Pages

Monday, February 20, 2012

Qayyum Batuk, Kahak & Selsema..

Assalamualaikum..

Salam pagi Isnin..

Sekejap jer masa berlalu kan..dah 20/2/2012..

Minggu ni kereta standard ada kursus dekat Kuantan..tinggalla kitorang dua beranak nanti dekat rumah..

Semalam weekend balik Temerloh, minggu ni duk rumah jer..takder g mana-mana..keluar pon setakat pegi klinik jer..Qayyum masih batuk berkahak & selsema..risau jugak sebab setiap bulan dia akan kene selsema..baik sekejap lepas tu kene balik..sy pon dah berjangkit selsema dari Qayyum..

Budak ni sekarang dah pandai merajuk..kalau marah tu kan beguling-guling, terbalikkan kepala, melalak sekuat hari..konon tak puas hati sangat la tu..wan dengan atok pon dah pening kepala..

Lepas tu suka sangat nak bukak tutup almari..memunggah tu tak payah cakapla..kitorang biarkan jer..sekali tercepit tangan la pulak..apa lagi melalak melelh-leleh air mata..


Atuk dengan wan Qayyum pon dah tak larat nak layan..asik nak main almari jer..


Petang sabtu pegi klinik Sulaiman..hujan lebat amat petang tu..lepas dah reda sket baru pegi..orang pon tak ramai..sy jumpa Dr Rusmini..sy memang dah biasa dengan doktor ni sejak sy pregnant lagi..orangnyer sangatla peramah..lepas checkup sebeban ubat dia kasi..

Ubat selsema, untuk keluarkan kahak & antibiotik untuk Qayyum..Dr. kasi ubat spray untuk bersihkan hidung dia jugak..


Ubat-ubat ni kalau tak masukkan dalam peti sejuk, hanya tahan untuk sebulan..jadi kalau nak tahan lama kene masukkan ubat dalam peti ais.. Antibiotik pulak kener habiskan dalam masa seminggu..lepas tu dah tak boleh guna lagi..

Sy pon dapat ubat batuk, selsema, sakit tekak & antibiotik..


Bila Qayyum tidur barula aman sikit..letih jugak ek jaga anak walaupun weekend jer..cemanalah pengasuh dia boleh bertahan jaga 2 orang budak pulak tu..

Yang sorang ni pon dah nak pengsan rasanya..



Sekarang ni dia dah kenal orang..ambik masa sket nak mesra-mesra tu..lepas tu tak boleh tengok mama bergerak langsung, mulalah asyik nak melalak jer..runsing betul hati bila anak asik menangis jer..

 Sekian..

No comments:

Post a Comment