Pages

Tuesday, January 31, 2012

Gucci & Chanel Petaling Street

Assalamualaikum..

Tadi masa lunch break pegi jalan kat Petaling Street..dah lamer giler tak pegi PS ni..sbb kener jalan kaki jauh sket, lepas tu kner lintas2 jalan..tambah pulak cuaca panas, memang malas nak keluar jauh2 tengahari..

Pagi tadi biler tanya macam satu office nak join..last2 bila tghari dua org jer yang nak pegi..hampeh betul...

Dua orang pon layan jelah..bawak cuma coin pouch jer, henpon sumer tinggal..pegi dengan K.Ani..dia siap tanggal gelang sumer bagai..takut jugak kot kener ragut ker apa ker..

Masa hari2 biasa ni tak ramai orang pon..lengang jer..cuaca pulak tak panas sangat..tapi berpeluh jugakla ketiak bejalan kaki dari office ke Petaling Street tu..

Kitorang nak tengok2 handbeg jer..pusing habisla..akhirnya, dapat rembat 2 beg..


sumber google


Sebenarnya sy nak beli beg gucci seperti di atas. ada 1 kedai jer jumpa lepas tu dah tak jumpa plak, nak patah balik kt kedai yang mula2 tu malas pulak..

Lama jugak nak fikir, nak beli ke takmo..last2 penjual tu kasi free purse..takbest pon purse dia..terus beli jelah memandangkan dah nak habis tawaf..takder masa nak pusing2 balik..beg ni first price RM120, giler mahal..sukahati dia jer nak letak harga..last2 dia kasi RM50 + free purse..


Sy suka beg yang simple jer, yang penting beg ni besar..macam2 boleh sumbat..Qayyum pon muat tau..hehe


Lepas tu, jalan2 depan sket..ternampak plak beg ni..masa raya haritu sy beli colour pink sbb baju raya kaler merah batu bata..nak match la konon..sy nak warna hitam tp takde pulak...tu yang beli jugak pink kaler..masa tu sy beli RM75 kt Jalan Masjid India.

Bila nampak colour silver ni macam cantik pulak..ada warna hitam, putih, merah tapi warna ni lebih menawan kan..lepas tu ada anak dia pulak..sangat cumil..jenuh jugak tawar menawar ni..last price sy dapat RM80 sahaja..sy suka banyak hehehe...sbb beg ni besar sket dr yang pink colour tu..


Beg2 macam ni kan, kalau nak beli yang original memang tak mampula ai..kener kumpul 4 bulan gaji baru dapat gamaknyer..tapi sy tak akan sampai hati nak habiskan semua gaji semata-mata beli handbag ni..

Sy nk kongsi sket tips2 untuk kalau nak beli barang kat Petaling Street ni..diorang akan markup harga sekali ganda mungkin berganda-ganda dari harga asal..so, kalau berminat tawarlah harga serendah yang boleh tapi maksure korang beli..kalau tak beli memang haruslah kene lempeng lempang..

Lepas membuat pelaburan kt Petaling Street, lapar pulak..ketiak pon dah basah maka masa untuk mengisi perut..kitorang gi makan kt Menara Maybank then terus balik office..

Sampai office, semua officemate pakat-pakat jd kastam nak tengok apa yang kitorang rembat..hehe

Sekian kisah bershopping di Petaling Street..


1 comment:

  1. thanks share info..
    saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.tiada yg lain.dulu kini dan selamanya..

    ReplyDelete