Pages

Tuesday, March 13, 2012

Lunch Buffet @ De Palma, Ampang

Assalamualaikum..

Morning semua..dah seminggu takde post baru dalam blog ni..takde la busy sangat tapi malas sikit nak buat karangan..hehe..

Minggu lepas cuti khamis & jumaat..insyaalah minggu ni pon akan cuti lagi khamis & jumaat jugak sbb kereta standard nak bawak gi cameron highland..jalan-jalan dekat jer..hehe..

Last week office buat makan-makan sempena welcome manager baru, sambutan birthday officemate bulan March, sempena 2 unit jadi 1 unit & sempena farewell sorang staff yang dah nak bersara..banyak sangat sempena nyer kan..

Pagi-pagi lg dah keluar sbb banyak tempat nak pegi..pergi menara, beli kek lepas tu hantar Din ambik van kat setapak..dengan jem lagi, balik office ambik diorang semua terus gerak ke De Palma..

Peace..


Driver kami pada hari itu, En Nizam.bawak van dengan gumbira..kehkeh..


Giler padat kat belakang, dah macam sardin dah..kesian diorang kener bersempit-sempit sket sebab dah tak sempat kalaw nak buat 2 trip..van cuma ada 2, nasib baik bos drive sendiri..
Tema haritu adalah biru..


Sampai-sampai jer terus serbu sbb dah lapar..
Ni adalah antara picture yang sempat snap..kebanyakkan gambar gegar la plak..sy tak reti nak setting agaknya, lagipon kt dalam ni lampu malap sangat..

Section kuih-muih melayu..


Ada ulam-ulaman..


Yang ni ada kerabu, ikan masin & macam-macam lagi..


Yang tengah tu ass manager sy Pn licho, K.Rohani & Rozi..


Pinggan sy utk first round..hehe
Sy ambik ayam halia, ikan sambal, siput sedut masak lemak cili padi, kerabu sket & tempe gorang..No rice kunun-kunun nak diet sangatla kan..
Bila nampak jer siput sedut, giler excited nak makan..tapi 4 ke 5 siput jer yang boleh sedut..yang lain semua taknak keluar..mengecewakan betul..kitorang siap complaint lagi..tukang masak dia potong banyak sangat sampai separuh siput tu..sepatutnya potong kt hujung jek..tu yang taknak keluar-keluar tu..hilang mood nak makan la..


Sudu & Garfu..


Sy dan Mieza..


Ni Rozi..pose dulu sebelum makan..


Second round sy ambik rojak buah, kuih & buah..
Rojak ok jugakla,, not bad..


Ni nak komen sket pasal kuih dia..sorry to say semua TAK SEDAP..dah la keras..ntahapa-hapalah rasa dia..


K.Rohani dengan pinggannya..besonyer lesung batu dia..



K.Rohani lagi dengan bos..

 

 K.Wook, birthday girl..hehe..


K.Aini..

 

Si Din panjang, birthday boy..

 

Nizam & Din..

 

Meja kitorang..
 

Bos sy..Im speechless..kehkeh..

 

K.Rohani dengan manager Pn Hafazah..
 

Yang hijau tu nama dia K.Rohani jugak..boleh pulak pakai hijau sbb dia kata tak tau tema biru..hadoiyai..apa-apa kaler jelah kak, dia dah nak bersara dah minggu depan..we wish u happy & good luck kak..yang lagi sorang ni K.Wizana..


Yang ni pulak K.Rubiah..
  

Ni antara lelaki melayu terakhirlah sangat yang ada kat office sy..dulu ramai, tapi ramai-ramai buat hal lepas tu berenti..tinggal jelah yang ni..En Meor, Nizam & Din..En Meor pon dah nak bersara tahun depan..al-maklumlah, office sy ni banyak staff yang veteren..hehe..
 
Lepas makan, sesi berucap..tiba-tiba pulak kene jadi mc..kahkah..belasah jelah labu..


Memula, manager baru kasi kata-kata aluan sket..

 

Lepas tu K.Rohani yang dah nak bersara pulak bagi ucapan sket..dia siap buat speech tapi tak boleh nak baca sebab sebak..cewah..



Lepas tu asst. manager plak bagi ucapan..alamak bos, sorry gambar gegar sket..apa yang sy ingat dia kata nak buat family day..maybe kali ni gi Kuala Selangor..ceh, cam nak balik kg sy jer..hehehe..


Lepas ucapan, sesi potong kek..yeah...Indulgence Cake by Secret Resepi..

Kek telah disponsor oleh birthday boy & women iaitu Din & K.Wook..TQ


Eh, tetiba ramai plak yg nak potong kek..yang lain ni unit sebelah yang baru joint unit sy..takpelah, sambut jelah sekali..


Si din ni tinggi menjulang sangat..susah giler nk ambik gambar..tak balance sbb gambar kek tak masuk..last-last suh dia duduk jer..barulah balance..hehehe..lawak betul..
 

Sebelum balik, haruslah bergambar beramai-ramai sebagai kenangan..pose jangan tak pose tapi masa ni ada pulak 2-3 orang yang pegi toilet..tak masukla pulak..


Rumbia Coffe House, De Palma Ampang..


Pose kat depan cafe dia pulak..


Bos sy yang sentiasa ceria..tapi kalau dia marah memang bergegar satu Bukit Mahkamah tu..kehkeh..gurau jer bos..


Last, but not least..dapan jugak gambar dengan En Han..En Han ni pemalu ek..ada satu jer gambar dengan sy..muahaha..


Mesti korang dah nak muntah kan tengok gambar banyak sangat..hehehe..

Review sy untuk buffet lunch hotel ni:-

1. Buffet lunch RM37 nett - pada sy tak berbaloi sangat sebab makanan dia biasa sahaja..walaupun masakan kampung, boleh kata mak aku masak seploh kali ganda lebih sedap dengan harga tu..hehehe..the best masakan kampung in the town is Rebung..suka sangat makan kt sana tapi office dah selalu buat so bosan..

2. Makanan tak variety..sebab tak banyak sangat choice..nasi putih, lauk ayam, siput sedut, sotong kering masak merah (ala yang orang selalu buat makan dengan nasi lemak tu)..sy tak suka so tak ambik..

3. Lampu cafe malap sangat..kesannya, kamera murah sy tuh asik bergegar jer..(ni cam salah sendiri sbb tak reti nak setting)..hehe

Takper, next time makan tempat lain pulak..

Sekian..

No comments:

Post a Comment