar dia nampak gigi..




Sekian..


Thursday, November 29, 2012

Pelam Gergasi


Assalamualaikum..

Masa balik kampung Sg Besar hari tu..singgah sekejap rumah sepupu sy..
Kebetulan pokok pelam kat depan rumah dia masih lagi berbuah lebat..last time sy balik kampung ada singgah tapi tuan rumah xder..tapi sy ambik sebiji jer sebab teringin..
Tapi sebijik buah pelam tu bapakla besar..
Rasa yang buah sebelum ni lagi besar2 nak compare dengan kali ni..
Bila kata kat sepupu sy hari ambik sebiji..dia gelakkan jer..dia kata kenapa ambik sebiji jer...
Hahaha..xnak ler tamak, ambik satu sudah..lagi pula tuannyer xder..



Sepupu sy xnak jual pon buah pelam ni..sebab dia kata ni kenangan arwah suami dia yang tanam..so dia sedekah jer kat sedara mara dan jiran2..
Alhamdulillah..semoga murahla rezeki akak yer..



Sy tak tau pon apa nama mangga ni..
Panggil pelam gergasi jer sebab mangga ni sangat besar ko..
Lupa pulak nak tanya sepupu sy apa nama buah mangga ni..



Sepupu sy suruh ambik yang tua2 sikit..
Nak kait guna benda tu..botol air yang dipotong sket kat hujung dia utk elakkan buah mangga ni jatuh ke tanah dan pecah..sungguh effektif..haha


Kereta standard la yang jadi mangsa utk ambik buah mangga ni..
Sebab tinggi, dia siap panjat lori lagi..



Tak cukup badan lori, siap panjat kepala lori lagi..
Gaya macam nak ambik banyak sangat padahal ambik 4 bijik buah mangga jer pon..



Sepupu sy suruh ambik yang tua2 sikit tapi sy ni degil nak yang muda jugak..
Hari tu tengok kat pasaraya sebiji RM12++..gulp....telan air liur sekejap..sebab buah mangga ni sekilo RM8..mahal jugak rupanya...





Ni la hasil penat lelah kereta standard mengait buah mangga tu..
Dapat 4 biji..2 biji yang dah tua sikit, 2 biji lagi yang muda..
Buah mangga ni sangatla besar2..tengok gambar macam xcaya jer kan..



Balik rumah terus laju2 pilih dan kupas yang paling muda sekali..
Kupas sebijik jer pon dah penuh pinggan..
Buat sambal kicap taruk cili padi..nyum2..dah jadi bahan kumbahan pon..hehe..

Buah yang tua sikit tu sy tinggal utk mak sy, xnak bawak balik pon..
Lepas tu mak sy kata dia biar sampai masak dan sangat la manis..
Minggu depan kalau balik Sg Besar sy nak gi singgah lagi rumah sepupu sy tu nak tengok kot ada buah lagi ke tak..kalau ada boleh mintak lagi..hehe


Sekian..



Saturday, November 17, 2012

Cerita balik kampung & banjir..


Assalamualaikum..


Cuti deepavali sambung ke cuti awal muharam dapat 3 hari..hari isnin dengan jumaat pulak kerja, malasla nak ambik cuti sebab cuti sy tinggal 2 hari jer..nanti nak guna bulan doblas..simpan dulu..


Jadi, cuti lepas kami balik Sg Besar..
Dah call mak kat kampung kata nak balik tapi mak mata jangan ikut Tg Malim sebab jalan tutup disebabkan oleh banjir..
Macamana nak balik ni, kalau ikut KL dah tentu2 jem dekat Batu Cave sbb tengok berita diorang buat rumah terbuka..
Bincang punyer bincang, kereta standard kata kita redah jer banjir..lantak situ, biar apa pon yang berlaku..
Cewah..sedap jer cakap kan..kang keta rosak, nangis pulak kene kua duit repair..
Tapi, baiklah sy menurut perintah jer..




Ingatkan nak balik pagi2, kalau dah sampai kampung awal bolehla rest..
Tapi nak menunggu diorang ni bangun tido, pukul 10 baru bangun..
Buat breakfirst siap2, basuh kain, kemas rumah, sidai kain, kemas2 baju masuk dalam beg..masuk dalam bilik tengok mereka masih tido lagi..Qayyum kangkang kemain besar lagi..budak ni tak suka selimut, tu yang jadi camtu tu..


