Pages

Friday, November 1, 2013

Koleksi Buku Resepi


Assalamualaikum..


Ni adalah antara buku resepi terbaru yang saya beli..
Kalau masuk kedai buku tu mesti nak terbeli buku masakan jugak..
Walaupun tak masak sangat tapi sy ni memang suka kumpul buku resepi..
Lagipon, buku2 ni xderla mahal sangat..




Macam buku Citarasa Malaysia ni RM5.50 sahaja..
Yang Aneka Pastri tu RM7.00..
Tapi buku2 ni nipis jer, resepi pon xbanyak sangat..berbaloila dengan harga dia, murah jer kan..



Buku "350 Selera" ni pulak harganya RM35, yang "Kompilasi Hidangan Nasi" tu RM7..
Buku ni tebal jugak, dari minuman ke dessert, kuih-muih dan masakan melayu ada kat dalam buku resepi ni..




Dan yang paling best sekali adalah "Baking"..Harga RM29.90..
Sy beli kat popular book store so ada member card diskaun 10%..
Yang ni memang berbaloi2 beli sebab ada 400 resepi roti, muffin, kek, scones, biskut, pai dan macam2 lagi..sy rasa memang berbaloi2 dengan harga dia..
Kebanyakkan resepi memang dah tulis siap2 dalam bentuk gram..takdelah terkulat2 nak guna oz tu kan..


Buku ni ada 3 collection, nanti sy nak beli lagi 2 collection tu..
Insha Allah nanti bila sampai waktu dan ketikanya, sy akan try jugak resepi2 kat dalam buku ni..
Yang penting kumpul jer dulu buku2 masak ni, try ke tak try lain cerita..hehe


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



1 comment: