Pages

Wednesday, February 27, 2013

Kenny Rogers @ Mentakab Mall


Assalamualaikum..


Ini masih lagi entry tertunggak last two weeks..
Sambungan kepada entry makan luar Marrybrown Fun Time @ Temerloh


Disebabkan mak mertua sy tak masak pada hari itu, sy pon malas jugak nak masak kat rumah mak mertua sy, jadi haruslah kitorang jalan-jalan cari makan waktu petang pula..
Tengahari tu dah makan Marrybrown kat Temerloh, jadi petangnya pula kitorang jalan2 dekat Mentakab Mall..


Kereta standard kata kita makan Kenny Rogers jer..
Yeaaa...(gembira berganda2..hehehe)




Ni first time makan kat sini, Mentakab Mall..
Orang pon tak ramai sangat..biasa2 jer..




Budak ni biar duduk dalam baby chair ni..
Kalau tak ntah kemana2 nak merayap, xnak duduk diam langsung..
Ni pon sementara nak tunggu makanan sampai, huru hara jugakla nak menjaga budak Qayyum ni..




Meh kita bercamwhore...
Cumil giler Qayyum tiru mama..tapi slack muka takmo pandang camera pulak..
Giler kembang kan muka sy..
Owh, bersabarlah hati..tinggal beberapa bulan jer lagi..




Ok, buat muka comel pulak..
Kalau perasan baju sy sama jer...hahaha..
Malas nak tukar baju, Qayyum tu kene tukar baju sebab dia dah kotorkan baju yang dia pakai pagi tu..
Lagipon t-shirt tu ayah long Qayyum yang belikan dekat Bandung, baru first time pakai..
Terima kasih ayah long belikan Qayyum baju..




Ok, pilih2 menu nak makan apa..
Kali ni biar kereta standard yang pilih menu pulak, sebab sy rasa cam dah boring jer kene pikir nak makan apa..
Apa yang laki order, kita makan jer..
Senang cerita kan, hehe..




Sy order hot chocolate sebab masa tu selsema dan masih batuk..
Konon2nyer malasla nak minum air sejuk..
Tapi, malas2 pon air kereta standard sy bedal jugak..




Kereta standard pulak order chocolate ice..
Sama jer dengan air sy, beza cuma hot and cold sahaja...




Nilah yang kitorang makan pada hari tersebut..
Masa order tu request half chicken..
Kitorang order satu jer, kongsi sudah...sebab malam karang nak makan lain pulak..
Tapi bila sampai, quarter chicken jer..
Mula2 macam nak complain suruh tukar..
Tapi bila tengok balik dekat resit order tu memang sah quarter chicken..
Mesti budak yang ambik order tu tersilap tulis, tapi kitorang malas nak tukar2 dah..makan jelah..
Ambik macaroni cheese, potato salad dan baked bean sebagai side dish..




Sebelum makan, kene pose dengan makanan dulu..
Ni adalah aksi wajib..hahaha..




Dah habis makan, macaroni and cheese tu tak cukup pulak..
Qayyum melalak2 nak lagi..."nak nii,nakk niii..."
Terpaksa la order extra pulak..
Dia suka pulak makan benda ni, banyak pulak tu makan..
Suapkan yang lain, ayam dengan bake bean tu langsung taknak rasa..
Geleng2 kepala taknak makan..




Layan jelah selagi Qayyum berselera nak makan..
Kang kalau taknak makan langsung, kita pon sakit hati kan anak taknak makan..




Burp...
Alhamdulillah, kenyang walaupon makan kongsi jer...
Sy pon bukan boleh dah makan sekali banyak2..
Senak jer perut rasa..kalau makan banyak tu, lepas tu nak jalan pon termengah-mengah macam tak cukup nafas..
Eloklah berpada2 jer makan..




Tengok budak Qayyum ni bukan main bersemangat lagi sedut air chocolate tu..
Kembang-kembang lubang hidung tu..




Kita ingatkan dia betul2 minum..
Rupanya main jer lebih..mula2 jer minum lepas tu habis disembur air chocolate tu..
Bertuah punyer budak..
Habis kene baju, dahlah baju baru, baju putih pulak tu..




Lepas jer makan, terus gerak balik..
Kereta standard kata malam nanti kita makan satay pulak..mak memang cuti masak hari tu..
So malam tu lepas magrib, edisi mencari satay pulak..
Tapi beli bungkus dan makan dekat rumah sahaja..



Sekian..
Terima kasih sudi baca..



1 comment:

  1. Patut Qayyum hensem lain macam, pakai baju yg Pak Long bagi rupanya, hehehe.

    ReplyDelete