Okay, kali ni nak story pasal last day di Cameron Highland..sekejapnyer masa berlalu..dah nak balik..
Pukul 9 pagi, kitorang dah check-out hotel..pergi breakfast dulu..kali ni makan sket jer sbb lepas tu nak makan strawberry coklat pulak..
Terus drive ke Big Red Strawberry Farm..boleh parking terus kat atas tu..
Haruslah bergambar di setiap tempat kan..
Mother & father inlaw..
Ada kedai jual souvenir..macam-macam benda berasaskan strawberry ada dijual..
Fridge magnet strawberry..merata-rata tempat pun ada jual..
Qayyum pon posing jugak..adoi, tp muka masam je la awk ni..cubalah senyum sket..
Berangan macam cowboy..
Ada macam2 jenis sayur & salad..tananam secara hydroponic..
Atuk tlg jaga Qayyum sekejap while sy & kereta standard berposing sakan..
Ada macam pekebun yang berjaya tak..
Yang ni kelakar..sumer yg ambik gambar macam ni budak-budak..tapi pedulikkan, sy pon nak jugak..peaceV..hehehe
Strawberry smoothy dia sangatla sedap..RM4.90 sahaja satu..
Inilah yang diidam-idamkan selama ini sambaikan kene datang dua kali..taraaa..strawberry coklat..RM16.90..strawberry dia merah-merah...gemoks plak tu..
Nak makan jangan lupa basuh dulu yer..kene basuh bersih-bersih sebab dia ada habuk hitam yang halus..
Bagi mak rasmikan dulu..celup jangan tak celup mak..
Nyum-nyum..tak dan nak tunggu coklat keras, dah ngap..
Kereta standard tengah feel...
Kt belakang Qayyum pon melalak-lalak nak makan jugak..
Muka yang gembira dapat makan stoberi coklat..
Lepas makan terus gerak turun..destinasi seterusnya adalah kenduri pengasuh Qayyum dekat Felda Koyan..
Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab memory camera dah full..
Harap-harap lepas ni kereta standard selalu-selalu la bawak sy jalan-jalan maybe tempat lain pulak..
Sekian..
No comments:
Post a Comment