Pages

Showing posts with label Husband vs Wife. Show all posts
Showing posts with label Husband vs Wife. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Ulang Tahun Ke-3


Assalamualaikum....


Hari ni 13/5/2013, sy baru masuk office setelah dekat 2 minggu bercuti..
Kandungan dah nak masuk minggu ke-39..Tapi masih takde tanda2 nak bersalin jadi sy pon gamble jelah datang office..
Dah warning kereta standard siap2 kalau apa2 berlaku, tetiba sakit perut ker apa, dia kena ambik sy kat KL..hehe..


Last check-up hari Khamis last week, doktor kata baby masih floating, kepala baby belum lock lagi..
Dapatla mc dua hari..sambung pulak cuti sabtu ahad..bosan sebenarnya duduk rumah..
Tu yang hari ni masuk office..
Tapi kerja menimbun, rasa menyesal pulak datang office..hahaha..
Tetiba esok ada internal audit pulak, jadi macam2 kene buat..mana2 kerja yang pending tu terpaksa la kene clear..


Sy ada banyak entry tertunggak nak update dalam blog..
Kat rumah memang tak sempat nak pegang laptop, dengan adanya budak Qayyum tu kerja dia asyik nak menyebok jer..
Kat rumah sy memang malas nak update guna laptop, layan tv lagi best..
Jadinya, free time masa lunch hour kat office ni lah masa yang sesuai untuk sy update blog ni..hehe..

1 May lepas merupakan wedding anniversary sy dengan kereta standard yang ke-tiga..
Baru tiga tahun uols..banyak lagi rintangan dan dugaan yang perlu ditempuhi ni..hehe




Kitorang nikah 1 May 2010, kenduri sebelah sy 7 May dan kenduri bertandang sebelah kereta standard pulak buat bulan Julai sebab masa tu clash dengan exam sy..


Alhamdulillah, sy dapat seorang suami yang baik hati dan boleh bertolak ansur..setakat nilah..huhu..
Walaupon sy ni degil dan keras kepala (terbocor rahsia pulak..hehe) tapi kereta standard masih boleh  menerima sy seadanya..
Sy harap ikatan perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat, semoga keluarga kami dimurahkan rezeki, dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah dan dijauhkan dari perkara2 buruk..




Sebenarnya untuk anniversary yang ke-3 ni memang takde celebrate pon sebab banyak sangat perkara yang merunsingkan kepala..
Pada masa tu sy cuma berharap dan berdoa supaya sy dapat pergi konvocation kat Skudai jer..
Hadiah pon xder beli sebab budget semua untuk konvo..
Alhamdulillah, nasib baik baby sangat baik dan mendengar kata..konvocation sy juga ok walaupon tak berapa nak lancar sangat sebab Qayyum demam pulak masa tu..nanti sy blog pasal convo ok..




Malam tu kitorang just keluar makan2 dekat SR Bentong jer..
Masa tu sebenarnya kereta standard teringin nak makan lasagna, so layankan jelah..
Budak Qayyum ni macam biasa, membuat onar kat dalam ni..
Sekarang ni dah tak reti nak duduk diam2, ada jer benda yang tak puas hati..
Sudu garfu untuk dia mesti ada, kalau takder memang mengamuk sakan..
Mengacau makanan tu pon sudah semestinya..pening kepala dibuatnya tau..
Ni baru anak sorang, dah haru biru..kalau ramai entahla..takdelah selalu bawak makan kat luar kot..hehe..




Ni air kereta standard..air apa ntah..
Dia kata tak sedap..hahaha..




Order cheese cake satu slice jer..




Yang ni sy punyer..
Choclate blended..sudah semestinya sedap compare air kereta standard tu..hehe




Budak Qayyum ni bersungguh2 makan cheese cake..
Makan takpe, jangan buat main sudah..




Kiri kanan nak suap masuk mulut ha..
Tamak haloba betul..






Makan pulak sy order Tom Yam Kung..
Dah lama tak makan tomyam kat Secret Recepi, tu yang tetiba teringin tu..




Nyumnyum..sedap..
Udang dia besar..
Tapi lambat giler nak habis makan..
Sebabnya panas + pedas..hehe




Kereta standard order spinach lasagna..
Tapi lepas tu menyesal pulak sebab tak sedap..hahaha
Sebenarnya dia nak order lasagna yang biasa tu tapi tersalah order yang spinach pulak..
Pening sungguhla lelaki ini..




