Pages

Friday, January 27, 2012

Projek Kuih Tako 2

Assalamualaikum..

Minggu ni tak sempat sangat nak update blog..kt office agak busy sket..kalaw kat rumah pulak memang tak akan sempat nak sentuh laptop sbb Qayyum sekarang dah mengada-ngada lebih..bila mama dia bangun jer, terusla melalak sampai meleleh-leleh air mata..kita kener duduk jer kt depan dia..

Ni pon kener tidokan dia dulu baru boleh buat kuih dengan aman..

Nak jugak cuba buat kuih ni sehingga berjaya, disebabkan hari tu first trial tak jadi so buat utk second trial..

Kereta standard kata bahagian putih tu tak lemak dan kurang masin..memang kureng lemak sbb sy guna santan kotak. tang masin tu tak reti nak agak, karang terlebih masin tak boleh nak makan plak..

Sy guna resepi dari SINI

Lapisan Hijau:
1 cawan tepung jagung
5 cawan air
1 cawan gula
1 camca besar pandan emulco
1 biji buah pear - dipotong dadu kecil2 (sy guna sengkuang cina)

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali buah pear. Kacau hingga tepung jagung larut sepenuhnya.
  2. Masak di atas api sederhana besar sambil dikacau sehingga adunan mendidih.
  3. Masukkan buah pear dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan kuih tako.
Lapisan Putih:
1 cawan tepung jagung
7 cawan santan - saya gunakan 2 cawan susu segar + 5 cawan santan (sy guna santan kotak)
Garam secukupnya

Cara-caranya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan sebatikan.
  2. Masak di atas api sederhana besar sehingga pekat dan mendidih.
  3. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan sejukkan. 


Ni la rupanya sengkuang cina, sy beli 8posen dapatla 6 bijik..buah dia kecik-kecik jer..rasa dia tak manis sangat tp rangup..rupa macam keladi pon ada..


Ni daun pandan yang import dr sg besar..buat kotak dia siap2 lepas tu masuk dalam bekas simpan dlm fridge..takde la layu..hehe, kotak tako ni ada besar ada kecik sbb daun pandannyer tak sama besar..
Cara-cara nk buat kotak pandan ni senang jer..google je sumer ada..
 

Utk lapisan hijau, masukkn 1 cwn tepung jagung, 4 cawan air termasuk air pandan dgn 1 cawan gula..guna api kecik jer, kacau hingga pekat..bab ni memang leceh sket sbb kene kacau lama..


Sila abaikan kayu senduk sy yang agak hitam itu..pemalas nak sental..hehe
Bila dah pekat, boleh masuk dalam bekas atau jug supaya senang nak tuang dalam kotak pandan tu..
Sy punyer ni terletak banyak sangat daun pandan kot sbb terasa sangat pandan tu jadi tak sedap sangat..


Masukkan sengkuang cina yang dah potong kecik, then baru tuang lapisan hijau..
Sepatutnya letak sket jer sengkuang tu, tp sy nak habiskan semua sengkuang tu jadi sy letak banyak2..


Utk lapisan atas pulak, sy buat setengah cawan tepung jagung, 4 cawan santan + air, garam secukupnya..
Masak sampai pekat..yang ni pon agak lama jugak nak kene kacau..lenguh-lenguh jugakla tangan..


Lepas tu masuk dalam bekas dan tuangkan dalam kotak pandan sampai penuh..sejukkan..


Kotak pandan tak cukup so sy masukkan dalam bekas kecik ni..adunan ni dapat banyak jugak tapi tak kira pulak berapa..

Len kali nak cuba lagi dan boleh improve lagi..
Sekian..

1 comment:

  1. Thanks for the good writeup. It actually used to be a leisure account it.
    Glance complex to far delivered agreeable from you!

    By the way, how could we be in contact?

    ReplyDelete