Qayyum dah siap awal..maner la atuk dengan wan ni..tak sampai-sampai lagi..
Pagi, tunggu mak dan abah mertua sy sampai dr temerloh dulu baru gerak..naik 1 kereta jer..kitorang gerak dlm pukul 10..kali ni kita akan ikut Raub-Koyan-Cameron Hinghland..kereta standard bawak relax jer, dalam 2 jam dah sampai..weii, dkt jer rupanya ikut jalan ni..
Last time ikut Tapah, 4 jam lebih baru sampai..dengan jem lagi..memang stress..sebab tulah yang kereta standard taknak bawak ke cameron highland tu..tapi kali ni, rasa cam tak percaya jek..lengang, orang tak ramai sangat walaupun cuti sekolah..bukanlah kata takder orang langsung..ramai jugak, tapi tak jem langsung..
Bila nampak jer strawberry farm ke kebun sayur ker, sy paksa kereta standard singgah..sebabnya karang memang tak singgah langsung..
Lagipon chek-in pukul 2..banyak lagi masa ni..
Lokasi pertama lawatan adalah Bee Farm..lokasi sebelum pekan Tanah Rata..
Tapi tak best sangat pon..strawberry kecut & tak banyak sangat..
Mak mertua sy dengan strawberry..
Kat atas tu ada kedai souvenir & lebah madu..tengok-tengok jer sekejap lepas tu terus gerak..
Sebelum balik sempatla merembat 3 bijik buah strawberry..hahaha..tak baik curik kn..
Lepas tu stop dekat Bharat Teh..tak minum teh pon dekat sini..just tengok-tengok, ambik gambar sekejap, tengok view ladang teh kemudian hujan renyai pulak..terusla gerak ke hotel..
Posing-posing sket view ladang teh..yer, mak mertua sy lagi tinggi dr sy..
Cantikkan, tengok pemandangan hijau jer..kalau pegi Sg Palas Teh Boh tu lagi best..tp kitorang tak pegi, kereta standard xnk bawak..
Check-in hotel budget Parkland hotel..lokasi di Brinchang..ni pun sbb kereta standard dapat member masa pegi kursus kt kuantan, ayah dia kejer kt hotel ni..kitorang siap dapat diskaun lagi..terima kasih pada pakcik Ibrahim..
Hotel ni biasa jer, yang penting selesa..2 bilik, 3 hari 2 malam pada cuti sekolah RM426 sahaja..bilik ada tv, tp kecik jelah..letih sikit naik tangga sbb bilik kt tingkat 3, takder lift pulak tu..yang paling penting ialah..hotel ni dekat dengan pasar malam..jalan kaki jer..
Kereta standard dapat parking baik punyer, betul-betul kt depan hotel yg kitorang duduk ni so memang takkan kuakan kereta la..nak jalan-jalan sekitar brinchang, jalan kaki jer..
Kalau datang CH, ni antara lokasi yang menarik untuk dilawati..Sam Poh Temple, Kea Farm, Sg Palas Boh Tea...
Lepas makan, kami pon jalan-jalan ke lokasi seterusnay..Pasar Malam Brinchang..musim cuti sekolah ni hari-hari ada pasar malam..macam-macam ada jual kt pasar malam ni..
Strawberry kering @ asam strawberry..
Cian Qayyum masa ni kene cejuk, dahla pakai t-shirt lengan pendek jer..topi pon tak pakai..telinga pon kene sejuk jugak..sy tertinggal topi dia dalam beg..masa sampai tak rasa pon sejuk tp bila dah lewat petang sket, baru rasa sejuk..
Kene angkut guna stroller sbb tak darat nk dukung dia..
Elelele..nk dukung plak..
Strawberry dia gemuk-gemuk..merah-merah pulak tu..tapi masam..tak jumpa pon yg manis..nk makan kene cicah dengan madu..yang ni satu RM15..geram jer tengok..
Limau ni 7 biji RM10..memang manis, besar pulak tu..tapi kadang-kadang kt TF Bentong boleh dapat singgit sebijik..
Sayur selonggok RM10..
Cactus pon ada jual..yang ni tak tanyer plak harga berapa sebab sy tak berapa minat..
Strawberry lagi..
Jagung manis..yang ni memang wajib beli kalau datang sini..selonggok RM10..
Yang warna purple tu apple Cameron highland katanya..mak mertua sy pon beli sebab nak cuba..
Tapi.....TAK SEDAP, penjual tu kata rasa dia macam tembikai susu..tapi bila rasa, ada la sikit rasa tembikai susu tapi yang ni memang tawar habis, rasa macam timun pon ada, bentuk dia dahla macam terung... harga buah ni sekilo RM10
Buah oren lagi..
Bunga pon ada, sebungkus RM5..yang dah siap gubah pon ada jual jugak..
Bila nampak bunga byk-byk ni. sy ingatkan kereta standard nak kasi, so sy malas la nk mintak-mintak..sekali, dia boleh buat bodoh jer..ciss betullah...kereta standard, awak dah tak romantikla..
Fridge magnet memang byk..kalau nak beli yang kt pasar malam ni mahal sikit sbb pasar malam jual RM2.50 satu..tapi, boleh dapat RM1 satu kt kedai dekat-dekat dengan pasar malam tu..kedai dia sebelah atas..
Okey, hasil pembelian pd kali pertama pergi pasar malam terdiri dr makana sahaja..haruslah beli benda nak mencekik dulu..untuk bawak balik esok baru beli..
Beli ayam golek sekor kt pasar malam, kitorang malam dlm bilik hotel jer..
Stroberi, haruslah beli..nak rasa la kan..sepeket RM10..
Stroberi masam..eeii, kene makan dgn madu baru la sedap sket..
Si montel ni makan jagung..gigi dah banyak, boleh la kunyah..
Qayyum skrg ni makan banyak..adakah normal budak setahun asik nak makan jer yer..
Malam pulak, kitorang ronda pasar malam lagi sekali..sebelum tu bagi susu dulu kat budak ni..nanti melalak pulak tak pasal-pasal nak tetek kt pasar malam memangla haru..hehehe
Belikan glove comel utk Qayyum..cian pulak dia kene cejuk..
Lepas pasar malam, pusing-pusing sekitar hotel..kali ni kitorang bertiga jer yang turun..mak dengan abah tak larat..malas nak bawak stroller, sekali menyesal pulak tak bawak..lenguh weii mendukung budak ni..tu pon dah ganti gilir-gilir dukung..
Hotel kitorang yang hujung jalan skali tu..
Balik hotel dah penat, tido..sok pulak sambung jalan lagi..
No comments:
Post a Comment