Tapi habis jugak sebab sy tolong makankan..
Sy jugak yang gemok..dahla dah memang gemok, maka bertambah2 gemokla..




Alhamdulillah, dah habis makan terus jer balik..
Tak sanggup nak lama2 sebab tak larat nak mengawal budak jantan sorang ni..
Elok jer kitorang keluar dari restauran ni, hujan gerimis dah start turun..
Memang tak singgah mana2 dah, terus jer balik rumah..



Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Thursday, January 31, 2013

Flower from darling..


Assalamualaikum...


Dah beberapa hari sy tak update blog kan..
Sebenarnya missplace cabel camera..
Dah kemas2, tetiba cari tak jumpa plak..
Kat mana taruk pon sudah lupa lah...



Tadi ngantuk giler sebab makan nasi time lunch tadi..
Baru nak terlentok kepala kat meja tetiba officemate ramai2 kecoh2 pulak..
Ingatkan apa la halnya...
Rupanya someone deliver me a bouquet of flower...
Ermmm, sy pon tergezut beruk kekejap...
Dalam mamai2 tu, officemate tanya wahh, dapat bunga sempena apa?
Ntah, sy pon suprise..tak tahu sebab apa..



Call kereta standard 2 kali..no reply pulak..
Terus text dia "papa hantar bunga kah?"
Lepas beberapa saat, dia pon return call..
Bila tanya dia gelak2 saja...
So sweet kan my husband...



Ni lah bunganya...
Ada 12 kuntum dan sebiji coklat kat tengah2...
"Thank you kereta standard untuk suprise ni...sangat teruja"





Terima kasih sudi baca..
Sekian..


Monday, August 6, 2012

Dugaan Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum..


Dah seminggu rasanya tak update blog ni kan..bukannya apa, xsempat sgt sebab minggu lepas terpaksa balik kampung.. mak sy jatuh masa tengah menebas rumput kat keliling rumah..mak sy tu mana la nak duduk diam kat rumah jer..bila rumput dah panjang sikit mulalah risau..terus jer cepat2 nak bersihkan..


Nak dijadikan cerita, agaknya kaki tu tersadung rumput2 tu agaknya terusla terjatuh..masa jatuh tu badan terhempap tangan kanan..tangan tu terus sakit dan bengkak..petang tu baru abah sy bawak gi klinik..then klinik refer ke hospital sebab bengkak sangat..bila hantar hospital, doktor x-ray kata ada retak sikit dekat siku..dah kene simen pulak..simen satu hal, lepas tu naik bengkak2, lebam2 kat muka, leher dengan tangan..mak sy jatuh hari khamis 2/8..minggu tu pulak sy tak dapat nak balik sebab ada kelas sabtu dan ahad..xboleh nak ponteng pulak sebab haritu dah ponteng gi CH..bila fikir abah ada, so xderla risau sangat..


Tapi hari2 call tanya tangan mak sy macam mana..bila dalam fon tu kan macam2 la..sakit situ, sakit sini, tak boleh nak angkat, simen berat, nak pakai baju susah, nak makan susah, nak mandi susah..pendek kata semua susahla..lagi2 pulak yang patah tu tangan kanan..hadoi..kener sabarla banyak2 yer mak..Lepas tu mak sy gi berubat secara traditional pulak..mak sy ni memang percaya sket bomoh2 ni..kadang2 pening jugak kepala..bila jumpa bomoh patah tu, bomoh tu terpaksa la gunting simen tu sebab nak urut..jauh jugak berubat, nun kat Sitiawan sana..tapi xok pon..


Kebetulan minggu lepas makcik sy balik kampung, dia kata tangan mak sy bengkak sangat..dia suruh sy balik cepat..bila dengar jer macam tu risaula pulak kan..terus jer sy amik urgent leave hari Khamis & Jumaat lepas, kereta standard pon cuti la jugak..xkan sy nak balik sorang2 pulak kan..bila check2 balance cuti..dah ZERO ko...bia betik, cuti aku dah habis..tinggal 2 hari compulsery ambik cuti raya.. Walaupun sy dah kerja 5 tahun kat Telekom ni kan, AL 16 hari jer, MC 21 hari, Cuti Ehsan 7 hari..sikit giler kan cuti..yang cuti ehsan tu cuma boleh ambik untuk kawin atau kematian jer..bila pikir2 balik, sy mmh banyak ambik urgent sebab Qayyum demam..rugi pulak tak ambik MC jer kan..sekarang ni, annual leave dah habis, mc tinggal 16 hari..lepas ni memang MC jelah keje sy..hahaha..


