Pages

Monday, November 18, 2013

Cuti-Cuti Melaka


Assalamualaikum..


Last 2 week ada cuti empat hari dari cuti Deepavali bawak ke Awal Muharram so sy dan keluarga mertua sy pergi jalan2..ala bukan jauh sangat pon, Melaka jer..


Last time sy melawat Melaka ni 6 ke 7 tahun yang lepas..memang totally differentla, dulu mana ada naik bot ker, taming sari ker tapi sekarang ni macam2 ada..


Hari pertama sampai Melaka, just pusing2, check-in, makan then tido..
Hari kedua pulak jalan2 kat shopping mall Mahkota Parade jer sebab kereta standard pon tak tahu sangat jalan Melaka..kebetulan abang dia gi turun KL tengok bola..so takde pemandu pelancong means no jalan2 lar..


Hari ketiga semua dah ada baru start jalan2..
Kitorang drive 2 kereta..
Parking pon hazab jugak, time cuti kan so memang full tapi akhirnya dapat jugak parking..
Aktiviti pada hari tu:-
1. Jalan2
2. Tengok2 view
3. Naik bot menyusuri Sg Melaka
4. Naik Taming Sari
5. Pergi Pantai Klebang kononnyer nak cr coconut shake tapi gerai yg famous amos tu tutup plak..
6. Last sekali, malam makan kat Umbai ikan bakar..





A famosa tak pergi pon kali ni, tak larat dah nak naik tangga nak kene hangkut stroller pulak tu..




Budak shomel ni baik jer..takde pon nak meragam2..
Tu yang best bawak jalan2 tu..





Family kecil sy..hehe
Nasib baik ada long dgn adik kereta standard yang tolong ambikkan gambar..
Kalo tak, takdelah family picture..




Kat tepi sungai ni view memang cantik..




Naik bot ni bayar RM10 jer sorang..
Tapi xderla pusing satu sungai ni, just sampai satu tempat lepas tu bot akan patah balik..
Ada la record explanation bila kita lalu building apa dan apa, tapi masa tu sy tak ambik perhatian sangat..






Anaz Qaizer dah nak masuk 6 bulan..cepatnyer masa berlalu..
Bulan depan dah boleh makan..yeayy..




Yang budak Qayyum ni pulak asyikla main tab jer, bawak jalan2 langsung tak heran..cis betulla..
Mak bapak dia jer yang excited lebih..




Lepas tu naik Taming sari pulak..
Harga RM10 waktu siang, tapi kalau malam dah naik jadi RM15..
Lepas dah penat jalan2 kat bandar Melaka, terus gi Pantai Klebang pulak..
Pantai dia macam tambak jer, tapi ramai jugakla orang petang2 kat sini..




Sekarang ni dah susahla nak posing2 maut sorang2 kan..
Rasanya hampir takde gambar sorang2 kecuali samada tengah duduk atau keluar tanpa family..
Prop mesti ada baby atau baby dalam carrier..hehe..




Budak Qayyum ni kalau dah nampak pasir, memang histeria nak main pasir..
Habis sampai kepala2, baju seluar semua berpasir..
Lepas tu terpaksa cuci kat paip tempat pekerja indonesia mandi sebab kitorang tengok ada ramai jer parent yang tumpang mandikan anak2 diorang kat situ..




Dari Pantai Klebang terus gerak gi Umbai nak makan malam..
Lepas jer makan terus balik homestay dan rehat..

Untuk cuti2 kali ni kitorang stay kat homestay Pulau Melaka..homestay tu betul2 kat sebelah Masjid Selat..
Tapi sy tak ambik gambar pulak..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..



1 comment: