Pages

Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts

Saturday, July 26, 2014

Iftar @ Restoran Sentosa, Raub Pahang


Assalamualaikum..

Wahhh, lagi dua hari dah nak raya..
Sy dah pon selamat sampai kampung..

Tapi masih nak update cerita buka puasa kat luar..
Lepas ni kene tunggu lepas raya baru ada masa nak update blog pulak..



Haritukan orang gomen dah dapat bonus raya..
So kereta standard dengan kawan dia pon ajak buka puasa kat Restoren Sentosa ni..
Last year pon sama, kitorang ada makan sekali kat sini..
Ehh, dah macam aktiviti wajib plak kan..

Restoran ni adalah chinese restaurant..
Agak famous jugak sebab sultan, menteri2, ketua2 polis semua memang akan singgah makan kat sini..
Siap ada gambar kat dinding..
Tapi sy lupa plak nak snap picture..


Asalnya rumah tapi dijadikan restoran..
Dari luar nampak cantikkan kan..
Restoran ni jugak dekat sebelah Masjid Raub tu jer..
Lokasi pon strategik, tak susah sangat nak cari restoran ni..

Lets check-it out, apa yang kitorang makan kat sini..



Yang ni lauk yang first sekali sampai, Ayam  Kampung Goreng..
Biasa jer, rasa ayam goreng la cuma ni ayam kampung la kan..
Sorry la gambar tak sharp..



Next is Sotong Sambal..
Yang ni sedap..
Nora bagi 4 bintang..hehe


Qayyum macam biasa makan nasi putih, nasib baik ada ayam goreng..
Qayyum ni kadang2 kelakar tau..
Kat sini mana ada kicap kipas udang, tiap kali makan mesti minta kicap..
Lain kali mama kene bawa siap2 kicap dari rumahla kalo macam tu..haha

Restoran ni cuma sediakan kicap masin jer..
Sekali dia tuang bertakung satu pinggan..dia makan sesuap terus xnak makan dah..
Hahaha..masin kan..
Minta nasi lain, agaknya laparla kot..habis sampai dua pinggan dia makan..
Siap lawan2 makan dengan Hanis anak K.Aida tu..


Yang ni jiran depan rumah, Fairuz dan Zarie..



Muka gembira dapat buka puasa kat luar..


Yang ni ikan patin tempoyak, memang kuah pekat dan terbaikla patin tempoyak kat sini..
Bila tengok meja lain pon sama order patin tempoyak jugak..
Maaf sekali lagi sebab gambar tak sharp jugak..
Hehe..tak sabar nak makan, main snap jer lepas tu tak tengok pon gambar ok ke tak..
Bila dah upload baru laaa..kenapa tak clear..
Ehhh, sendiri tangkap gambar sendiri tanya plak..
Sendiri mau ingatla..hehe

Kitorang order jugak udang dengan sayur kailan..
Udang ni pon sedap dan besar..
Nampak macam biasa2 jer tapi sedappp...

Kitorang order 5 lauk jer utk makan 6 orang dewasa dengan 3 orang budak..
Alhamdulillah kenyang..
Air pulak order jus tembikai, tapi macam kureng sketla..
Terus teringat2 jus kat Tanah Aina, jus memang terbaik tapi makan biasa2 la pulak..

Alhamdulillah, lepas makan terus singgah masjid solat magrib, lepas tu terus gerak balik rumah..
So sebelum raya ada lagi satu dan yang terakhir buka puasa kat luar iaitu Rest House, Bentong..
Tapi tu nanti lepas raya la kot baru update..
Sekarang sudah mood raya..

Sy ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..
Hati2 memandu pulang ke kampung, semoga selamat semuanya..
Amin..




Friday, July 25, 2014

Iftar @ Rajawali Coffee House, Awana Genting Highland


Salam Jumaat penghulu segala hari..

Tak sangka dah minggu terakhir ramadhan, minggu depan pulak dah raya..

Sedih la pulakkan..

So, macamana dgn persiapan raya?

