Pages

Friday, January 16, 2015

Temerloh Selepas Banjir


Assalam..


Sy sangat busy kat office..
Memang tak sempat nak curi2 masa update blog..


Gambar banyak sangat dan banyak jugak cerita nak up kat blog..
Slowly la kan update..


Ni kira throwback punya story.
Haritu kan dah cerita pasal banjir kat entry SINI..
Ni kira sambungan cerita banjir haritu la..
Kitorang balik Temerloh sabtu last 2 week betul2 hari highway Karak - Temerloh dibuka.
Masa ni banjir memang dah surut tapi masih ada certain area yang belum kering lagi..
Ada banyak juga misi bantuan yang masuk Temerloh masa ni..


Hari sabtu tu kitorang terus jer pusing bandar Temerloh..
Kesian sangat kat area yang banjir, memang barang2 macam perabot tu terpaksa dibuang dengan bau lumpur banjir yang masih kuat..serius teruk sangat..


Kereta standard bawak sy dengan budak2 hantar water jet kat rumah kawan dia yang terletak kat betul2 sebelah sungai Pahang tu..


Jalan memang berselut tapi kereta dah boleh lalu slowly cuma kawasan rumah yang rendah tu masih belum kering..
Kawasan rumah kawan kereta standard ni memang banjir sikit lagi nak sampai bumbung..
Ni pon seram jugak nak redah selut ni takut enjin mati kang stranded pulak kat sini..


 Masa ni electric masih xde lagi..
Tapi diorang dah start kemas2 rumah..
Kereta standard inform masa masih banjir diorang dah buang semua barang2 tolak masuk dalam sungai..



Budak2 tau seronok jer kan main banjir..


Nilah rumah kawan kereta standard tu..
Yang sebelah kanan tu..
Rumah parent dia sebenarnya..
Dugaan besar utk mereka, semoga tabah..



Rumah betul2 sebelah sungai..
Seram pulak bila tengok sungai ni lama2..


Qayyum pon takut..
Bau lumpur masa ni memang masih kuat lagi..





Perkataan Temerloh ni pon dah hilang separuh..



Kelakarla Qayyum ni..
Buat aksi apa ntah, dengan pakai selipar terbaliknyer..
Macam2 tau..


Minggu ni dah sekolah..
Kang sy update cerita sekolah pulak..


Sekian..
Wassalam..


1 comment:

  1. TEMERLOH pun teruk jugak sama macam KUALA KRAI..huhu

    ReplyDelete