Pages

Showing posts with label GANJIL. Show all posts
Showing posts with label GANJIL. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Buah Keranji..


Assalamualaikum..


Pertama kali dalam hidup sy tengok dan makan buah ni..
Ingatkan hanya sekadar pantun melayu, rupanya betul2 wujud buah ni yer..
Bayangkan la umur dah dekat 30 tahun, baru ni lah tengok dan kenal buah ni..ish, teruk betul kan..


"Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu"




Buah keranji ni officemate kereta standard yang bagi..
Banyak pulak tu..
Buah dia kecik2..comel2 jer..
Kulit dia warna macam kelabu kehitaman sikit..




Kulit buah ni sangatla rapuh, so senang jer nak kopek isi dia..
Bau buah ni pulak macam asam jawa..
Rasanya pon lebih kurang asam jawa jugak, masam-masam lebih kurang macam tu la..




Tapi pokok buah ni tak tahu la pulak macam mana..
Ni pon sebab orang kasi, terima kasih pada yang memberi tu yer..
Semoga murah rezeki..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..



Tuesday, January 8, 2013

Buah MENCEPU


Assalamualaikum..


Kelmarin cuti sabtu ahad aktiviti kitorang adalah balik Temerlove...
Masa melawat wan belah abah kereta standard, wan dia hidangla buah ni...
Maka TERBATAK la sy sekejap sebab tak pernah jumpa buah ni..haha
Nama dia pon cam pelik sket, buah MENCEPU...
Tak tau la kat tempat lain ada ke tak tapi yang pasti kt selangor memang takde...




Disebabkan buah ni agak unik dan susah dijumpai maka sy pon beria lah ambik gambar bagai..hahaha..
Rupa dia macam buah manggis cuma KECIK sket & warna OREN..
Macam pessimon pon ada jugak kan..
Mari kita tengok demo cara-cara nak makan buah ni daripada wan kereta standard..



Haa, ni lah wan kereta standard..nenek belah abah dia..
Nenek sebelah mak dia baru meninggal seminggu lepas..
Nasib baik sempat melawat masa sebelum meninggal..cuma masa meninggal tu jer kitorang xsempat nak balik sebab masa tu ada kat Skudai..nanti sy update entry cerita pasal Skudai la yer..

Wan kereta standard ni masih sihat lagi..
Tapi sihat2 orang tua la..dah dekat 80 tahun umur dia..
Buah ni ada cara nak makan dia tau..




Memula kene kopek kat tampuk atas dia tu..
Lepas tu masukkan garam kat tengah2 tu..
Buah ni bergetah, jadi fungsi garam tu untuk keluarkan getah dia la..
Tapi bukan buat magic tau tetiba keluar gelang getah pulak..



Kene tunggu sekejap untuk proses menyahgetah..
(wah..tetiba terasa giler urban menggunakan perkataan menyahgetah..)haha..
Lepas tu bolehla kopek dan makan ..
Isi dalam dia ada ulas2 macam buah limau tu & ada biji kecik..
Rasanya masam2 manis..
Sy rasa sebijik jer..
Sebab bergetah macam kita baru lepas kopek cempedak tu..
Giler kuat getah dia, tak padan dengan kecik buah mencepu ni..
Dah rasa sebijik, malas nak makan dah..

Kereta standard pon tak pernah jumpa buah ni..
Ceh, nama jer orang kampung..tapi baru tau jugak..



Masa hari ahad tu kitorang jalan2 kat PEKAN SARI Temerloh..
Tetiba terjumpa plak orang jual buah ni..
Selonggok RM3..mahal jugak ek..
Tapi makcik yang jual tu kata kalau ambik gambar dia cas RM10...
Hehe..dia gurau jer..
Tengok2 jer, xbeli pon...



Sekian..


Monday, January 7, 2013

"Anakan" aka anak ikan haruan goreng


Assalamualaikum..


Hari tu cuti hari krismas kitorang balik Sg Besar..
Mak sy masakkan benda ni..
Apa kebendanya nih...
Haaa..ini adalah anak ikan haruan goreng..orang BANJAR kata "ANAKAN"..
Kesian anak ikan haruan ni..tak sempat besar dah kene makan..


Anak ikan haruan ni sangat susah nak jumpa tau..
Time sawah berair jer ada, tu pon kalau bernasib baik..
Masa ni abah sy cari dekat seminggu jugakla, baru jumpa..
Itu pon jumpa sket jer..


Jadilah kan nak buat rasa..
Kang kempunan pulak..




Dah nama anak ikan, mestila kecik2..
Bila dah goreng dapatla sepiring kecik jer..
Ni pon dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar..
Anakan ni just letak garam kunyit, lepas tu goreng..dah agak2 garing baru masukkan bawang dengan cili..
Memang syok habis..
Sapa2 orang banjar mesti pernah makan anakan goreng ni..


Kereta standard baru first time rasa..dia pon kata sedap..
Makan dengan nasi panas, sekali hadap jer terus licin..



Lepas tu abah sy sembelih ayam kampung yang terakhir..
Lepas ni mak abah sy dah malas nak bela ayam sebab diorang tak boleh nak gi jalan2..
Kang tinggal lama2 mati pulak ayam2 ni tak makan..

Mak sy buat rendang..
TAPI sebab ayam ni dah tua, so daging dia agak kureng sedap sket..


Okey, yang ni agak lari dari tajuk sket..
Sajer jer nak letak gambar Qayyum..


Ni gambar masa kitorang jalan2 kat Jusco Wangsa Maju..
Lepak2 sekejap sambil layan baskin robin..




Erm, ayang ontel sy ni kan..bila suruh buat muka comel jer, mesti nak letak jari kat pipi..
Tapi senyuman tu tetap sangat mahal..
Susah sangat nak ambik gambar dia nampak gigi..




Sekian..


Monday, January 30, 2012

Buah Nam-Nam @ Katak Puru

Assalamualaikum..

Selepas makan buah kedondong bersama office-mate hari tu, ada pulak yang mengidam teringin nak makan buah nam-nam..Buah ni susah sket nak jumpa, ada kat kampung-kampung jer..ada orang panggil buah nam-nam, then ada orang kata buah katak puru..

Ni la dia rupa buah nam-nam tu..macam menggerutu sket..rasa dia masam-masam..
Cicah dengan kicap best wooo..


Kebetulan masa balik Temerloh kelmarin, makcik kereta standard memang ada tanam kat rumah dia dekat Sanggang..Sanggang ni nama satu tempat kat daerah temerloh tu..kiranya kampung kereta standard la..wan belah abah dengan mak kereta standard pon duduk situ..

Ni la rupa pokok nam-nam ni..dia berbuah dekat batang pokok tu..masa ni tak banyak sangat buah dia. Ada beberapa bijik jer..

Kitorang call dulu sebelum datang, nasib baik berbuah..



Tapi masa sy pergi pasar temerloh hari ahad yang lepas tu ada jugak jual buah ni..selonggok rm3..