Assalamualaikum..
Hari Jumaat lepas ada event dekat Sunway Piramid..so dah alang-alang sampai sana, jadi kita pon jalan-jalan la kan..dulu masa duduk PJ, kadang-kadang jer jalan-jalan kat sini..sy dengan housemate lebih suka pegi MidValey..but since dah pindah Bentong ni, nak pegi mana-mana lagilah susah..tapi nak buat macam mana kan..
Jalan punyer jalan, pusing punyer pusing..perut pon dah lapar..tengok jam, eh..lunch hour dah nak habisla..nak makan apa yer..pikir punyer pikir, lalu kami pon membuat keputusan untuk makan kat Full House..
Okay, sampai-sampai sy & Rozie haruslah posing dulu..bergambar dengan Mr Thomas yang kacak..
Bukan main lentik lagi mak budak ni posing..Mieza takperla pose macam ni, tapi kalau sy maulah terpeleot kaki tu nak silang..huhu
Ermm, dah puas pose dengan interior restaurant ni, masa utk menjamu selera pulak..dah lapar ni, perut pon dah bergendang-gendang..apa nak makan ek..sy pilih lunch set jer, senang cerita..lunch set RM18.90 sahaja iaitu chicken chop, sup, air & desert..
Sy dan Mieza makan chicken chop, Rozi pulak pilih Dori Fish..
Mula-mula sampai air dan mushroom soup..air dia satu jug ko, kembung perut nak habiskan..
Mushroom soup..pekat & sedap..
Lepas tu, desert plak..alamak..tart la pulak, kitorang request kek..tapi dia taknak kasi pulak..hadoi, tak paham agaknya..
Lepas tu main dish pulak..makan laju-laju sebab mahu kejar masa..
Burppp...!! kenyang giler..
Sudah kenyang masa untuk berambus cepat-cepat..tapi tak boleh nak keluar cepat..ada jek yang menghalang perjalanan keluar dari restaurant ni..ceh, nak posing lagi...
Dan lagi...
Mieza pon dah ngantuk..tapi Rozi masih bersemangat lagi..
Last but not least..hahaha..suruh waitress kat situ amikkan picture kitorang kat kereta plak..
Ok, masa untuk pulang..tinggalkan diorang berdua ni bertugas..sy pulak perlu balik office..
Sekian..
No comments:
Post a Comment