Kesudahannya, gerak balik pukul 12 tengahari..
Balik kali ni kereta standard bawak relax jer..
Dalam kereta masih bincang2 lagi jalan alternative lain..
Akhirnya, kitorang decide dari Tanjung Malim terus jer ke Bidor, Teluk Intan, Sabak Bernam terus sampai Sg Besar..tapi idak ler tau jalan pon..mestilah dengan bantuan gps..hehe..


Kebetulan masa dengar radio ada caller tu kata Lebuh Raya Utara Selatan menuju Ipoh jem sebab ada kemalangan lori.jadi kitorang ikut jalan lama, sebelah highway tu jer..kadang2 still boleh nampak highway..sampai jer atas sket dr Tanjung Malim kitorang dah boleh nampak dah jem tu..nasib baik tak ikut highway..


Pukul 3.30 petang baru sampai Teluk Intan..huii, pecah rekod betul, selalu balik kampung 3 jam ikut KL, 2 jam setengah ikut Tanjung Malim/Behrang..nak buat cemana, dah jalan banjir terpaksa la pusing ikut jalan jauh..sampai jer Teluk Intan kitorang pon jalan2 dulu, tapi gi singgah Giant jer pon..menara condong tu tak pegi pon kereta standard malas nak gi situ..


Apa ntah nama mall yang ada Giant tu, lupa pula..kitorang just tengok2 kot ada benda yang menarik..lagipon xpernah singgah sini..
Lepas tu rasa lapar pulak..pagi tadi sy masak nasi lemak dengan ayam masak merah..siap bawak bekal lagi tapi dah tak lalu pulak nak makan bekal..tekak rasa ngade2 nak makan benda lain..hehe
Memula makan cendol dekat Mr Cendol, order satu jer..
Lepas tu kereta standard ajak makan domino's..
Sy on sahaja..


Okay, mari kita belajar buat memek muka dengan Qayyum..



Pertama sekali, kita buat muka confius, berkedut2 jer kening tu..




Yang ni pulak merenung masa hadapan..entahkan cerah entahkan gelap agaknya..
Harap2 cerah dan ceria la ek..




Yang ni pulak, seterusnya buat muka comel dan sangat gembira..hahaha..
Sy suspect anak pengasuh Qayyum tu la yang ajar dia buat comel ni..




Yang last sekali muka takut cicak..haha
Kalau nampak cicak terus duduk diam tak bergerak2 dah..
Mula2 tu sampai menggeletar2 badan, tido malam pulak sampai mengigau2..
Punyelah takut dengan cicak..



Kitorang order set regular pizza, roti dengan 2 tin air gas berharga RM21.++ dengan tax..
Set ni weekdays jer..kalau weekend harga lain..
Okay jugak domino's ni..sy suka roti pintal tu..



Budak ni, nak mengacau jer kerjanya..siap xnak duduk atas kerusi..
Nak duduk atas meja jer..
Nasib baikla tak ramai orang..takdelah malu sangat kalau Qayyum buat onar..hehe



Bagi roti sepotong suh diam sekejap..
Tapi yelah roti tu kan panas lagi..moncong2 mulut dia bila suruh tiup dulu roti tu..




Haa..tarik panjang lagii..
Sejam jugakla kot kitorang pusing2 kat sini dan makan lagi..
Lepas tu terus jer balik..
Pukul 5.30 petang baru sampai rumah mak..
Kiranya kalau tak singgah mana2 tadi tu 4 jam setengahla baru sampai kampung..


Hari Khamis petang pukul 4 petang baru kitorang gerak balik Bentong..
Kali ni nekad jer nak redah banjir sebab dah 3 hari sejak balik kampung tak hujan..
Jadi kitorang assume banjir dah surut la agaknya..
Kali ni tawakal jelah..kalau agak2 banjir teruk sangat terpaksala kitorang patah balik then ikut KL..


Tetiba nampak papan tanda "Awas kawasan banjir dihadapan - 35 km"
Kereta standard cuak jugak..
Tapi on day way tu kitorang tengok ada kereta lain yang ikut..so sedapkan hati, haa..kereta tu pon nak balik rumah ikut Tanjung Malim jugak tu..haha..


Lagi 10km pon ada tanda amaran jugak..
Sehinggalah kitorang sampai kat kawasan banjir tu..
Alhamdulillah, banjir dah nak surut..siap ada pengawal lagi dan dia beri kebenaran boleh lalu..



Kereta standard pon berhenti jauh sket..
Lepas tu nampak ada moto so biarlah moto tu lalu dulu..
Lagipon  baru teringat nak ambik gambar..




Tiba2 2 buah kereta kat belakang kitorang terus memotong..hekeleh..tak menyabar betul..
Mesti kereta tu ingat kitorang ni tak berani nak redah banjir tu agaknya..
Lagipon, kasilah moto tu lalu dulu..sian kang basah..




Bila tengok kiri kanan, habis semua pokok kelapa sawit tu kene banjir..
Nasib baik kawasan yang tenggelam tu takde jauh mana nak kene redah..
Alhamdulillah, kitorang dah selamat sampai rumah jam 6.30 petang..


Sekian..



Tuesday, October 30, 2012

Pecal Lontong & Ayam Kampung


Assalamualaikum..


Masih lagi berkisar tentang cerita balik kampung 2 minggu lepas..
Bangun pagi2 rasa tenang dan damai jer rasa..
Masa ni sawah baru lepas di bajak..menunggu waktu yang sesuai untuk ditabur padi
Alhamdulillah..sekarang musim hujan, xderla kering kontang sangat sawah..




Yang paling best sekali adalah ini!!
Ni nama dia pecal lontong..
Mak sy tak pernah miss belikan untuk sy tiap kali balik kampung..
Kat pekan Jumaat dengan pekan Ahad jer ada jual pecal lontong ni..
Asalnya dari orang jawa agaknya, sebab makcik yang meniaga tu cakap jawa..
Kat tempat lain xjumpa pulak..
Sedap tak terkira..




RM1 jer sebungkus..
Combine sekali pecal + lontong..
Bungkus pulak dengan daun pisang, wangi jer..
Sy siap melantak 2 bungkus..mana cukup kalau makan satu..
Kereta standard mana makan sangat benda berkuah2 ni..




Budak kecik ni kan pantang bukak pintu, terus melompat nak keluar..
Rumah nenek sg besar ni xbanyak sangat barang dalam rumah, kemain gumbira lagi berlari2, memunggah dan berkemas mana2 yang patut..
Kesian atuk asik nak mengemas almari jer, last sekali sy suruh ikat..habis cerita..terus xdapat nak memunggah dah..



Dia dah pandai buat bunyi cat, "mioww"..chicken "ookook" dengan tiger.."aummm"
Comel jer bunyinyer..kalau tiger tu siap dengan tangan2 lagi nak cakar..
Takpelah lambat cakap pon tp atleast ada benda baru yang dia belajar..




Kebetulan masa balik kampung hari tu mak sy buat makan2 dengan sepupu2 dan sedara mara sket..
Kebetulan raya haji td kitorang semua tak balik sg besar jadi mak sy pon buat makan2 sket..
Abah pon sembelih 2 ekor ayam kampung..
Yang tu tunggu nak siang, celur dalam air panas, cabut bulu dulu kemudian baru potong2..


Mak sy ada bela dekat 20 ekorla kot ayam kampung ni tapi banyak dah jual..
Yang tinggal ni kaler yang gelap2 dengan yang kecik2 sket..
Mak sy kata orang cina xnak beli ayam kaler hitam sebab diorang panggil 'ayam hantu"..hahaha, macam2 betul..
Mak sy buat masak kari jer dengan goreng sket..
Ayam kampung ni daging dia agak pejal sket tp xkeras pon..dan xbanyak lemak macam ayam daging tu..
Memang lain sangatla makan ayam kampung..
Dalam sibuk2 menolong menghidang tu, lupa plak nak snap gambar masa makan2 tu..
Gambar makanan pon lupa nak ambik..teruk betul..


Sekian..



Wednesday, May 30, 2012

Pau Gemuk @ Kunci Air Parit 1, Sg Besar


Assalamualaikum..



Kali ni nak cerita pasal pau..sapa suka makan pau....
Sy ni takde la gemar sangat makan pau tp pau yang jual kat sini memang sedap, besar dan murah..berbaloi-baloi..murahla rezeki family adik ni meniaga..


Pau ni pon feveret kereta standard..kalau balik kampung, lalu jer mesti singgah beli..ada macam-macam jenis pau kat sini..yang biasa kitorang beli pau kacang, kaya, cokelat, daging, ayam & sardin..semua pau dah rasa..