Sy tahun ni biasa2 jer, baju raya tempah kat kampung jer..tu pon tak tau apa jadi sebab tak tengok lagi..kuih raya tak beli pon, oh ada satu bekas biskut dam..tu biskut favorite sy, sajer jer beli nak makan2..lepas tu kelmarin tu ada kawan kereta standard bagi tat nenas..
Itupon dah nak hancur dikerjakan dek Qayyum..
Duit raya pon dah tukar siap, ntah cukup ke tak..harap2 cukup lah..


Ini adalah lokasi kedua buka puasa kat luar dengan kereta standard dan officemate dia..
Yang first hari tu kat Tanah Aina Azareena then kat sini Rajawali Coffee House, Awana Genting Highland..tapi sy dah kali ketiga la kan..
Yang ni pon orang belanja so sy tumpang makan2 jugakla kan..
Makan free kan, sape taknak..hehe


Balik dr office, sampai jer rumah terus siap2..
Sebab dah lambat, pakai pon selebet jer..
Tengok budak Anaz tu, kemain gembira dapat jalan sendiri..
Nak ambik gambar pon susah, asikla bergerak kesana kemari..



Masa ni kitorangla antara yang terakhir sampai..
Meja pon dapat hujung sekali dekat pintu masuk..
Maknanya yang paling jauhla dari tempat makanan kan..



Ok, nak share harga adalah seperti di atas..
RM78 nett utk dewasa..
Tapi sebab orang belanja, takde la ralat sangat..


Kalau ikutkan dulu saya dah pernah sekali buka puasa kat sini tapi coffee house yang lain la..
Kira macam mengimbau kenangan masa bercinta la jugak..haha, jangan muntah okayy..



Sementara kereta standard jaga budak, sy pon zass-zass ambik gambar dan terus ambik makanan..



Penuh jugakla coffee house ni dengan orang buka puasa..
Chinese pon ramai jugak..
Jom kita tengok buffet dia pulak..


Makanan ada banyak, dan ada beberapa bahagian..
Dekat dengan meja sy adalah bahagian air..
Tapi tak ambik pon, minum air kosong jer dah cukup..



Yang ni seksyen ice-cream..tapi ice-cream dah nak cair, lembik semacam jer..
Yang Qayyum plak sampai 4 kali tambah ice-cream..
Sedap sangat ker ntah..


Buah-buahan tempatan..
Yang ni sekejap jer dah licin..
Memula nak ambik tapi sebab tangan dah penuh, ingatkan nak ambik sekejap lagi la lepas makan kan..
Sekali bila nak ambik, tinggal rambutan jer...
Diorang ni ambik bungkus bawak balik masuk dalam beg ker..
Ish..ish..tak baik buruk sangka..


Seksyen lauk pauk, macam biasa kebanyakkan buffet pon sediakan masakan melayu..
Sy ambik ayam percik jer dengan asam pedas jer..
Itu jer yang macam menarik mata nak makan..



Yang ni pulak seksyen ikan bakar..
Ikar keli bakar tu sy repeat dua kali, rasa dia sebenarnya biasa2 jer tapi sos thai dia sedap..



Bahagian kuih-muih pulak..
Kuih talam dia sangat sedap, ada kuih talam kacang hijau dengan kacang merah..
Yang tu la yang sedap sekali..yang lain2 tu biasa2 jer..



Yang ni bahagian steamboat..
Tak rasa pon sebab macam takde mood jer nak makan..
Lagipon banyak sangat makanan lain..



Bubur pon ada..
Yang ni pon tak ambik sebab dah kenyang..
Lagipon jauh sangat meja makan, penat dan malas nak angkut makanan ulang alik banyak kali..
Boleh ker macam tu..
Haha..

Yelah, kereta standard gi ambik makanan sekali jer..
Alasan dia nak jaga budak..dia pandai semua suruh sy ambik..
Jadi ambik yang betul2 nak makan jer, sy pon tak kuasa nak ulang alik hangkut makanan banyak2 kali..


