Pages

Monday, January 7, 2013

"Anakan" aka anak ikan haruan goreng


Assalamualaikum..


Hari tu cuti hari krismas kitorang balik Sg Besar..
Mak sy masakkan benda ni..
Apa kebendanya nih...
Haaa..ini adalah anak ikan haruan goreng..orang BANJAR kata "ANAKAN"..
Kesian anak ikan haruan ni..tak sempat besar dah kene makan..


Anak ikan haruan ni sangat susah nak jumpa tau..
Time sawah berair jer ada, tu pon kalau bernasib baik..
Masa ni abah sy cari dekat seminggu jugakla, baru jumpa..
Itu pon jumpa sket jer..


Jadilah kan nak buat rasa..
Kang kempunan pulak..




Dah nama anak ikan, mestila kecik2..
Bila dah goreng dapatla sepiring kecik jer..
Ni pon dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar..
Anakan ni just letak garam kunyit, lepas tu goreng..dah agak2 garing baru masukkan bawang dengan cili..
Memang syok habis..
Sapa2 orang banjar mesti pernah makan anakan goreng ni..


Kereta standard baru first time rasa..dia pon kata sedap..
Makan dengan nasi panas, sekali hadap jer terus licin..



Lepas tu abah sy sembelih ayam kampung yang terakhir..
Lepas ni mak abah sy dah malas nak bela ayam sebab diorang tak boleh nak gi jalan2..
Kang tinggal lama2 mati pulak ayam2 ni tak makan..

Mak sy buat rendang..
TAPI sebab ayam ni dah tua, so daging dia agak kureng sedap sket..


Okey, yang ni agak lari dari tajuk sket..
Sajer jer nak letak gambar Qayyum..


Ni gambar masa kitorang jalan2 kat Jusco Wangsa Maju..
Lepak2 sekejap sambil layan baskin robin..




Erm, ayang ontel sy ni kan..bila suruh buat muka comel jer, mesti nak letak jari kat pipi..
Tapi senyuman tu tetap sangat mahal..
Susah sangat nak ambik gambar dia nampak gigi..




Sekian..


1 comment:

  1. kalau semua orang makan anak haruan, bila nak ade kelangsungan stok haruan?

    ReplyDelete