Harga pau kacang & pau kaya RM1 jer..dulu dia jual RM0.90 jer..sekarang dah naik singgit..yang lain-lain tu RM1.50 - RM1.70..Lokasinya adalah dekat kunci air Pt 1 Sg Besar..


Yang ni pau melayu yang buat..tak gebu sangat macam pau cina tu tapi pau ni besar..kalau panas-panas tu lembut jer, wangi pulak tu..kalau pau yang biasa beli dalam peti kukusan tu, pau kacang pon dah RM1.30..




Adik ni guna kukusan kayu..bawah sekali kuali besar untuk kukus pau..kul 11 pagi dah start meniaga sampai petang atau sampai pau habis setiap hari..




Masa ni tak turun kereta pon, order jer kat tingkap..


Sekian..

Friday, April 27, 2012

Musim Menanam Padi Sawah

Assalamualaikum..


Kebetulan masa balik kampung minggu lepas, diorang tengah tanam padi kat bendang mak belakang rumah..so sempatla snap2 gambar-gambar yang patut..


Kali ni kaedah penanaman menggunakan kaedah "calit"..biasanya kaedah tabur..mak sy kata kali ni kerajaan sponsor..dapat anak padi free..


Mula-mula sawah tu kene la bajak dulu..kasi gemburkan tanah..nak musnahkan dulu rumput-rumput yang tumbuh dekat bendang tu sebelum tanam padi..air pon kene buang, taknak dalam sangat..kalau banyak sangat air, nanti mati pulak anak padi tu sebab tenggelam..


Mesin bajak ni ada 2, nama dia "trektar".. sekejap jer dah siap..




Lepas jer bendang ni kene bajak, banyakla burung-burung putih datang..agaknya sebab banyak ulat-ulat dalam tanah tu keluar..bestla burung-burung tu kan, dapat makan banyak ulat..




Anak-anak padi yang dah disemai, diorang susun siap-siap..ni ada lori yang hantar..
Diorang longgok jer depan rumah..




Sy sempatla interview budak ni, dia kata benih padi ni disemai gunakan jerami padi tu jugak..kalau dulu-dulu, pesawah akan bakar jer jerami padi bila dah mesin..tapi sekarang diorang gunakan semula untuk buat tapak semaian..bagusla kan..kira macam kitar semula disamping mengurangkan pencemaran..


Ni la mesin yang digunakan untuk tanam padi guna kaedah calit ni..lupa plak nak tanya apa ke nama mesin ni..




Diorang akan susun anak benih semaian tu ikut line-line tu..




Kalau dulu-dulu, petani akan tanam padi secara manual seperti gambar di bawah..sumber dari google..
Masa sy kecik-kecik dulu, sy penahla ikut mak sy pegi sawah..bukannya tolong pon, main jer lebih..sekarang ni dah moden, sumer pakai mesin jer..tapi still lagi guna tulang empat kerat jugak kalau nak sulam sawah padi yang lubang-lubang tu..
Klasik jer bila tengok gambar ni kan..




Lepas tu diorang akan jalan ikut lorong-lorong sawah tu..kene ada 2 orang, sorang bawak, sorang lagi tolong susunkan anak padi semaian tu..




Guna mesin sekejap jer dah siap..laju jer..




Kereta standard pon macam batak-batak sketla kan sebab dia tak penah tengok..sian kan laki sy..hehe
Awak ingat budget comel ker ambik gambar dekat pokok rambutan macam tu..kahkahkah..




Lepas tu kan, konon-kononnyer nak menolong ler apa-apa yang patut tapi seganla pulak..
Tak payahla awak nak tolong-tolong sangat..tolong tengok sudah..




Lepas tu tak dapat la nak turun bendang tu..tinggalkan tapak kaki pon jadilah..




Lepas tu masa budak-budak pekerja tu tengah susun-susun padi semaian dekat mesin tu, sibukla kereta standard nak naik ambik gambar..siap bawak anak-anak lagi..tapi Aishah nangesla pulak..tak cool la awak ni Ecah..nasib baik Qayyum relax jer..




Gi hantar budak menangis kat mak dia dulu , lepas tu sambung ambik gambar lagi..
Qayyum taknak pandang camera pulak..



Setahun lebih kurang 3 kali penananam padi..setiap kali akan ambik masa 3-4 bulan..sekarang ni semua upah jer..menabur, racun, mesin padi sumer guna mesin & jentera..dah moden kan..


Sekian sahaja cerita tentang sawah padi..