Seksyen kuih-muih lagi..
Macam2 ada, yang goreng2 pon ada..

Ada jugak seksyen pasta, tapi chef akan masak upon request only..
Macam dah banyak sangat makan, tak larat dah nak makan pasta..
Memula macam nak rasa tapi tengok dia serve sepinggan, banyak sangat portion..kang tak habis plak..


Budak Qayyum ni cuma makan satay 2 cucuk degan nasi putih jer..
Sikit sangat makan, lepas tu ulang alik ambik ice-cream..
Kesian dia nak kicap, tapi mana ada kicap kat sini..
Yang ada kicap cili utk ikan bakar jer..


Yang ni first round, tengah2 ambik makanan azan pulak..
Terus cepat2 duduk makan..

Kereta standard ambik kambing golek dengan satay jer..


Sy pulak ambik ni..
Ikan asam pedas, ikan bakar, ayam percik dengan kepah sambal..
Kepah tu dah sedap dah tapi tak boleh bukak pulak..beria2 sy nak kopek sampai terpelanting atas meja..terus malu maka tak jadi nak makan..hoii,spoil betullah..
Sos ikan bakar dia sedap, sy ambik thai sos sebab ada masam2 manis..


Ambik jugak satay dengan kambing golek..
Memula sombong, tak nak kongsi dengan kereta standard tapi lepas tu tak habis makan..
Kereta standard jugak tolong habiskan..


Lepas tu ambik kebab dengan murtabak kambing..
Ingat nak rasa la kebab tu tapi tetiba dah hilang la pulak..
Ada orang tu makan tak tinggalkan kat kita pon..ciss betul..

Lepas makan, cepat2 turun cari surau..
Kang bila dah kenyang sangat susah pulak nak solat kan..
Jadi better solat dulu then baru sambung makan lagi..



Surau dia kat tingkat bawah..
Lepas tu kita sambung makan lagi..
Just ambik kuih2 jer dengan ikan bakar..
Lepas tu dah full...
Lepak2 kejap lepas tu terus gerak balik..



Anaz Qaizer ni kemain seronok lagi..
Laju jer jalan kesana kemari..
Kalau angkat dia punya meronta protes tu, sampai lenguh2la nak pegang..



Alhamdulillah kenyang..
Terima kasih kepada yang belanja, semoga murah rezeki..amin..
Kesimpulannya, bulan puasa ni berat tak turun pon..
Sebab asik buffet jer..memang tak kurusla kan..


Monday, July 7, 2014

Buka Puasa @ KL Golf & Country Club, Bukit Kiara


Assalam..

Atas invitation partner, hari Khamis miggu lepas dapatla buka puasa kat luar.
Kalau nak ikutkan, dah 3 tahun rasanya sy tak buka puasa kat hotel ni.
Bukannya apa, dah la mahal lepas tu pada sy memang membazir.
Almaklumla, sy ni kan kedekut..mahal ooo, nak bayar RM75 untuk buka puasa.
Tu baru sorang, kalau dah dua orang berapa..baik sy beli kasut..
Haha, memang dasar..kan..
Beli kasut tak rasa membazir plak kan..

Kalau beli kasut, nampak kasut tu..
Kalau benda makan ni jadi apa...
Sendiri jawapla..


Kalau ikutkan hati, sy memang malas nak join buka puasa kat luar ni.
Yelah, sy kan duduk nun kat Bentong tu.
Kene la fikirkan kang jam berapa nak balik, jam berapa nak sampai..
Rasa tak sampai hati nak biarkan laki kat rumah buka puasa sorang2, lepas tu biarkan dia handle budak2 plak tu.
Tapi sebab si dak Eja tu beria ajak, kesian plak.
Kereta standard pon kasi jer sy pegi.

So, hari tu sy drive.
First time kot bawa kereta ke office
Last time drive masa nak visit customer tapi masa tu tak masuk office pon.
Lepas jer subuh terus gerak, takut parking office penuh kang dah kene park kat luar..
Kat luar kene bayar RM13 kot, huh mahal yang amat..tak berbaloi..

