Assalamualaikum..
Hari Khamis last week tu sy ada 1 day course dekat TTC, Jalan Semarak..
Tapi yang bestnyer kursus tu sekejap giler dah habis, sebelum jam 12 dah boleh balik..
Sy pon macam tak percaya, eh-eh-eh..takkan cepat sangat dah habis..
Walaupun kursus dah habis awal, takkan nak balik office kot..
Rugi2..haruslah jalan2 dulu kn..tapi nak diingatkan sy bukan mengular ok..
Manalah tahu kan tetiba ada orang yang mulut longkang tu mengadu kat bos yang haku ni curik tulang..
Tiket bas balik pulak dah beli siap2 seminggu punyer jam 6 petang, tapi takkan nak tunggu pukul 6 baru nak balik kan..
Haruslah sy pon calling2 my darling suh hambik kat kolumpo tu..
Hohohoii, macam laki ko takder kerja kan nak suruh pi ambik kat Keyel..
Hehehe.
Tapi kereta standard kata OK..
Hewhewhew..i lap u papa...
Suka walaupon terpaksa burn tiket bas 6 hengget..:(
Disebabkan dah lunch hour so kitorang pon decide gi makan dulu..
Tapi kereta standard bukan datang sorang2, tapi dia datang dengan kawan2 office dia..
Kereta standard ajak makan kat Fullhouse, Wangsa Walk..
Last sekali kitorang datang makan kat sini rasanya masa Qayyum umur setahun..
Lama giler dah berlalu..hehe..
Masa ni tak ramai sangat orang kat dalam restaurant..
So senang jer nak dapat meja..
Sebab dah lama tak makan grill chicken Fullhouse ni, so sy order set yang ni..
Sama jer macam dulu2, tiap kali makan kat sini mesti order benda yang sama..
Memula macam nak try makan benda lain pulak kan, asyik makan benda yang sama jer..
Tapi tiap kali waiter ambik order, yang ni jugak yang saya order..haishh..
Sekarang dah ada tambahan beberapa menu untuk set lunch hour ni, kalau dulu ada 3-4 set jer..
Sekarang dah ada set pasta 2 jenis, set burger, set salad dan macam2 lagi..
Maklumlah kan, dah lama tak datang makan kat sini..
Yang ni sup cendawan
Sy rasa macam sup ni dah kureng sedap plak compare dengan masa mula2 makan dulu..
Kuat sangat rasa cendawan..
Order set lunch dpt sup cendawan, yang ni kongsi jer dengan kereta standard..
Dulu2 ada desert macam kek tu tp skrg dah takde pulak..
Kereta standard pulak asyik order air yang sama jer jugak sejak dulu..sama lah macam sy kan..hehe
Apa nama air ni ntah tapi dia ada bubble masam2 manis yang meletup kat dalam mulut tu..
Yang ni tak jumpa lagi kat tempat lain, tu yang kereta standard suka sangat tu..
Cuma yang tak tahan air ni manis sangat..
Yang ni Kak Aida, rakan sekerja kereta standard..
Dia ni pregnant dah 7 month tau tapi kan kenapa sy pulak yang nampak lagi besar daripada akak ni..
Confius sekejap..haha..
Kereta standard dengan K.aida order menu yang sama..
Lupa la apa nama menu ni..ada ikan, udang dengan macam kepah tu..
Tapi orange sos dia ni manis sangat..
Kene reduce sikit gula tu baru ok dengan tekak sy ni..
Sekarang ni gula dah mahal, jadi haruslah kurangkan makan manis2..
Lagipon kata diet kan..
Sy makan ni tak habis pon sebab pagi tu sy dah bedal rojak tempe kat kedai makan depan TTC tu..
Jadi lunch takdelah lapar sangat..
Nasib baik kereta standard ada tolong habiskan..
Jangan membazir, tak baik..hehe
Sebelum makan, macam biasa haruslah selfie kan..
Tapi sy tak rajin pon nak post dekat fb or instagram ker..
Sy lebih suka tulis kat blog jer..kalau ada orang nak baca, dipersilakan..kalau taknak baca..sudah..
Lepas makan terus balik Bentong..
Terima kasih sudi baca,
Bye..
No comments:
Post a Comment