Assalamualaikum..
Kelmarin tu kan, buat la puding roti marble ni..terlebih rajin plak..
Sebabnya roti dah nak expired..banyak lagi pulak tu..haritu buat roti telur jer, ada banyak lebih lagi sbb beli roti gardenia yang bonanza tu..tamak betul, tak agak-agak beli yang besar kan..sudahnya roti tu tak habis..
Jadi daripada roti tu keras kejung jek takda orang makan, jadi sy pon buat puding..kereta standard bukan minat sangat puding-puding ni..dia makan seketul jer..kalau coklat dia suka la, sorang-sorang pon dia boleh mengkedarah..
Resepi dari SINI
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat (ros kurangkan jd dua sudu besar jer)
170ml susu cair
8gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
( nak tambah satu lagi warna pon boleh, ros buat ade tambah warna hijau, dan merah)
Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
5.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal
kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika
melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah
sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Puding ni saya kurangkan gula, jadi dia manis-manis buah jek..telur plak ada sebijik jer..Roti saya letak semua, ada lebih kurang 7 keping..
Tapi terlupa letak butter la plak..hentam sajalah labu..
Ni lah rupanya puding roti marble saya..
No comments:
Post a Comment