Pages

Saturday, July 26, 2014

Iftar @ Restoran Sentosa, Raub Pahang


Assalamualaikum..

Wahhh, lagi dua hari dah nak raya..
Sy dah pon selamat sampai kampung..

Tapi masih nak update cerita buka puasa kat luar..
Lepas ni kene tunggu lepas raya baru ada masa nak update blog pulak..



Haritukan orang gomen dah dapat bonus raya..
So kereta standard dengan kawan dia pon ajak buka puasa kat Restoren Sentosa ni..
Last year pon sama, kitorang ada makan sekali kat sini..
Ehh, dah macam aktiviti wajib plak kan..

Restoran ni adalah chinese restaurant..
Agak famous jugak sebab sultan, menteri2, ketua2 polis semua memang akan singgah makan kat sini..
Siap ada gambar kat dinding..
Tapi sy lupa plak nak snap picture..


Asalnya rumah tapi dijadikan restoran..
Dari luar nampak cantikkan kan..
Restoran ni jugak dekat sebelah Masjid Raub tu jer..
Lokasi pon strategik, tak susah sangat nak cari restoran ni..

Lets check-it out, apa yang kitorang makan kat sini..



Yang ni lauk yang first sekali sampai, Ayam  Kampung Goreng..
Biasa jer, rasa ayam goreng la cuma ni ayam kampung la kan..
Sorry la gambar tak sharp..



Next is Sotong Sambal..
Yang ni sedap..
Nora bagi 4 bintang..hehe


Qayyum macam biasa makan nasi putih, nasib baik ada ayam goreng..
Qayyum ni kadang2 kelakar tau..
Kat sini mana ada kicap kipas udang, tiap kali makan mesti minta kicap..
Lain kali mama kene bawa siap2 kicap dari rumahla kalo macam tu..haha

Restoran ni cuma sediakan kicap masin jer..
Sekali dia tuang bertakung satu pinggan..dia makan sesuap terus xnak makan dah..
Hahaha..masin kan..
Minta nasi lain, agaknya laparla kot..habis sampai dua pinggan dia makan..
Siap lawan2 makan dengan Hanis anak K.Aida tu..


Yang ni jiran depan rumah, Fairuz dan Zarie..



Muka gembira dapat buka puasa kat luar..


Yang ni ikan patin tempoyak, memang kuah pekat dan terbaikla patin tempoyak kat sini..
Bila tengok meja lain pon sama order patin tempoyak jugak..
Maaf sekali lagi sebab gambar tak sharp jugak..
Hehe..tak sabar nak makan, main snap jer lepas tu tak tengok pon gambar ok ke tak..
Bila dah upload baru laaa..kenapa tak clear..
Ehhh, sendiri tangkap gambar sendiri tanya plak..
Sendiri mau ingatla..hehe

Kitorang order jugak udang dengan sayur kailan..
Udang ni pon sedap dan besar..
Nampak macam biasa2 jer tapi sedappp...

Kitorang order 5 lauk jer utk makan 6 orang dewasa dengan 3 orang budak..
Alhamdulillah kenyang..
Air pulak order jus tembikai, tapi macam kureng sketla..
Terus teringat2 jus kat Tanah Aina, jus memang terbaik tapi makan biasa2 la pulak..

Alhamdulillah, lepas makan terus singgah masjid solat magrib, lepas tu terus gerak balik rumah..
So sebelum raya ada lagi satu dan yang terakhir buka puasa kat luar iaitu Rest House, Bentong..
Tapi tu nanti lepas raya la kot baru update..
Sekarang sudah mood raya..

Sy ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..
Hati2 memandu pulang ke kampung, semoga selamat semuanya..
Amin..




3 comments:

  1. Food was ok. But.....
    Very bad experience with this restaurant.
    1) chinese lady boss/owner very rude when taking order.
    2) established restaurant like that but menu not available.
    3) kena ketuk because we werent from raub. The whole meal for just 3 of us was super expensive.

    ReplyDelete
  2. halal tak restoran ni?

    ReplyDelete