Friday, November 29, 2013
Ayam Golek 5 Bintang @ Nara Seafood, Pantai Dalam
Assalamualaikum..
Ohohoho..today is my last day kat office..
Semalam dengan kelmarin terpaksa urgent sebab Anaz demam..ni first time dia demam..
Demam nak besarla tu kot..tapi alhamdulillah dah sihat..tu pon terpaksa masuk ubat bontot dua biji, dengan meragam, dengan taknak susu..macam2..
Dan disebabkan dah cuti 2 hari, maka sy dah terlepas nak makan durian kat Telekom Muzium..
Semalam last day..ish..ish..ish..
Suh kereta standard beli tapi dia malas nak layan kiter..sedih tau..
Tapi ok, fine....
Ni nak cerita entry yg tertangguh..
Hari Isnin lepas, officemate sy si dak Lily tu ajak sy dengan Mieza lunch kat luar..
So sy follow jelah..sebab lepas ni dah tentu2 susah nak jumpa diorang..
Tapi lunch tak agak2, pergi nun kat Pantai Dalam sana tu..
Dari Jalan Raja Chulan ke Pantai Dalam lebih kurang 20 minit la kot plus minus jem waktu tengahari..
Kat Pantai Dalam ni ada beberapa kedai makan yang agak popular jugakla..
Dulu2 masa sy bujang sy memang sewa kat area Kerinchi tu tapi tak ketahuan pulak ada restoren ni..
Baru sekarang ni la tahu..hehe..teruk betulla kan..
Ni first time kitorang gi makan kat sini..
Saja jer nak try..
Kitorang sampai sebelum jam 1 tengahari so belum ramai lagi orang..
Tapi memula tu macam confius sikit ni kedai melayu ke bukan? halal ke tak?
Sebab apasal waiter dia semua "abangla"...hehe
Tapi jangan risaula..halal..
Sebab malas nak pikir2 menu apa nak makan so kitorang decide pilih yang set jer..senang kan..
Yang 4 orang makan..ada nasi, ayam golek, tom yam, sayur, kerabu dengan telur dadar..
Katanya yang famous amos dia punyer ayam golek, sebab tu nama restoren ni pon ayam golek kan..
Ayam golek dia memang best dan sedap..
Next time kalo datang sini lagi nak try dia punyer nasi ayam pulak..
Ni kerabu mangga, boleh tahan sedapla jugak..
Yang ni pulak tomyam campur..
Tapi biasa2 jer rasa dia..sy rasa macam tak berapa best sangat sebab dia tak panas..
Tomyam kan kene panas2 baru umph..kata orang..hehe
Sayur kailan ikan masin..
Hamboi si dak Lily nih, kalo pasal makan tak nampak benda lain dah..
Nak ambik gambar pon sampai begegar2 gambar ko dik..
lapar ek, dah tak sabar nak makan letteww...hehe
Air pulak memasing order air buah, gelas besar pulak tu..
Rasa cam dah kembung giler perut nak habiskan air..
Yang kelakar tu kan..
Memula tu semua la makan pakai sudu garfu lepas tu terus basuh tangan..
Kita kan orang melayu, tak feel sangat la makan pakai sudu..
Kononnyer la kan..hehe
Tapi nasib baik takde sambal belacan, kalo ada haruslah pakai sudu garfu jugak..
Lepas tu kitorang tinjau2 dan intai2 tempat diorang bakar ayam golek tu..
Dah dekat jam dua petang terus chow balik office..
Time tengahari restoren ni penuh, tapi kalo makan kat area sini cam susah sikit nak parking sebab kene park kat tepi jalan..
Makan kat sini ok, ayam golek dia sedap..
Next time boleh datang lagi..
Sekian,
Terima kasih sudi baca..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment