Pages

Tuesday, April 30, 2013

Resepi : Carrot Cake Chef Izani


Assalamualaikum..


Dah lama nak try resepi ni, baru sekarang berkesempatan nak buat..
Bila mood membaking dah datang barulah best..kalau tak apa pon tak buat..
Resepi ni senang sangat sebab pakai cawan..tapi memula tu macam tak reti nak sukat guna cawan apa, sebenarnya pd sy lagi senang guna scale sbb comfirm tak salah sukat..
Untuk resepi ni sy belasah jelah gunakan cawan kopi/air panas..hehe


CARROT WALNUT CAKE




Resepi Asal : Chef  Ezani



Ayak semua bersama-sama dan ketepikan 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda  

2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis                
1 sudu kecil garam

Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
4 biji telur
1  1/3 cawan gula
(sy kurangkan jd 1 cawan jer)
1 ½ cawan minyak sayuran (sy guna minyak jagung)
2 ¾ cawan lobak merah diparut
1 cawan kelapa kering  (sy tak letak)
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar 
  
Cara2 
1. Panaskan oven ke suhu 165°c.
2. Sediakan bekas pembakar (resipi ini unutk kek 10x10 inci atau 13x8 inci, atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau  buat cupcakes! Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.



Cream Cheese Ising


200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
2 ½ cawan gula aising, diayak
1 sudu kecil esen vanila



Version Cream Cheese Ising sy sebab taknak membazir

250gm cream cheese
60gm butter
120gm gula aising
Sedikit esen vanilla





Satu adunan ni dapat banyak juga, sy guna loyang sederhana..selebihnya masukkan dalam cup..




Kene bakar dua batch..
Yang first dalam loyang, yang kedua pulak buat cupcake..




Malas nak bakar sekali sebab karang takut bantat, tak jadi pulak kek sy sebab asyik bukak tutup oven..
Maklumla bukan tahap profesional lagi..hehe
Jadi, play save bakar jelah dua kali..




Untuk cupcake sy reduce suhu bakar 160C jer selama 20 minit..
Kalau terlebih bakar kek jadi kering..




Yang sy punyer ni memang terlebih bakar sebab kek jadi kering sikit..
Tapi yang bakar dalam loyang memang lembab dan sedap..
Rasanya ni memang resepi kek carrot yang paling sedap sebab moist jer..maybe sebab ada nenas blend tu agaknya..
Next time kalau buat kek carrot boleh guna resepi ni jer..


Kek ni banyak jadi memang tak habis nak makan kat rumah..
Bawak office separuh, suruh kereta standard bawak gi office dia jugak dan bagi pengasuh Qayyum..
Tinggal sikit jer kat rumah..
Lagipon sy jer yang makan banyak kot, kereta standard macam tak gemar sangat kek carrot ni..



Sekian,
Terima kasih sudi baca..



2 comments: