Pages

Showing posts with label Cerita Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Cerita Berpantang. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Persedian Berpantang


Assalamualaikum..


Dah nak dekat dah ni..
Takut pulak nak bersalin..
Sakit tak???...soalan tak boleh belah kan..hehe
Dulu masa Qayyum doctor terus jer plan ceaser sebab expect baby besar, memang tak rasa langsung sakit bersalin, contraction ker apa ker..
Tapi, harap2 kali ni dipermudahkan semua..aminn..


Kali ni sy nak share persediaan berpantang sy untuk kali ni..
Dulu first time tak reti sangat kan, so bila dah ada experience sikit bolehla improve..
Demi keselesaan tubuh badan sendiri..


1. Set Berpantang Shaklee




Demi misi 50kg, so kali ni sy nak try set berpantang dari Shaklee..daripada review yang sy baca, rata2 pengguna memberikan positive comment..
So kalau dah elok, apa salahnya try kan..


Set ni sy beli dengan officemate kereta standard, dapatla member price..lepas tu sy tambah Alfalfa Complex..yang ni drpd review yang sy baca fungsinya untuk memperbanyakkan susu ibu..sy sebenarnya tak ada masalah dengan susu sebab masa Qayyum dulu susu memang banyak..tapi nanti kan konon2 nak diet..kalau tak makan kang sian pulak kat baby, jadi sy plan ambik supliment..satu set ni harganya RM308..Set ni boleh tahan sampai 4 bulan..



2. Pasang Air-Cond





Hahaha...
Yang ni memang dasar mengada2.. 
Sebenarnya cuaca kat Sg Besar amatlah panas..
Pedulik hapa sy walaupon rumah mak sy tu rumah papan jer..
Dulu masa Qayyum memang menggelupor nak balik rumah cepat2 sebab dah tak tahan dengan cuaca panas kat kampung..
Qayyum pon sampai tumbuh2 ruam kat muka dengan kepala, siang2 memang bogel jer..badan berpeluh2 kalau pakaian baju..sian kat dia..
Malam2 memang melalak maybe sebab kembung perut..
Sampai demam2, sakit2 kepala nenek Qayyum jaga masa dalam pantang tu..


Kali ni sy tekad suruh kereta standard pasangkan aircond..
Tapi kitorang beli yang second hand jer..yang ni pon advise by sepupu sy..
Dia kata kat rumah dia pon pasang yang second hand jer..masih elok sampai sekarang..
Kalau beli air-cond baru kan mahal..yang ni dapatla murah sikit..
Yang ni brand york, harga air-cond dengan upah pemasangan sekali RM450 sahaja..
Jimat banyak compare dengan beli yang baru..
Kitorang dah try tido pasang air-cond siang malam memang sejuk..hehe




3. Buku Hidangan Berpantang


Buku ni beli dah lama jugakla, dua ke tiga bulan lepas masa temankan officemate sy beli novel kat Jalan TAR tu..tiba2 ternampak buku masakan berpantang ni terusla beli..
Sy  kan memang suka beli buku masakan..
Masak ke tak masak, belakang kira..yang penting beli dulu..hehe..



Ni antara menu2 dalam buku ni..
Takdelah ikut 100% sebab ada hidangan ayam jugak tapi depend pada badan seseorang tu..kalau makan ayam tak gatal boleh jer teruskan makan..tapi ayam kampung memang boleh makan rasanya..




Antara ikan yang boleh dimakan semasa dalam pantang adalah ikan haruan, ikan merah, ikan siakap, ikan bawal putih, ikan tenggiri, ikan bilis dll..ikan apa lagi ek, lupa pulak..


Sayur pulak kalau ikut buku ni banyak resepi macam ulam pegaga tu dan peria..
Tapi kebanyakkan masakan semua letak lada hitam..




Masak lemak pon ada..
Confius pulak masa berpantang boleh makan masak lemak cili padi..hehe..
Kalau tengok semua resepi, semua nampak sedap jer..kari pon ada jugak..


 
Berpantang sebelum ni mak mertua sy masak serunding ikan haruan dengan kunyit, ikan bilis goreng tanpa minyak dan singgang ikan tenggiri..
Kat rumah mak sy pulak, mak sy masak ikan haruan panggang lada hitam dengan bawang putih..kadang2 ikan jer lain2 tapi menunyer sama jer..
Memula memang la sedap tapi kalau dah seminggu hadap lauk yang sama jer memang busan tahap gaban kan..
Tapi, dah nama berpantang kan..kalau boleh bedal semua bukanla berpantang namanya..




4. Barut & Losyen Mustajab


Yang terakhir adalah barut dan losyen mustajab ni..
Barut tu beli masa pregnant Qayyum..
Beli kat kampung, murah jer..dalam RM30 la lebih kurang..
Tapi masa pantang tu tak pakai sangat..
Kali ni, demi misi kurus kenela berdisiplin sikit..selese ke tak selesa kene pakai jugak..


Yang ni barut tradisional..
Jadi untuk mempercepatkan pembakaran lemak, kita akan sapu losyen mustajab tu dulu kat perut sebelum pakai barut..
Harap2 berkesanlah yer..
Untuk krim mustajab tu sy beli dua jenis, satu yang extra hot dan lagi satu jenis super hot..




Sy baru try krim yang super hot tu..sebelum ni tak pernah beli yang ni pon..
Dah lama dulu ada jugak beli tapi yang biasa2 tu..
Tapi bukanlah sapu kat perut kan sebab belum bersalin lagi..
Sy sapu kat betis dengan tapak kaki bila lenguh2..
Asyik jalan jer kan, mana tak lenguh2 kaki..
Berkesan jugakla, hilangla lenguh2 kaki tu..
Nak kata panas sangat tu takdelah sampai terbakar kulit..hehe..



Itu jelah kot persediaan berpantang sy untuk kali ni..
Kalau ada nanti sy updated lagi..tapi macam dah cukup jer..
Semoga kali dipermudahkan bersalin dan berpantang sy..



Terima kasih sudi baca..
Sekian..

Tuesday, January 3, 2012

Tak boleh makan manggis nanti MENDAP..

Pagi tadi call mak kt kampung..selalu pon mmg call hari-hari kt office..

Tanya-tanya khabar, biasa la orang tua kalau dah dua tiga hari tak telefon bising la dia..

Then sy pon cerita la sy beli manggis..terus mak jerit..

"Haaa, ko dah makan MANGGIS....!!

Tegezut sy dibuatnyer..tercuak sekejap..

"Naper plak, xboleh makan manggis ker"

Mak sy pon terus bising-bising..bebel-bebel..

"ko tu belom period lagi, selamber jer..xboleh makan manggis..nanti MENDAP..lain kali nak mkn apa-apa, tanya la mak dulu..degil betullah" blablabla..dotdotdot..

"MENDAP apa ke benda nyer mak ni?

Sy terus cuak, muka pon pucat ala-ala tak berdarah...
Apakah yang dimaksudkan MENDAP oleh ibu sy?...mak, sy ni bkn tanah la nk mendap-mendap..
Sy ckp dalam hati jek..nnt kata menjawap pulak..diam sudah..

Sy google then sy dapat info seperti di bawah..

Sumber http://www.bengkungmoden.com

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, MANGGIS, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam

Memangla xboleh makan manggis dalam masa berpantang takut sejuk otot & lemah sendi...
Tapi sy qayyum dah 9 bulan..takkan sy masih kena berpantang kot..

Kalau nak ikutkan sy memang dah makan ikan pari, jambu batu pon dah bedal banyak dah..

Tapi malas je la nk cakap dgn mak, sbb nanti dia bising-bising..


.