Assalamualaikum..
Dah nak dekat dah ni..
Takut pulak nak bersalin..
Sakit tak???...soalan tak boleh belah kan..hehe
Dulu masa Qayyum doctor terus jer plan ceaser sebab expect baby besar, memang tak rasa langsung sakit bersalin, contraction ker apa ker..
Tapi, harap2 kali ni dipermudahkan semua..aminn..
Kali ni sy nak share persediaan berpantang sy untuk kali ni..
Dulu first time tak reti sangat kan, so bila dah ada experience sikit bolehla improve..
Demi keselesaan tubuh badan sendiri..
1. Set Berpantang Shaklee
Demi misi 50kg, so kali ni sy nak try set berpantang dari Shaklee..daripada review yang sy baca, rata2 pengguna memberikan positive comment..
So kalau dah elok, apa salahnya try kan..
Set ni sy beli dengan officemate kereta standard, dapatla member price..lepas tu sy tambah Alfalfa Complex..yang ni drpd review yang sy baca fungsinya untuk memperbanyakkan susu ibu..sy sebenarnya tak ada masalah dengan susu sebab masa Qayyum dulu susu memang banyak..tapi nanti kan konon2 nak diet..kalau tak makan kang sian pulak kat baby, jadi sy plan ambik supliment..satu set ni harganya RM308..Set ni boleh tahan sampai 4 bulan..
2. Pasang Air-Cond
Hahaha...
Yang ni memang dasar mengada2..
Sebenarnya cuaca kat Sg Besar amatlah panas..
Pedulik hapa sy walaupon rumah mak sy tu rumah papan jer..
Dulu masa Qayyum memang menggelupor nak balik rumah cepat2 sebab dah tak tahan dengan cuaca panas kat kampung..
Qayyum pon sampai tumbuh2 ruam kat muka dengan kepala, siang2 memang bogel jer..badan berpeluh2 kalau pakaian baju..sian kat dia..
Malam2 memang melalak maybe sebab kembung perut..
Sampai demam2, sakit2 kepala nenek Qayyum jaga masa dalam pantang tu..
Malam2 memang melalak maybe sebab kembung perut..
Sampai demam2, sakit2 kepala nenek Qayyum jaga masa dalam pantang tu..
Kali ni sy tekad suruh kereta standard pasangkan aircond..
Tapi kitorang beli yang second hand jer..yang ni pon advise by sepupu sy..
Dia kata kat rumah dia pon pasang yang second hand jer..masih elok sampai sekarang..
Kalau beli air-cond baru kan mahal..yang ni dapatla murah sikit..
Yang ni brand york, harga air-cond dengan upah pemasangan sekali RM450 sahaja..
Jimat banyak compare dengan beli yang baru..
Kitorang dah try tido pasang air-cond siang malam memang sejuk..hehe
3. Buku Hidangan Berpantang
Buku ni beli dah lama jugakla, dua ke tiga bulan lepas masa temankan officemate sy beli novel kat Jalan TAR tu..tiba2 ternampak buku masakan berpantang ni terusla beli..
Sy kan memang suka beli buku masakan..
Masak ke tak masak, belakang kira..yang penting beli dulu..hehe..
Ni antara menu2 dalam buku ni..
Takdelah ikut 100% sebab ada hidangan ayam jugak tapi depend pada badan seseorang tu..kalau makan ayam tak gatal boleh jer teruskan makan..tapi ayam kampung memang boleh makan rasanya..
Antara ikan yang boleh dimakan semasa dalam pantang adalah ikan haruan, ikan merah, ikan siakap, ikan bawal putih, ikan tenggiri, ikan bilis dll..ikan apa lagi ek, lupa pulak..
Sayur pulak kalau ikut buku ni banyak resepi macam ulam pegaga tu dan peria..
Tapi kebanyakkan masakan semua letak lada hitam..
Masak lemak pon ada..
Confius pulak masa berpantang boleh makan masak lemak cili padi..hehe..
Kalau tengok semua resepi, semua nampak sedap jer..kari pon ada jugak..
Berpantang sebelum ni mak mertua sy masak serunding ikan haruan dengan kunyit, ikan bilis goreng tanpa minyak dan singgang ikan tenggiri..
Kat rumah mak sy pulak, mak sy masak ikan haruan panggang lada hitam dengan bawang putih..kadang2 ikan jer lain2 tapi menunyer sama jer..
Memula memang la sedap tapi kalau dah seminggu hadap lauk yang sama jer memang busan tahap gaban kan..
Tapi, dah nama berpantang kan..kalau boleh bedal semua bukanla berpantang namanya..
4. Barut & Losyen Mustajab
Yang terakhir adalah barut dan losyen mustajab ni..
Barut tu beli masa pregnant Qayyum..
Beli kat kampung, murah jer..dalam RM30 la lebih kurang..
Tapi masa pantang tu tak pakai sangat..
Kali ni, demi misi kurus kenela berdisiplin sikit..selese ke tak selesa kene pakai jugak..
Yang ni barut tradisional..
Jadi untuk mempercepatkan pembakaran lemak, kita akan sapu losyen mustajab tu dulu kat perut sebelum pakai barut..
Harap2 berkesanlah yer..
Untuk krim mustajab tu sy beli dua jenis, satu yang extra hot dan lagi satu jenis super hot..
Sy baru try krim yang super hot tu..sebelum ni tak pernah beli yang ni pon..
Dah lama dulu ada jugak beli tapi yang biasa2 tu..
Tapi bukanlah sapu kat perut kan sebab belum bersalin lagi..
Sy sapu kat betis dengan tapak kaki bila lenguh2..
Asyik jalan jer kan, mana tak lenguh2 kaki..
Berkesan jugakla, hilangla lenguh2 kaki tu..
Nak kata panas sangat tu takdelah sampai terbakar kulit..hehe..
Itu jelah kot persediaan berpantang sy untuk kali ni..
Kalau ada nanti sy updated lagi..tapi macam dah cukup jer..
Semoga kali dipermudahkan bersalin dan berpantang sy..
Terima kasih sudi baca..
Sekian..
Bestnye. Rasa cam nak berpantang gak sekali walaupun umo dah nak masuk 40an. Anak baru 3. Apa apa pun selamat berpantang ye. Moga dipermudahkan semuanya.
ReplyDeletewah...semoga selamat bersalin dan tempuhi alam pantang dengan sabarnya! hehe..mak aku pun masakkan rendang lagi tau time dlm pantang..mujur badan boleh tahan
ReplyDeletenk tanya aircond second hand tu beli kat kedai mana ? tgh mencari jgk ni.
ReplyDeleteHi azliza, aircond tu beli kt Sg Besar tp dah hilang ctc number la..sorry :(
Deleteaircond second hand tu beli kt mn?
ReplyDelete