Tak sangka pukul 7 pagi sy dah sampai office..
Wahh, giler cepat..
Bila kata kat kereta standard sampai awal lepas tu parking pon banyak, terus jer dia kata kalo camtuh drive jelah hari2, kan senang..
Ewahhh..tidakla kot nk drive hari2..


Sampai jer office terus makeup, yelah pagi2 tu nak cepat memang tak sempatla nak tepek apa2.
Sy dah lama tak pakai lipstik merah menyala ni, so hari ni sebab puasa terusla pakai.
Kat sini segan pulak rasanya nak mekap tebal2 sangat sebab orang lain biasa2 jer..
Lipstik ni yang dulu tu beli kat Sephora, ada banyak lagi sebab tak pakai sangat.


Bulan puasa ni, office hour 8 pg - 4.30 ptg..
Kul 4.30 tu terus gerak, walaupon buka puasa lambat lagi..
Nanti jem susah tau. Kalo sampai awal boleh solat dan rilex2 jer kat sana..
Dalam pukul 5.15 tu dah sampai. Dekat jer dalam 10km tapi biasa la KL kan..
Sebab nak elak jem, terpaksa la sampai awal..haha

Sampai KLGCC, kitorang kene park jauh tau. Guard dia tak kasi park kat dalam tp disediakan buggy car utk masuk dalam..
Kira oklah..
Yang ni Irma dan Yani..
Kat office cuma kitorang 3 orang yang pegi..
Buat syarat jer hantar wakil..


Dah sampai awal dapatla tgk chef2 ni sebuk setting makanan..
Dari jam 6.15 camtu kitorang dah tunggu kat sini.
Lapas solat asar tu lepak2 dulu.
Ada banyak stall, tapi dia buat keliling pool.
Meja pulak semua kat dalam..kira jauh jugakla nak ambik makanan.
Bila dah tengok lama tu, mulalah lapar kan..
Dari tadi asik cium bau jer..



First time buka puasa kat KLGCC.
Tapi dulu pernah training kat sini, and food dia memang Nora bagi 10 bintang..hehe
Tapi tu masa training, memang 100% tak sama la dgn buka puasa.


Me and Eja..
Dah petang sudah malas nak mekap..
Pg2 jer yang beria..


Yang ni kelakar..siap ada scale..
Hamboihh, perli nampak..


Sy malas nak ambik gambar beria2 sangat..
Tetiba sekarang ni dah segan plak asik nak ambik gambar jer..
Tiba2 plak..:)


Maafkan sy dan sila bertabahlah dengan gambar makanan di bulan puasa ni..
Ish-ish..tetiba perut kerukk..kerukkk..


Lets the picture talk..
Dah lama tak makan banyak sejak menjak nak diet ni, tapi berat masih turun naik jugak..
Adalah turun sekilo tertiba naik tiga kilo plak..huhu nanges..
Lepas tu dah give up nak timbang..


Baru na bergumbira dah turun sikit di bulan puasa ni, tapi tetiba rezeki datang bergolek pulak makan buffet..
Redha jelah..ni pon rasanya dah habis control dah ni..


Tapi harus diingatkan, ni bukan isi perut sy sorang..
Sy share dengan Eja tau..
Kene cover2 sket..hehe







Red velvet memang sedap giler..
Satu tu kongsi makan jer..
Walaupon rasa nak tambah lagi 3 ketul tapi setelah berzikir terus tak jadi..hehe


Yang satay ni si minah Eja tu yang ambik..
Over betul ambik banyak2 lepas tu tak habis makan..
Tak elok membazir..




Yang paling sedap sekali adalah mangga..haha..


Alhamdulillah kenyang..
Solat magrib cepat2 lepas tu sambung makan sket lagi sambil sembang2..
Dalam 8.45 terus chow..
Jam sepuluh dah sampai rumah..

Sekian..