Pages

Tuesday, March 25, 2014

Jemput Nenek Balik Umrah


Assalam..


Ni cerita sebulan yang lepas..
Walaupun dah basi tapi nak update jugak..hehe


Alhamdulillah parent sy dah pon selamat pulang ke Malaysia pada malam Isnin (24/2/2014)


So pada hari berkenaan memang sy jadi superwomanla..
Sy memang tak apply cuti sebab mak masa tu tak comfirm balik hari apa, naik flight pon tak call..
Cuma sy receive call yang terakhir dari mak jam 3 pagi Isnin tu mak sy kata baru naik bus dari Mekah nak ke Jeddah..lepas tu terus terputus..
Habis kreditla tu agaknya..


So pada hari Isnin tu sy pon masih bekerja seperti biasa..
Balik kerja pon macam biasa jam 5.30 ptg..
Naik bus 6.30 petang so sampai Bentong dalam jam 8.00 malam..
Check dengan sepupu sy sebab pakcik dengan makcik sy pon pergi sekali, sepupu sy kata maybe sampai dalam jam 10 malam..


Mandi dan siap2, jam 9 malam terus gerak ke LCCT..
Kitorang sampai dalam jam 10.30 mlm then sepupu sy pon call kata diorang dah selamat sampai..haa, elok2 jer timing tu..
Tapi walaupun dah sampai tapi mesti belum dapat keluar lagi tu..
Call Pak Anjang sy dulu sebab call mak sy tak dapat pulak masa tu, Pak Anjang sy kata baru sampai lepas tu nak tunggu luggage..
Kitorang pon melepak sekejap kat Old Town LCCT tu sebab tu betul2 kat depan pintu keluar..




Tengok kat information board tu jam 10.25 lagi dah selamat sampai Malaysia..alhamdulillah..


Tapi nak duduk melepak kat old town ni tak bolehla pulak duduk sesaja..
Terpaksala order makan..
Kitorang order jelah air secawan dengan fries..
Ingatkan nak suruh Qayyum makan sekali budak2 ni dua-dua bantai tido pulak..
Yang budak Anaz dari dalam kereta lagi dah tido..Qayyum pon sama jugak dah nak sampai tu baru tido lepas tu sambungla tido jugak.
Cian..letih sangat main waktu siang agaknya..
Lagipon dah memang timing bebudak tidur kan..



Tapi dapat lepak kat sini sekejap jer..
Dah dekat jam 12 tu kitorang kene halau sebab staff nak kemas kerusi meja..
Nenek pulak tak keluar2 lagi..
Takpelah, tunggu je sekejap lagi..



Lepas tu sambung tunggu kat sebelah dalam, dekat dengan pintu keluar tu..
Rupanya ada tempat menunggu, kitorang tak perasan pulak sebab tengok semua orang pon berlonggok tunggu depan pintu keluar tu..
Anaz masa ni dah terjaga tp Qayyum sambung tido lagi..
Tunggu sekejap lepas tu nenek dengan atuk Qayyum pon keluar dari balai ketibaan tu..
Alhamdulillah syukur..


Yang tudung hitam tengah tolak troli tu Mak Anjang sy dengan anak lelaki dia, pak anjang sy nampak songkok jer..


Alhamdulillah syukur, dah selamat sampai..
Abah sy sihat jer, cuma letih..
Mak pulak batuk2 selsema semua..


Bersembang2 sekejap dengan pakcik & makcik lepas tu terus gerak balik..


Kene gerak cepat2 sebab perjalanan masih jauh lagi ni..
Mak abah pon penat, dalam 24 jam dapat lena sekejap jer, kesian..



Dalam 12.15 macam tu la kitorang gerak dr LCCT, terus balik Sg Besar..
Jam 3.30 baru sampai rumah, itu pon sebab singgah pekan sekejap tapau nasi goreng..
Sy la yang kelaparan sangat, tak sempat nak makan wei sebab banyak sangat benda nak kene setle kat office..



Sampai rumah atuk terus keluarkan kapal terbang, beli kat Mekah untuk Qayyum..
Wahh, cumil sgt atuk Qayyum..hahaha
Tapi adalah 3 hari jer bertahan, lepas tu dah patah sayap sebelah..
Yang kelakarnya, bunyi dia bahasa arab..apa benda cakap pon sy tak paham..
So setiap kali kapal terbang ni berbunyi sy rasa runsing betul..


Lepas memunggah segala kurma, dapatla tidur sekejap..
Kereta standard lepas makan terus tidur..takpelah kesian dia penat drive..


Lepas subuh kitorang terus gerak balik Bentong, sebab kereta standard pon xboleh cuti sebulan..
Dia kene cover kawan dia sebab cuti bersalin..
Yang sy pulak memang tak apply cuti so masuk jelah office walaupon lambat..
Sampai Bentong terus hantar budak2 kat rumah pengasuh..
Balik rumah, mandi siap2 terus naik bus ke KL..



Matahari pagi tu cantik sangat..
Keindahan ciptaan tuhan..
Walaupun penat tapi demi mak ayah, apalah sangat berkorban sedikit masa..


Alfatihah utk #MH370
Rasa macam tak percaya, tapi jika itu pengakhirannya siapalah kita utk menidakkannya..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



No comments:

Post a Comment