Assalamualaikum..
Hari Ahad lepas ada kenduri wedding anak kawan kereta standard dekat Bentong, so dah alang2 keluar pakai baju cantik jadi kereta standard pon ajak turun KL jalan2..hehehe..ai suker jer..
Tapi ada bad story masa kat kenduri tu..
Kadang2 sy rasa sesetengah orang kita ni terutama orang MELAYU dah hilang rasa malu dalam diri, kurang bermoral dan sombong..
Mintak dijauhkanla daripada berlaku perkara macam ni terhadap saya dan keluarga sy..
Kisahnya..
Kereta standard dengan Qayyum makan dulu, so sy pon pegang baby bagi kereta standard habis makan..
Mula2 tu ingat dah nak ambik makanan kat meja buffet tapi ramai pulak bebudak tahfiz yang beratur..sy jadi seganla pulak..sy cakap kat kereta standard xpela, sy ambik makanan sekejap lagi..bagi bebudak tahfiz tu habis dulu, tak pun bagi laki sy habis makan dulu then dia boleh ganti2 pegang baby..
Lepas budak2 tahfiz tu makin lama2 makin ramai pulak tetamu..
Kereta standard suruh jer sy gi beratur ambik makanan..dia pulak makan sambil pegang baby..
Ok, sy pon pergila beratur..panjang plak tu nak sampai turn sy sbb dah ramai tetamu masa tu..
Lepas sy ambik makanan, sy datang kat meja sy tengok dah ada orang plak yg duduk kat kerusi sy..
Sorang perempuan dengan mak dia dan mak perempuan tu pegang baby..
Sy pandangla perempuan tu, sy ingatkan dia nak bagi sy duduk tapi dia boleh buat selamba badak jer..tak pandang sy pon..dengan bawak camera besar, macam bagus jer..ok fine..
Kereta standard dah habis makan, so dia pon bagi kerusi dia..Qayyum pon tengah makan lagi tak habis2..kereta standard tunggu kat sebelah..
Perempuan tu pon bangun nak ambik makanan agaknya, dia pon letak hanbag kat kerusi tu konon2 dah book la kerusi tu..ok fine..yang paling tak boleh belah mak dia yang duk kat sebelah tu tarik kerusi tu sambil letak kaki...buruk perangai betul..ok fine..
TAPI...ada lagi yang paling sy tak boleh belah..
Makcik tu dengan selamba jer selak kopek susukan anak dia..hoii, kat tengah2 kenduri2 boleh pulak dia selak kopek tanpa cover2 ok..sy pulak yang rasa segan2..
Tapi bukan segan sangat lebih pada menyampah..
Kereta standard pon sama segan jugak nak tengok adengan yang selamba tu terus dia bisik dekat sy kata dia tunggu kat tepi khemah..
Sy rasa macam tak selera pulak nak habiskan makanan..
Tunggu Qayyum habis makan lepas tu cepat2 pegi basuh tangan..
Masuk dalam kereta, kitorang terus membincangkan isu bukak kopek yang td tu..
Sy rasa takdela tua sangat makcik tu, macam tak sampai lagi 50 tahun..
Tapi memang macam orang kampung..no etiqa dan buruk perangai..
Dah tua2, tak reti nak malu dan hormat orang lain..
Mereka sedondon baju kotak2..hehe
Kereta standard plan nak gi KL tapi sy kata kita jalan2 Genting jelah..
Last time datang Genting masa sy belum bersalin Anaz rasanya..dah lama jugak tu..
Kitorang pulak tak sedondon..hehe..
Malas nak iron baju kurung kaler merah, so pakai jelah yg senang2..
Eh..eh..eh..sian Anaz tak nampak muka..
Mama dia jer yang nk enterfreme lebih..
Dahla kene main toy abang Qayyum..kepala ultraman dah tercabut pulak tu..alololo, cian dia..
Haipp...main air liur..biase dia nih...
Sekarang adalah fasa rambut tinggal sikit jer sebab asyikla gugur..terpaksalah redha..
Harap2 sebulan dua lagi akan ok..
Kitorang sampai Genting punyerla susah nak cari parking..tempat yang selalu park depan Hotel First World tu ada construction pulak..
Pusing punyer pusing akhirnya dapat jugak park..tapi jauh sikitla kene jalan kaki..
Kitorang park dekat hotel apa ntah nama dia..lupa plak..hehe
Rupa2nya Genting outdoor tengah renovation..
Tak tahu akan ambik masa berapa lama..
Tapi lepas ni mesti rate akan mahal giler kot kalau dah siap..
So kitorang just jalan2 kat dalam ni jer..
Tak main indoor pon..
Just jalan2 cuci2 mata..
Bawak budak lebih kurang 8kg dalam carrier ni memang buatkan sy sakit2 bahu bila jalan lama2..
Kene beli stroller lg satu la agaknya tapi rugi space bonet kereta la pulak kan..
Tu yang jadi bengkak2 muka dia tu..
Siang2 pon kat rumah banyak nyamuk..ptffffhh...
Lepas dah penat jalan2 so kitorang pon lepak2 kat Kenny Rogers..
Makan lagi..cemana nak kurus ni..haishh..
Tapi order satu plate jer..makan kongsi sudah..
Air jer order sorang satu sebab kereta standard takmo kongsi..
Ciss..belagak betul takmo kongsi dengan bini..ok, fine..
Order jer air lain, lagipon dia yang bayar kan..
Lepas makan, pusing2 lagi sekali..
Kat Genting ada sale jugak tapi up to 50% jer..
Budak2 pon sampai dah tertido2..
Lepas pusing2 terus jer gerak balik..
Adala orang tu kan, siap beli selipar baru kaler merah nak matchkan dengan baju dia..hehe
Bila keluar jer dari First World tu hujan selebat2nya..sejuk giler..
Kat dalam tak rasa sejuk sangat, tapi kat luar dah berkabus tebal dah..
Balik bawak kereta slow2 jer..jalan licin dan bahaya..
Towing truck pon dah ada sebiji dua tunggu tepi jalan..
Memang cr nahas la kalau bawa laju..
Terima kasih sudi baca..
Bye..
No comments:
Post a Comment