Pages

Friday, April 19, 2013

Resepi : Kentang Putar


Assalamualaikum...


Hari tu sy ada try buat kentang putar untuk Qayyum..
Budak ni sekarang takmo makan sangat..kita risau dia kurus jer..
Kalau kurus dah tak bambamla dan kurangla kecomelan Qayyum nanti..hehe
Demi nak bagi anak selera makan, maka sy pon cuba la google resepi kentang putar ni..


Ni first time ever try buat sendiri..
Selalu tu pemalas, kita beli jer kat kfc..yang large rege lebey kurang RM5..
Kereta standard siap sound jangan jadi tak sedap pulak..cehhh..
Mamat tu kan, bukannyer nak menggalakkan bini..sajer jer nak menyakitkan hati tau..
Sabar jelah..


RESEPI KENTANG PUTAR

Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.




Sy guna 5 biji kentang..kentang jenis russet potato (betul ke ntah nama kentang ni) ada promotion RM2.50/kg..bersemangat gi pasaraya beli bahan2 semata-mata nak try resepi ni tau..




1. Mula-mula, kupas dan rebus kentang sehingga empuk..
Air letak sikit jer sebab kentang ni jenis yang cepat empuk..




2. Lenyek kentang sehingga lembut dan gebu..
3. Masukkan sedikit butter, mayonis, susu, garam & sedikit black pepper..


*Cara sy ni agak tak senonoh sikit, letih makcik nak lenyek kentang tu tau..
Memula guna garfu, still ada ketul2 lagi..lepas tu guna senduk besar..letih jugak nak lenyek..last-last sy guna lesung batu tumbuk2 baru puas hati..hahaha...
Tapi masih jugak ada ketul2 sikit..malas nak keluarkan mixer, jadi tumbuk jelah guna lesung batu tu..
Kalau guna blender pulak nanti jadi cair sangat kan..



RESEPI GRAVY @ SOS KENTANG PUTAR
Source : daunpandan@myresipi.com

Bahan-bahan
  • 650 ml air **sy guna 2 cawan air jer
  • 5 sudu besar stok ayam ** sy guna 1 kiub ayam maggi
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang **tak letak
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum - bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat **sy letak kicap kipas udang jer sbb takder kicap pekat
  • garam-hana tak letak sbb dah masin **sy pon tak letak

Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian masukkan black pepper.
  3. Masukkan garam jika perlu. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  4. Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. Curahkan ke atas kentang putar.










Tadaaa...dah jadi kentang putar sy..
Senang sangat rupanya nak buat kentang putar ni..
Tapi ambik masa lama sikit nak lecek kentang tu jer..


Tapi kan Qayyum makan sikit jer, lebihnyer dia boleh buat main..
Rasanya not bad jugak..next time boleh try lagi..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..



23 comments:

  1. sedapnye. pandai buat kentang je. gravy tak pandai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon first time buat, follow resepi jer kak..:)

      Delete
  2. Replies
    1. kau try la je la fetty oi sampai nak bagitau orang berkali2 dah kenape? hahahah

      Delete
  3. Nampak sedap, tapi tak boleh makan sebab ada sakit kronik

    ReplyDelete
  4. nampak menarik boleh try ni, anak saya iman pun taknak makan apa2 skarang ni harapkan susu sj, bleh try buat ni kat dia

    ReplyDelete
  5. nampak menarik, boleh try bagi iman ni, anak saya pun susah nak makan skarang ni

    ReplyDelete
  6. yea..nk try la..tp tak yh bt gravy kot sbb si kecik ni bru 7 bln lebih...hehe

    ReplyDelete
  7. yea..nk try la..tp si kecil sya bru 7 bln lbh..tkyh gravy kot..ehhe

    ReplyDelete
  8. Hr ni nk try dgn mmbr2..hrp2 mnjd...

    ReplyDelete
  9. Nk try ni. Menu lunch. Chicken chop ngn kentang putar resepi akak.. hehehehe.. harap2 hubby suka.

    ReplyDelete
  10. I will try today. Wish me luck :)

    ReplyDelete
  11. saya nak try jugak la. sebelum ni kawan sy ade buat , gravy nye dia guna demi -glaze je, tak berapa nak sedap,muak rasa demi glaze. TT_TT

    ReplyDelete

  12. sekarang dah try cuba

    ReplyDelete
  13. salam..thu mkn jer sy..hihi.tp nk try buat skrg

    ReplyDelete