Pages

Tuesday, July 3, 2012

Fruity Cheesy Tart


Assalamualaikum..


Malam tadi sangatlah rajin nak buat kuih..sebenarnya dari minggu lepas lagi nak buat tapi tak sempat-sempat..tart shell tu buat minggu lepas, malam tadi baru berkesempatan nak sambung buat tart yang terbengkalai..


Suka tengok sebab nakpak comel jer..hehe..untuk resepi tart shell ni sy ambik dr blog masakan kat internet..resepi asal dia untuk tart telur, sebab sebelum ni dah try buat tart telur guna resepi ni & kereta standard kata sedap tu yg this time pon ikut jer resepi yang sama..so resepi ni sy ubah sket untuk fruit tart..


Bakar tart shell ni sekejap jer, sy punya oven cepat panas so dalam 5 minit bakar guna api atas bawah tengok dah perang sket terus jer angkat..kalau ikut timing resepi asal memang hangus terbakar..




TART CRUST ATAU SHELL
by : fromintankitchen

170gm marjerin atau butter

50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 160C selama 5 minit atau sehingga masak..(oven sy kecik so cepat panas, bakar sekejap jer)
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling..


Cream Cheese resepi sy ambik dr buku masakan Haneyliza

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
50gm mentega

Satukan cream cheese, gula & mentega..pukul hingga kembang..masuk dalam piping beg & picit dalam tart shell..letak hirisan buah-buahan..sy punya guna anggur hitam & kiwi jer..stawberry takder..


Yang ni masa first time buat tart shell..follow jer resepi bakar 20 minit..masuk jer oven terus tinggalkan. dalam seploh minit bau hangus dari dapur, tengok-tengok dah rentung..frust betulla kalau buat kuih tak jadi kan..so lepas tu memang berhati-hati..tak tinggal oven lama-lama..sekejap-sekejap kene tengok..dah la nak isi doh masuk acuan tu ambik masa lama giler..nak siapkan adunan sampai sakit-sakit pinggang lah..hehe



No comments:

Post a Comment