Assalamualaikum..
Tiap2 tahun, macam biasa la bila dah musim durian, telekom mesti buat buffet durian ni..
Lokasinya adalah dekat Muzium Telekom..
Tarikhnya pula adalah pada 19 - 21 Disember yang lepas..
Sapa2 yang berdekatan tak pergi hari tu..tunggu la next year pulak..mesti ada punyer..
Masa ni sy datang hari kedua..
Untuk buffet durian, kene bayar RM15 sorang..boleh makan durian sampai muntah..
Untuk staff TM dapat harga RM10..tapi bukan setakat boleh makan durian jer..manggis dengan rambutan pon boleh makan sampai muntah jugak..
Jom kita tengok apa lagi ada kat dalam tu..
Kerepek2 pon ada jugak dijual..
Haaa..
Tengok tu..ramai rupanya orang KL ni yang makan buffet durian..
Tapi sy just datang tengok2 nak beli buah apa yang berkenan dihati kecuali DURIAN!!
Dah tak lalu dah rasanya nak makan durian..
Kalau tak nak makan buffet durian boleh beli yang timbang kilo punyer..
Siap kopek masuk dalam bekas plastik supaya senang nak bawa balik..
Macam-macam ada..
Pulasan, pisang, manggis, jambu...durian belanda pon ada jual jugak..
Yang ni officemate sy, Mieza & Lily..
Pulasan 3 kg RM10..yang ni murah rasanya..sebab selalu sy tengok orang jual sekilo RM6..
Kene pilih yang besar2 baru manis..
Tiap2 gerai offer suruh rasa diorang punyer buah..
Kalau tak malu bolehla selamba jer rasa sampai kenyang lepas tu belah xpayah beli..hahaha..
Nangka ni manis..kat Bentong belambak kat area jalan nak menghala ke Raub tu..
Officemate ramai yang beli duku langsat ni..
Brader yang jual tu baik hati jugak sebab dia kasi timbang lebih sket kat kitorang..hehe
Sempat lagi diorang ni posing jadi model coffee..
Sebelum balik office..
Last but not least, kitorang sempat jugak posing kt telefon zaman inggeris ni..
Telefon ni ada dua bijik, betul2 berada kat depan muzium telekom..
Sebenarnya kan..apa yang ada kat dalam muzium telekom ni entah..sy pon tak tau..dah kerja 6 tahun tapi haram nak pergi tengok..
Katanya tempat ni KERAS sket..memangla KERAS kan, dah lantai batu..hehe..
Nanti2 la kalau rajin sy ajak officemate sy menjelajah kat dalam muzium telekom ni yer..
So, apa yang sy beli pada hari tersebut adalah jambu merah, kuah rojak 3 untuk RM10, buah mangga dan latte..yang pisang tu dapat free tapi dapat sebijik jelah..
Kuah rojak tu ambik satu jer, lagi 2 tu jual kat officemate..
Sekian, ni adalah antara entry tertunggak aktiviti sy pada 2012..
Thanks sudi baca..