Pages

Tuesday, November 26, 2013

Aktiviti Hujung Minggu - Temerloh


Assalamualaikum..


Last weekend punyer aktiviti adalah balik Temerluve...
Hari sabtu tu kitorang pergi kenduri kendara..ada 3 jer kenduri yang berjaya pergi..tak larat weii nak gi semua tempat..


Kat kenduri pertama sy makan, yang kenduri kedua tak makan, dan yang ke-tiga makan balik..hehe..
Tapi cuma kat kenduri yang pertama jer beria2 ambik gambar..lepas tu, yang lain terus malas..




Ni dekat kenduri yang pertama, sebab tak makan apa2 lagi dari pagi jadi kat sini haruslah makan nasi kan..
Ni kenduri sedara mara kereta standard la jugak..buat kat dewan jer, senang..
Yang bestnyer dapat gift perfume tapi kecik jelah..ok jugak bau dia, takdelah tak sedap sangat..hehe




Masa ni awal lagi, baru jam 11.30 pagi..
Pengantin pon baru jer lepas nikah..bersanding tengahari la kot..
Masa ni tetamu pon tak ramai lagi..
Kitorang tak tunggu pengantin pon sebab nak kejarkan kenduri lain pulak..




Budak Qayyum ni kan sambil makan gula2 sambil makan nasi..
Tapi nasib baik jugakla dia nak makan nasi..




Dengan ibu mertua ku..

Hari ahad tu pulak ada kenduri pengantin lagi tapi kitorang dah malas nk ikut..
Just mak dengan abah mertua sy jer yang pergi..




Budak Anaz Qaizer ni dah 6 bulan..
Sekarang dia dah start angkat tangan dan badan nak merangkak..
Yang kelakar tu sampai mengeletar2, bergoyang2 dia nak menahan tangan tu..kelakar, tapi macam comel jer..hehe




Dah penat angkat tangan dia meniarap balik..
Cepat sangat masa berlalu..tak payahla besar cepat sangat..mama nak awak macam ni jer..hehe, boleh ker macam tu..





So, aktiviti kami pada hari ahad adalah berjalan2 ke Mentakab Mall..
Jalan2 cuci mata jer..
Eh, tapi sy ada tershoping kasut dgn buku resepi la pulak..hehe..




Dah penat jalan2, kitorang singgah kat KFC nak bagi budak Qayyum ni makan..
Sian dia tak makan2 dari pagi..
Adalah susu sebotol jer masa bangun tido..




Belikan air milo dengan cheezy wedges jer..
Tu yang comot2 mulut dengan warna kuning tu..
Ni makan buat alas perut jer, kang balik rumah baru makan nasi..




Rashes kat pipi Anaz ni naik balik sikit2 sebab budak ni suka sangat garu dan gosok pipi dengan muka dia..
Lagi2 time nak tido tu kan, kemain sedap lagi dia menggosok..




Sian dia takder mainan..
Asyik2 kene main otromen abang Qayyum jer..hehe..




Masa ni dah dekat jam 12 tengahari tapi tak ramai sangat orang kat KFC sini..
Kitorang pulak tak makan KFC pon just bagi Qayyum jer yang makan..
Malas nak makan sebab mak mertua sy dah masak "Ikan Patin Tempoyak" kat rumah..
Nyum..nyum..
Dah 6 bulan kene pantang makan ikan patin tau..mak mertua sy kata tak elok makan ikan yang bersengat ni jadi baru ni la dapat makan ikan patin tempoyak..
Tapi kan rasanya macam sy dah bedal ikan keli jer sebelum2 ni..hehe
Sepatutnya ikan keli pon tak boleh la makan kan sebab sama bersengat macam ikan patin tu..
Apa2 jelah..dah selamat dalam perut pon..




Budak ni kan sambil makan sambil tawaf satu KFC ni..




Lepas makan jalan2 sekejap lepas tu terus balik rumah..
Petang ahad, macam biasa lepas asar baru kitorang gerak balik Bentong...



Sekian,
Terima kasih sudi baca..


No comments:

Post a Comment