Assalamualaikum..
Semalam petang sampai awal, kereta standard ambik kat terminal then kitorang terus jer gi jalan2 bazaar ramadhan..memula ingatkan nak masak kat rumah, tapi bila dah tengok macam2 kat bazaar ramadhan tu kan macam2 la beli..
Sy beli nasi kukus ayam berempah, kereta standard pulak nak makan nasi kerabu..lepas tu beli air laici kang..yang tak bestnyer xder laici pon..name jer laicikang..ceh betul, lepas tu manis giler sampai kene tambah air sampai separuh jug..hoi, boleh kencing manis tau..len kali xnak dah beli kat gerai ko tau..
Kebetulan dekat bazar ramadhan tu ada kaunter bayaran zakat, terus lah kereta standard bayar zakat untuk kami sekeluarga..tapi pegang anak dgn pegang makanan lagi langsung terlupa nak ambik gambar..hahaha..
Untuk negeri Pahang, kadar zakat fitrah adalah RM7..lepas tu ada akad antara amil dan pembayar zakat..
Haa, penduduk Bentong yang belum bayar zakat tu sila laksanakan tugas anda..eh, bukan penduduk bentong jer tau tapi semua orang terutama bapak2 tu wajib bayar zakat untuk mereka & keluarga mereka..
Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang
diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang
berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan
Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat
dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri.
Panduan membayar Zakat
- Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
- Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri
- Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Negeri | Tahun 2011 (RM) | Tahun 2012 (RM) | |||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Perlis | 6.00 | 6.00 | |||||||||||||||||||||||||||
Kedah | 7.00 | 7.00 | |||||||||||||||||||||||||||
Pulau Pinang | 7.00 | 7.00 | |||||||||||||||||||||||||||
Perak | 7.00 | 7.00 | |||||||||||||||||||||||||||
Selangor | 7.00 | 7.00 | |||||||||||||||||||||||||||
Negeri Sembilan | 6.50 | 6.50 | |||||||||||||||||||||||||||
Melaka | 6.50 | 6.50 | |||||||||||||||||||||||||||
Johor | 5.00/7.50 | 5.00/8.00* | |||||||||||||||||||||||||||
Pahang | 7.00 | 7.00 | |||||||||||||||||||||||||||
Terengganu | 5.00/7.00/8.00* | 4.50/7.00/7.60* | |||||||||||||||||||||||||||
Kelantan | 7.00 | 7.00 | |||||||||||||||||||||||||||
Sarawak | 6.20 | 6.50 | |||||||||||||||||||||||||||
Sabah | 7.00 | 7.00 | |||||||||||||||||||||||||||
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan | 7.00 | 7.00 |
*Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan
Harga Fitrah RM 5.00
|
Harga Fitrah RM 8.00
|
Umat Islam di Negeri
Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras
nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram
|
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)
|
No comments:
Post a Comment