Sampai jer kampung terus bawak mak sy gi klinik..pasal patah tu memang doktor tak boleh buat apa-apa..pasal bengkak2 muka tu rupanya mak sy allergic ubat tahan sakit yang hospital bagi tu..mak sy pulak tak tau yang dia allergic, hari2 dia makan jelah ubat tahan sakit tu..doktor klinik tu bagi satu kad, next time gi hospital ke klinik ker kene tunjukkan kad tu menunjukkan allergic so nanti doktor kasila ubat yang lain..malam tu bawak mak sy gi berurut, lepas jer berurut, terus bengkak tu surut..mak sy dah boleh gerak2kan tangan, dah kurang sakit sikit..alhamdulillah..tapi kene bawak berurut lagi dua atau tiga kali baru ok..sementara sy memang ada kat kampung terus jelah bawah mak sy pegi..


Untuk buka puasa, beli jer senang..sapa nak masak, lagipon tak sempat..kitorang balik kampung pon nak kene jalan2 jugak..nak gi tengok bazar ramadhan..gi Sg Besar, gi Sabak Bernam, gi jalan2 tengok kedai jual baju raya, lepas tu gi bazaar kuih raya plak..


Tapi, bila pergi bazaar ramadhan ni kan, 50hengget memang tak cukup..macam2 nak beli..tengok tu nak, tengok ni macam sedap..eh, dah lama tak makan tu..nak jugak, eh yang ni kat sini jer jumpa tau tempat lain tak jumpa..beli jugak..bila balik rumah, hambik ko..kereta standard pulak, 3 hari bukak puasa kat kampung hari2 nak ayam golek..beli sekor, dia sorang jer makan dah separuh ekor ayam..lepas dia tinggalkan yang bahagian isi untuk sy..pandai betul..bahagian tak sedap bagi kat orang..


Hari ahad lepas zohor sy gerak balik, takut lambat pulak kalau gerak lepas buka puasa..sepanjang jalan balik hujan..excident pon banyak jugak..risau dibuatnya, suruh kereta standard bawak biasa2 jer..kene selalu ingatkan, sebab kereta standard tu kan boleh tahan jugak..kalau ada kereta yang potong2 tu pantang betul nak cucuk2 jugak..haishh..


Alhamdulillah, kitorang sampai rumah dengan selamat..bila tengok tangan mak sy dah ok sket, takder la risau..masa mula2 tu sangatla risau bila dengan tangan mak patah..soalan kelakar yang sy cakap dengan kereta standard kan, siapa nak masak rendang ni..hahaha, kalau nak tunggu sy masak rendang alamtnya talk makanla..hehehe..


Sekian, celoteh yang panjang lebar..


Thursday, July 26, 2012

Zakat Fitrah 2012


Assalamualaikum..


Semalam petang sampai awal, kereta standard ambik kat terminal then kitorang terus jer gi jalan2 bazaar ramadhan..memula ingatkan nak masak kat rumah, tapi bila dah tengok macam2 kat bazaar ramadhan tu kan macam2 la beli..

Sy beli nasi kukus ayam berempah, kereta standard pulak nak makan nasi kerabu..lepas tu beli air laici kang..yang tak bestnyer xder laici pon..name jer laicikang..ceh betul, lepas tu manis giler sampai kene tambah air sampai separuh jug..hoi, boleh kencing manis tau..len kali xnak dah beli kat gerai ko tau..


Kebetulan dekat bazar ramadhan tu ada kaunter bayaran zakat, terus lah kereta standard bayar zakat untuk kami sekeluarga..tapi pegang anak dgn pegang makanan lagi langsung terlupa nak ambik gambar..hahaha..
Untuk negeri Pahang, kadar zakat fitrah adalah RM7..lepas tu ada akad antara amil dan pembayar zakat..
Haa, penduduk Bentong yang belum bayar zakat tu sila laksanakan tugas anda..eh, bukan penduduk bentong jer tau tapi semua orang terutama bapak2 tu wajib bayar zakat untuk mereka & keluarga mereka..


Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan
Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri.

Panduan membayar Zakat

  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh  Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  • Pastikan anda mendapat resit rasmi  Majlis Agama Islam Negeri
  • Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Negeri Tahun 2011 (RM) Tahun 2012 (RM)
Perlis 6.00 6.00
Kedah 7.00 7.00
Pulau Pinang 7.00 7.00
Perak 7.00 7.00
Selangor 7.00 7.00
Negeri Sembilan 6.50 6.50
Melaka 6.50 6.50
Johor 5.00/7.50 5.00/8.00*
Pahang 7.00 7.00
Terengganu 5.00/7.00/8.00* 4.50/7.00/7.60*
Kelantan 7.00 7.00
Sarawak 6.20 6.50
Sabah 7.00 7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan 7.00 7.00

*Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan

Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)

Sumber : SINI

Sekian..


Thursday, June 7, 2012

Kereta Standard 29th Birthday..!!


Assalamualaikum...


Semalam 6/6/2012 adalah birthday kereta standard yang ker 29thn..yer, kitorang sebaya tapi sy lahir sebulan lebih awal jer..birthday sy 5/5 yang lepas..maybe dah jodoh kitorang agaknya sebab tu lah tarikh lahir pon nombor cun..



Dulu masa pregnantkan Qayyum..doktor estimate dia lahir 4/4 tau..masa tu sy dah excited giler dapat tarikh 4/4..tapi apakan daya, dah takdir Qayyum nak lahir awal 4 hari..so Qayyum pon lahir pd 31/3..tapi tak puas hati jugak sebab tak dpt date tu..hehe



So semalam, kitorang xder la nak celebrate beria-ria sangat..yang kelakarnyer kan, semalam sy gi visit area kelana jaya - damansara..so, masa lunch hour tu singgahla One Utama..jarang-jarang datang sini, so terpaksa pusing dua-dua wing tu semata-mata nak cari kedai kek..jauh giler kot jalan kaki..akhirnya jumpa jugak Bisou..beli 2 jer cupcake..tapi tak perasan cupcake ni tergolek masa bila, jauh sangat perjalanan nak balik Bentong kan..sampai-sampai rumah, tengok-tengok dah kemek dah cupcake ni, comot plak tu..hahaha..cian kat kereta standard kan..



"Happy birthday "b"..semoga dimurahkan rezeki, dipanjang umur, sihat tubuh badan dan sayang menyayangi sampai akhir hayat.."...





Malam td kereta standard nak makan lambchop..dah sepuluh kali dia lalu kat satu kedai makan tu tapi kedai tu asyik tutup jer..malam tadi baru bukak..tp sy makan nasi goreng jer, tekak orang kampungla katakan..



Sy berjaya upload 1 picture jer dr tablet..dah tekan-tekan xnak jugak..tak reti la sy nk buat cemana lagi..so setakat ini ada 1 pic jelah yer..hehe


Sekian..


Wednesday, May 30, 2012

Merepek..


Minggu ni adalah minggu yang tak best bg sy..harini baru hari Rabu, belum sampai hari Jumaat lagi dah boring giler..

Hari Isnin hari tu, balik kerja tiket bas MARA KL - Bentong habis pulak..terpaksalah naik CENTRAL..kalau nak ikutkan bas MARA ni lebih selesa berbanding bas lain..KL -Bentong cuma ada 3 choice bas jer iaitu MARA, CENTRAL Pahang & UNION..

Agaknya sebab minggu cuti sekolah, ramaila yang datang KL agaknya..jadi disebakan pukul 6 peang tu tiket dah habis so sy terpaksalah naik bas CENTRAL..bas ni memang dah buruk giler..kalau hujan memang bocor..nasib baik hari tu tak hujan hari tu.dia punyer bergegar memang sakit-sakit badan lah...

TAPI malangnyer bus ni tak lalu sampai area rumah sy..last pitstop adalah sebelum rumah sy..adalah kot kurang 1 km nak jalan kaki sampai rumah..sampai pukul 7.20, kereta standard kata Qayyum dah tidur..kesian pulak nak suruh dia ambik sy..takpelah..sy pon jalan jelah kaki..masa ni ada 2 orang lelaki Cina dan sy sorang jer perempuan..

Nak melintas jalan jer sy terpaksa tunggu dekat 5 minit..banyak pulak kereta..yang lelaki cina tu dah jauh dah jalan..cepat betullah diorang ni jalan..tak sempat nak saing..sy ni risau jugak kot kene ragut ker apa ker jalan sorang-sorang..dah magrib pulak tu..

Nak dijadikan cerita..sy pon lari la perlahan-lahan sebab takut punyer pasal..padahal ni ikut jalan besar jer..sampai jer kat satu lorong kecik sebelum Petronas tu tetiba keluar pulak sekor ANJING..!!anjing tu terus menyalak, menyalak dan menyalak..jarak anjing tu dalam 5 ke 6 kaki jer dari sy..giler tekejut ngko..kat situ dah la takder lampu..kt Petronas tu baru ada lampu..dalam hati sy tawakal jelah kalau anjing ni menyerang..takuntnya tak taulah nak kata sampai sy berdiri tegak jer tak bergerak-gerak kat situ..sy pon pegang handbag sy..konon2 kalau anjing tu datang nak lepuk jer dengan handbag..macam berani kan..

Sekali tu ada kereta lalu, pakcik india tu terus block anjing tu..anjing tu tak bergerak pon lagi kuat dia menyalak..pakcik india tu suruh sy jalan..sy pon apa lagi berlari lah..stress betulla nak lari-lari ni..tadi mula-mula lari perlahan tapi kali ni terpaksa lari pecut..dahla pakai baju kurung, sy terpaksa la angkat sikit kain..lantakla kalau ada orang tengok pon..

Tu cerita hari Isnin, semalam pulak naik bus MARA pukul 6..sampai rumah pukul 7.45..1 jsm 45 minit dr KL - Bentong..apa ke teruk sangatla bus tuh..sangatla tension lama-lama dalam bas..macam nak balik kg..drivernyer bawak bas sikit punyer slow..tak tau la sy bas tu rosak ker apa ker..yang kereta standard asik call jer kata anak melalak la, lapar nak susu la..sy ni tak sampai-sampai rumah lagi..stress betul..

Malam tadi pulak batuk sy makin teruk sampai tak boleh nak tidur..asik terganggu dengan batuk jer..sy dah makan banyak stepsil & dequardin tu tapi tak berkesan-kesan pulak..lepas tu baru nak tidur, Qayyum muntah pulak..malam tadi makan buah naga, habis muntah merah..lepas tu pukul 4 dia mengamuk lagi sebab pampers bocor..terpaksa tukar baju skali..lepas tu baru nak tido nyenyak, dah terkejut bunyi jam loceng pulak..adoii, baru jer sekejap rasanya terlelap..harini rasa macam taknak kerja jer, tapi disebakan PSM sy tak siap lagi terpaksa jugakla datang office..sebab kalau dekat rumah memang susah sket nak buat kerja..

Sekarang ni kat office sy asik batuk jer, gatal sangat rasa tekak ni..batuk sampai meleleh-leleh air mata..


Wednesday, May 16, 2012

New Member in Family

Assalamualaikum..


Hehehehe...senyum sampai telinga...
Finally, i got this...



Last week ada warehouse sale dekat Sogo...tengahari tu, sy yang tak pernah serik-serik walaupon dah terkena sekali dulu..tetap jugak nak gi sogo tuh..hambik ko, punyala ramai maknosia..
Pergi berdua tapi balik sorang-sorang..alkisahnyer, gi dengan Mieza, tp sampai atas tu dah tak jumpa Mieza..calling tak dapat pulak..tetiba dapat call dari office dia kata dia dah balik office sebab pening kepala ramai sangai orang..nak Q bayar yang tak tahan tu..


Yang sy pulak, gi kawasan baby product jer sebab nak beli baju utk Qayyum...nampak jer pilih saiz terus rembat..nak bayar pulak lagi satu masalah..semua Q panjang..gi keluar balik bayar kat luar..adalah setengah jam beratur baru dapat bayar..warehaouse sale buat kat Tingkat 7..lepas tu jalan-jalan kat baby world plak tingkat 4 kot nak tengok-tengok kasut..terus terbekenan sandal dan terus la beli terusla balik..




Haritu suka tengok kasut Poney tapi boleh tahan mahalla jugak..seratus lebih..yang ni okla jugak..kasut budak kecik-kecik pon mahal mengalahkan kasut orang tua kan..


Sekian..

Monday, May 7, 2012

My Birthday

Assalamualaikum..


