Pages

Thursday, January 10, 2013

Aktiviti Balik Kampung - Kebun & Pekan Sari


Assalamualaikum..


Hari sabtu tu, lepas jer melawat wan kereta standard..kitorang pon singgah kat kebun mak mertua sy..
Kebun ni terletak dekat Sanggang, Temerloh..




Nak masuk kebun, posing dulu..
Tapi kitorang ni tak masuk dalam kebun pon, just kat tepi pagar jer..
Giler banyak nyamuk kat kebun ni..
Singgah kebun sekejap jer sebab nak ambik buah rambutan..


Macam2 pokok yang mak mertua sy tanam..
Durian, cempedak, limau bali, limau nipis, duku. langsat, mata kucing, mangga..
Tapi yang berbuah lebat cuma cempedak dengan rambutan jer..
Durian nan hado nak berbuah..
Lagipon kat kebun ni banyak kera..hari tu semua pokok mata kucing berbuah lebat..
Sekali datang seminggu lepas tu nak bungkus, habis semuanya..tinggal daun jer..
Keciwa sungguh..




Buah cempedak memang lebat..
Mak mertua sy siap jual, dapatla jugak untung jual daripada busuk kat pokok jer..
Semalam bawa balik dalam 7 biji..tinggalkan kat rumah 3 biji yang lain tu bagi kat pengasuh dengan jiran rumah sebelah..




Haa..perempuan gemok pon nak posing jugak kat kebun..hehe



Ada tiga pokok rambutan yang berbuah lebat..
Tapi sayang buah terbiar macam tu jer..
Abah kereta standard tak minat nak gi kebun..jadi mak mertua sy jer yang datang tengok kebun..
Sebab tu la xterpetik semua buah2 neh..
Lgpon kebun boleh tahan jauh jugak dengan rumah, tu yang jarang sket gi tengok kebun..




Mak mertua sy memang minat berkebun ni..
Sebab tu dia suka pegi MAHA tu..
Boleh beli pokok2, baja semua..




Bawak plastik satu jer..
Tu pon kereta standard dah bising2 kata dah petik banyak ni sapa nak makan..
Alah petik jerlah, boleh bagi kat orang..dapat pahala tau..



Disebabkan kereta standard dah malas nak petik, jadi dapatla satu plastik jer rambutan..
Lagipon tak tahan banyak sangat nyamuk yang belang2 tu..macam nyamuk aedes tu..
Siap ikut masuk dalam kereta..
Rambutan ni manis dan lekang.buah dia besar2 pulak tu..


Lepas tu hari ahad, kitorang jalan2 kat PEKAN SARI..
Keluar rumah pon dah dekat pukul 10..jadinya rempit naik motor sahaja..
Sebab kalau naik kereta mestilah jalan jem, kene jalan jauh sebab parking pon kene jauh..
Naik moto jer mudah, senang dan cepat..



Masa jalan2, tu yang terjumpa buah mencepu tu..
Selonggok RM3..




Yang ni pulak buah katak puru..
Sama jugak selonggok RM3..
Pasal buah katak puru ni sy dah pernah post kat entry SINI
Time tu mengidam masa mengandungkan Qayyum.. 




Dah penat jalan2, berhenti lepak makan satay kejap..
Lagipon sy belum breakfast lagi..
Ingatkan nak gi jumpa doktor, tp doktor favourate cuti pulak..
Terusla xjadi nak gi klinik..



Kitorang order 15 cucuk jer..
Satu cucuk RM0.60..
Boleh tahan sedap jugak satay kat sini..kuah kacang pon sedap..
Nasi impit pulak sepinggan RM1.00


Lepas tu kan ..ada cerita kelakar..
Kereta standard la yang cerita sebab masa tu sy tak perasan la pulak kejadian tu..
Ada 2 orang pakcik makan kat sebelah meja kitorang ni..
Masa nak bayar tu, pakcik tu kata ada lagi 5 cucuk satay yang belum makan so nak pulang balik..
Sy rasa kelakar giler..
Boleh pulak dah order2 lepas tu pulangkan balik yang tak makan tu..haha..




Sementara tunggu satay tu, beli kuih apam gula hangus ni..
Nampak macam sedap jer..
2 ketul RM1.00 jer..
Tapi sy jer yang makan..diorang ni tak minat kot..




Aksi comel dr Qayyum sambil makan satay..
Habis jugak 3 cucuk budak ni makan..memang peminat satay betullah..


Pada pendapat sy, Temerloh ni masih lagi boleh dianggap kampung..
Barang2 kat PEKAN SARI ni pon masih murah..
Sy beli apam balik, siap mengada2 xnak gula lepas tu extra jagung pon harga sama jer RM2..
Mana nak dapat apam balik besar dua hengget..Sg Besar pon xder tau..sumer dah RM3..
Dan terbukti jugak, makan order satay kalau tak usik boleh pulang balik..hahaha..


Lepas tu sy beli rojak buah, pon harga RM2 jugak..
Kalau kat tempat lain kan RM3 - 3.50..
Kuih pon 3 singgit, xderla kecik cenonet sangat..biasa2 jer..xbesar dan xkecik sangat..
BATAK sekejap sy dengan harga kat Pekan Sari ni..hehe




Pekan Sari ni beroperasi setiap hari ahad sahaja, dari pagi sampai tengahari..
Pekan dia adalah sepanjang tepi sungai Temerloh tu..nak dekat2 satu km jugakla rasanya..
Kitorang jalan separuh jer, tu pon yang sebelah makanan jer..lepas tu dah tak larat..
Ramai orang, panas pon yer jugak..
Yang Qayyum melembik xnak jalan sendiri..jadinyer terpaksa berdukung..
Tu yang menambahkan letih tu..




Macam2 ada kat Pekan Sari ni..
Sayur2 kampung, ikan patin yang paling penting sekali..




Yang ni pula adalah EMPING..
Masa memula tu sy pon xtau..apa kebenda la emping ni..
Rupanya macam ni..




Nak makan kene goreng kot..
Entah, tak pernah try la pulak sy..




Kitorang jalan yang bahagian makanan jer lepas tu patah balik..
Dan lepas tu terus jer balik..




Masa on da way balik tu, lalu la kat depan Mc'D Temerloh..
Mc'D ni baru jer bukak dalam dua bulan lebih la kot..
Tapi kitorang lalu jer..tak singgah pon sebab masih kenyang makan satay kat Pekan Sari sebelum tu..




Itu jelah rasanya aktiviti sy masa balik kampung kereta standard..
Terima kasih sudi baca..


Sekian..


No comments:

Post a Comment