Pages

Thursday, July 12, 2012

Cameron Highland # Day 2


Assalamualaikum..


Ini adalah sambungan daripada entry semalam, kisah family day office saya ke Cameron Highland..
Lawatan pada hari ke2 family day kitorang ni tak banyak sangat tempat melawat sebab CH sangat jem nak naik ke atas..start dari atas sikit Brinchang dah tak bergerak..


Pagi-pagi sarapan pagi dulu dekat hotel..makan nasi lemak..lepas tu kemas2 terus checkout..


Suka tengok gambar Qayyum masa ni..nampak macam dah besar sangat..balik jer CH kan dia terus berjalan..sy sangat amaze..setahun 3 bulan baru Qayyum betul2 boleh berjalan..kira lambat jugakla berbanding anak orang lain kan..tapi takpelah..




Sebelum gerak dari hotel, haruslah bergambar kenang2an dulu kan..
Ada yang datang single, dengan anak isteri & bawak adik beradik..ni pon ada yang tak join..kalau tak lagi meriah..










Bila tengok balik semua gambar kan..kenapa banyak gambar kereta standard berbanding gambar sy ek..uishh, xaci betulla..so, kesimpulannya akalu nak banyak gambar..dukunglah anak..biar laki yang pegang camera..hahaha


Qayyum ngantuk..pagi2 dah kene bangun, kene mandi..selalu kalau kat rumah pukul 9 baru bangun..
Tapi dia tak ngamuk pon..Qayyum ok jer..




Destinasi pertama adalah Smoke House..tapi sampai2 kecewa..sebab tempat ni dah tak open for public..dibenarkan masuk hanya untuk makan kat dalam tu..kalau nak melawat memang dia tak benarkan..
Ceh, kitorang nak melawat bukan nak makan..lagipon masih kenyang..




Ambik-ambik gambar kat luar, lepas tu terus gerak ke destinasi seterusnya pulak..




Plan asal nak ker Kea Farm & Sg Palas Teh Boh..
Tapi lepas jer Brinchang, jalan jem teruk..kitorang pon xnak membazir masa dalam jem so patah balik jer..
Gi singgah pasar pagi..kalau pasar malam semua ada jual, tapi yang pasar pagi ni kawasan kecik kat seberang jalan jer..tapi ada jual strawberry, buah-buahan, jagung, sayur semua ada..makanan2 pon ada jugak tapi xbanyak sangat..souvenir pon ada jual jugak..

 


Bila tengok buah strawberry tu..mak ai..besornyer..mula-mula konon xnak beli tapi TERbeli la pulak..
Ambik yang besar2 sket 1 box RM15..geram jer tengok..
Kalau xhabis makan nanti boleh buat kuih..hehe..




Beli jagung manis, nak kasi pada pengasuh Qayyum..lepas tu beli syaur sket..tu jer, xder shopping banyak sangat pon..
Lepas singgah pasar pagi,  kitorang terus gerak turun bawah..ada lagi satu ladang TEH BOH yang kat bawah tu..


Dalam perjalanan tu, singgah sekejap dekat Bharat Tea..kat tepi jalan jer..
Sampai jer sini, terus keluarkan stroller sebab dah tau Qayyum tu ngantuk sangat tapi sebab kita dukung dia, mana nak tidonyer..letak dalam stroller sekejap jer dah selamat..punyalah nyenyak dia tidur..bising-bising pon tak terjaga..




Dalam hati tu kan, masa singgah sini dah pikir dah nak makan scone..scone..scone..
Awal2 lagi sebenarnya dah pesan siap-siap kat kereta standard nak rasa scone yang famos amos tu..nasib baik semua orang pon nak singgah sini, takderla kempunan kan..




Dapat jugak scones yang diidam-idamkan..sy suruh kereta standard makan jugak, suh rasa..nanti nak buat sendiri boleh komen rasa sama ker tak..




Lama jugak lepak kat sini, sebab tunggu ada yang tak sampai2 lagi..ntah mana sesat ntah diorang tu..
Ada jugak yang turun kat bawah tu..tapi sy tak laratla..malas la, lagipon cuaca panas terik..




Destinasi seterusnya adalah Teh Boh..
Yang ni yang dekat bawah, Habu CH..yang kat sini totally memang tak pernah datang lagi..
Yang Sg Palas tu dah pernah singgah masa office family day tahun 2007 dulu..




Kat sini, kitorang makan bekal..order nasi goreng siap2 masa kat tanah rata then bawah naik ke ladang teh..memula kononnyer nak berkelah dekat ladang teh tu..tapi mana ada tempat redup..
So makan jer kat depan kilang proses teh tu ada banyak kerusi meja..


Lepas tu bos blanjer teh boh tin ni..sedap jugak..ada 3 flavour iaitu original, lemon & fashion fruit..
Sorang dapat satu jer..



Kat atas ni ada cafe dan kedai teh..punyerlah ramai orang kat cafe dia..penuh..kebanyakkan adalah orang arab..penuh dengan orang diorang jer..




Disebabkan teh dalam tin tu sedap kan, so sy pon beli 8 tin..
Kat bawah tak jumpa tau teh boh dalam tin ni..kat pasaraya pon takda..
Harga RM1.80 satu..
Beratur nak bayar punyala lama..takderla panjang sangat Q tapi cashier dia lembab sket kot..



Ramai yang naik atas tengok ladang teh, tapi sy letihla..ada anak kecik ni susah..takkan nak bawak Qayyum panjat2 bukit tu kan..kereta standard pon xnak naik so kitorang just tunggu jelah diorang habis melawat..




Ni kat area parking kereta..best giler kot sebab angin kuat..
Sejuk jer walaupun cuaca panas..




Habis jer melawat, terus gerak balik..dari CH lebih kurang pukul 3..tak dapat nak konvoi sebab semua balik ikut Simpang Pulai..kitorang jer yang ikut pahang..


Next family day trip plannyer nak gi Perlis pulak..tapi lambat lagi kot, sebab kene kumpul duit kelab dulu then baru boleh jalan-jalan..


Sekian..


No comments:

Post a Comment