Weekend td balik Temerloh, ptg td bru sampai Bentong..malam ni baru la sempat online..
Ni pon kener kacau dengan Qayyum..budak ni pantang betulla..tak boleh tengok mama dia mengadap laptop langsung..sebuk nak tekan2 jugak..


Alhamdulillah..bertambah lagi setahun umur....pada 5/5 lepas genaplah umur sy 29 thn
Semoga dimurahkan rezeki & dipermudahkan perjalanan hidup sy..amin


Thursday, May 3, 2012

2nd Anniversary

Assalamualaikum..


Anniversary kitorang sebenarnya 1 May, masa cuti labour day hari selasa lepas..
Tak celebrate pon, kitorang biasa-biasa jer..masa cuti tu sy paksa kereta standard bawak jalan gi Fraser Hill..bosan jek duk rumah..gambar Fraser Hill update kemudian yer..



Semalam, balik meeting tengok-tengok ada bunga plak atas meja..kereta standard buat suprise lagi..thank you so much..




Yang ni tak aci tau..kene combine plak anniversary dengan birthday..sy tak kira, besday sy 5 May nak mintak hadiah jugak2..
So sweet kan ada Qayyum jugak..love both of you too..


 

Muka gembira dengan suprise bunga dr kereta standard..hehe






Mula-mula tu sy ingat nak belikan something, maybe hari Jumaat baru ada masa nak gi sogo..biala lambat sket kan..tp, lepas jer dapat bunga terusla menggelupur nak gi sogo semalam jugak..petang semalam dah la hujan lebat..tak kira, keluar jugakla walau sekejap pon..


Pusing-pusing kat area perfume tu, sy decide beli CK..tp dah wrap siap so tak dapatla nak tunjuk kat blog yer..hehe..
Then sy dapat beg, pouch coin & miniture perfume as free gitf..
Lepas tu terus balik office naik teksi..




Semalam sy balik lewat..pukul 9.30 baru sampai Bentong.. kereta standard pon nampak happy jer..siap taknak bukak dulu..nak simpan dia dulu, macam budak-budak kan..hehe

Sekian


Friday, December 23, 2011

Romantik VS Tak Romantik

Haritu, husband saya hadiahkan sekuntum bunga ros..

Kadang-kadang dia romantik, kadang-kadang tak romantik, kadang-kadang biasa-biasa jer..

Adakah lelaki yang hadiahkan bunga pada wanita boleh dikatakan romantik?

Ataupun bagi bunga sebab ada makna..hehehe..

Tapi sebenarnya, saya nak kata yang husband saya seorang yang romantik bertempat..

Bunga yang dia kasi haritu xsempat nk ambik gamba sbb sibuk mengurus anak-anak anak..hehehe..
Sampai dah layu baru perasan..

Kalau dulu, dia suka buat suprise hantar kat office, lepas tu saya kata dah tak payah beli..membazir jek..beli kasut lagi best kan..


Bunga yang ni papa qayyum bagi masa pregnant 8 bulan lebih..nak menceriakan hati yang gundah gulana konon-konon takut terberanak awal. tak sempat gi spital.berdebar-debar la konon takut nk beranak..hahaha..lawak jer..bila dapat bunga terus cool down sket..


Rose purple ni papa qayyum delivery kt office lepas kawin..saya suka sangat warna purple..sedondon plak dgn baju yg sy pakai hr tuh..ada kimia chemistry..


Yang ni plak rose merah, saya dapat masa kitorang dalam tempoh bertunang..masa tu saya merajuk..sebab apa ntah, da lupa plak..tetiba jer dapat bunga..hantar kt office plak tu..malu sekejap..tp dalam hati berbunga2..nk turun office bwk bunga blk umah pon dah malu..hehe..

Tapi yang paling xboleh belah kn.. ayat pada kad tu..satu office baca...hampeh betul..ada ke sy yang muda belia lagi jelita ni (masa tu la kan) dia boleh panggil "nenek"..
Tulisan tokey bunga ni buruk xcun kn...


Lepas tu "daripada atok yang sepi plak tu"...ayat gersang jiwang karat giler lah..

Then sy dapat lg sejambak yang ada coklat..delivery ke office juga tp xder pic la plak..

Terima kasih kereta_standard (ni nick name glamer papaqayyum) sbb bg semua bunga-bunga ni pada saya..
Awak menceriakan hidup saya & buatkan saya gembira..

Bluekkk..semua org baca muntah  hijooo...

Sekian..