Pages

Friday, April 27, 2012

Musim Menanam Padi Sawah

Assalamualaikum..


Kebetulan masa balik kampung minggu lepas, diorang tengah tanam padi kat bendang mak belakang rumah..so sempatla snap2 gambar-gambar yang patut..


Kali ni kaedah penanaman menggunakan kaedah "calit"..biasanya kaedah tabur..mak sy kata kali ni kerajaan sponsor..dapat anak padi free..


Mula-mula sawah tu kene la bajak dulu..kasi gemburkan tanah..nak musnahkan dulu rumput-rumput yang tumbuh dekat bendang tu sebelum tanam padi..air pon kene buang, taknak dalam sangat..kalau banyak sangat air, nanti mati pulak anak padi tu sebab tenggelam..


Mesin bajak ni ada 2, nama dia "trektar".. sekejap jer dah siap..




Lepas jer bendang ni kene bajak, banyakla burung-burung putih datang..agaknya sebab banyak ulat-ulat dalam tanah tu keluar..bestla burung-burung tu kan, dapat makan banyak ulat..




Anak-anak padi yang dah disemai, diorang susun siap-siap..ni ada lori yang hantar..
Diorang longgok jer depan rumah..




Sy sempatla interview budak ni, dia kata benih padi ni disemai gunakan jerami padi tu jugak..kalau dulu-dulu, pesawah akan bakar jer jerami padi bila dah mesin..tapi sekarang diorang gunakan semula untuk buat tapak semaian..bagusla kan..kira macam kitar semula disamping mengurangkan pencemaran..


Ni la mesin yang digunakan untuk tanam padi guna kaedah calit ni..lupa plak nak tanya apa ke nama mesin ni..




Diorang akan susun anak benih semaian tu ikut line-line tu..




Kalau dulu-dulu, petani akan tanam padi secara manual seperti gambar di bawah..sumber dari google..
Masa sy kecik-kecik dulu, sy penahla ikut mak sy pegi sawah..bukannya tolong pon, main jer lebih..sekarang ni dah moden, sumer pakai mesin jer..tapi still lagi guna tulang empat kerat jugak kalau nak sulam sawah padi yang lubang-lubang tu..
Klasik jer bila tengok gambar ni kan..




Lepas tu diorang akan jalan ikut lorong-lorong sawah tu..kene ada 2 orang, sorang bawak, sorang lagi tolong susunkan anak padi semaian tu..




Guna mesin sekejap jer dah siap..laju jer..




Kereta standard pon macam batak-batak sketla kan sebab dia tak penah tengok..sian kan laki sy..hehe
Awak ingat budget comel ker ambik gambar dekat pokok rambutan macam tu..kahkahkah..




Lepas tu kan, konon-kononnyer nak menolong ler apa-apa yang patut tapi seganla pulak..
Tak payahla awak nak tolong-tolong sangat..tolong tengok sudah..




Lepas tu tak dapat la nak turun bendang tu..tinggalkan tapak kaki pon jadilah..




Lepas tu masa budak-budak pekerja tu tengah susun-susun padi semaian dekat mesin tu, sibukla kereta standard nak naik ambik gambar..siap bawak anak-anak lagi..tapi Aishah nangesla pulak..tak cool la awak ni Ecah..nasib baik Qayyum relax jer..




Gi hantar budak menangis kat mak dia dulu , lepas tu sambung ambik gambar lagi..
Qayyum taknak pandang camera pulak..



Setahun lebih kurang 3 kali penananam padi..setiap kali akan ambik masa 3-4 bulan..sekarang ni semua upah jer..menabur, racun, mesin padi sumer guna mesin & jentera..dah moden kan..


Sekian sahaja cerita tentang sawah padi..

No comments:

Post a Comment