Pages

Thursday, February 27, 2014

Resepi : Siakap Masak Taucu


Assalam..


Minggu lepas aktiviti hujung minggu adalah duduk rumah jer..
Kereta standard kata xpayah pegi jalan, nanti letih..yelah tu..
So sy pon plan masak sebab tak keluar jadi tak payahla makan dekat luar..


Beras pon dah habis (nampak sgt dah lama tak masak), bahan2 masak pon takde..
Beli bahan basah untuk dua hari, restock mana2 yg xder..gedebak-gedebuk habis seratus jugaklah..
Tapi, dr makan kat luar lagi berbaloi masak sendiri..


Cari2 resepi kat buku masakan yang berlambak tu, then suggest kat kereta standard nak masak apa..
Hari sabtu tu sy masak sup ketam, ayam goreng, sayur campur dengan siakap masak taucu..
Selalu ikan siakap asikla masak masam manis dengan stim halia jer so kali ni kita tukar selera pulak..
Tak sangka, kereta standard kata sedap sangat..
Siap hari ahad tu masak taucu jugak..




Senang jer masak ni, yang penting niat ikhlas..inshaallah mesti sedap walaupun main campak2 jerk..
Resepi ni sy ambik dekat Buku Senangnya Memasak Ikan Chef Hanilieza..tapi ikan tu sy tukar tak guna ikan yang di sugest seperti dalam buku..


Resepi Siakap Masak Taucu

- Ikan siakap seekor (potong dua kalau besar sebab tak muat kuali nak goreng)
Lumur garam kunyit, goreng garing2 dan angkat..

- Tumis bawang putih dan bawang besar
- Masukkan taucu
- Masukkan air asam
- Masukkan gula

Biar mendidih sekejap
Kalau nak kuah banyak letak air lebih sikit..air asam dengan gula tu agak2 jer, ikutla deria rasa sendiri..
Tak perlu letak garam tau sebab taucu ni dah masin..

- Masukkan cili merah dan tomato
- Dah siap siramkan atas ikan
- Last sekali taburkan daun sup

Tadaa...dah siap..


Selamat mencuba..


2 comments:

  1. Selalu beli siakap 3 rasa je. Taucu ni anak anak x makan

    ReplyDelete
  2. Sedapnyer.. bolehlah ikt resepi ini.. jemput lawat my blog yer.. nurulimansupplement.blogspot.com

    ReplyDelete