Pages

Thursday, February 21, 2013

Bazaar Chowrastar & Nasir Jeruk


Assalamualaikum..


Last day kat Penang, sebelum balik haruslah gi beli2 barang sket kan..
Semua orang pon kata nak beli jeruk..
Tapi kedai jeruk tak tahu kat mana..
Masuk 7-Eleven, lepas tu tanya kat budak cashier tu..dia kata "jalan terus jer kak, kat sini jeruk yang famous Pak Ali"
"Ok, thank you"..


Jadi senang jer, jalan terus jer..
Maka ternampaklah sebesar2 alam signboard Jeruk Pak Ali tu..
Tapi kitorang tak masuk lagi, jalan2 kat depan sket dulu sebab tengok kawan2 semua masuk kat dalam pasar..




Haa, banyak rupanya kedai jeruk kat sini..




Sy dan kereta standard masuk dalam pasar ni tengok2 apa yang menarik..




Kat dalam ni memang kebanyakkan kedai jual jeruk jer..
Pilihlah yang mana berkenan di hati..




Tiba2 ternampak pulak buah ini..
Apakah?
Oooo...ni la rupanya buah pala yang belum di proses..




Yang ni pulak biji dia selepas dibuang kulit..
Kecik cenoet jer biji buah pala tu...
Mahal pulak tu, 100 gram RM8.50..




Macam2 jeruk ada..
Rambang mata dibuatnya..
Harga jeruk dekat dalam pasar ni sekilo adalah RM5 sahaja..
Tapi sy tak beli pon, entahla..
Tiba2 takda perasaan pulak nak beli..
Mula2 macam nak beli jugak, tapi kereta standard bertegas kata jangan beli..
Sebab utamanya adalah CHA YA NUN ALIF...hehehe





Boleh campur2 sendiri jeruk mana yang berkenan dihati..




Yang dah bungkus siap2 pon ada..




Kat dalam pasar ni sy tak beli apa2 pon..
Just jalan2 cuci mata sahaja..




Lepas tu nampak kawan2 office masuk kedai jeruk Nasir ni..
Sy pon masuk jugak tengok2..
Lepas tu sy kata la kat diorang ni "apesal tak beli kat Pak Ali sebelah tu" katanya paling famous..
Kawan sy kata diorang dah masuk tadi tapi takda sapa nak entertain,  tu yang keluar balik, terus takde mood nak beli kat Pak Ali"
Tiba2, perbualan kami didengari oleh si mamat penjual...hehehe..cakap kuat sangat macam pakai microfon..
Mamat tu kata dulu dia kerja dengan Pak Ali, lepas dah pandai tu yang buat jeruk sendiri..


Kat Nasir Jeruk ni, harga sekilo RM10..
Lepas tu sy tanya tagi.."apesal kat dalam pasar tu jeruk sekilo RM5, yang awak jual ni sekilo RM10"
Mamat tu pon explain,
"Yang ni jeruk melayu kak, dijamin halal"
"Kami pakai gula pasir, diorang tu pakai ibu gula..boleh rosakkan perut dan jadi cancer"
Hamboi..panjang lebarla pulak dia explain..jadi sy pon terus la beli jeruk kat sini jer..
Tapi beli sekilo jer, banyak2 sapa yang nak makan pulak..
Kereta standard conform la xmakan jeruk2 ni..




Keychain comel pon ada..
Kereta standard beli satu jer buat kenang2an..
Satu cukuplah..




Tiba2 nampak asam anggur ni, terus rasa dua tiga kali..
Cam sedap jer, dah rasa harusla beli sket..
Padahal dah beli sebungkus kat Padang Besar haritu..
Tapi nasib baik kereta standard tak perasan sy beli lagi..
Kalau tak mesti dia bising makan asam banyak2..




Officemate sy ramai yang borong jeruk kat sini..
Beli bang jangan tak beli..




Yang baju hitam belah kanan sekali tu la mamat tokey kedai tu agaknya..
Malas nak ambik gambar dia depan2, kang obvious sangat pulak  kan..
Dia sangat bagus dalam communication skill..peramah dan handsome pulak tu..eh, tiba2..(mata pandang atas)..




Lepas tu jalan2 lah mana yang patut dan singgah jugak mana2 yang patut..
Mydin pon kitorang masuk jugak..
Dah masuk Mydin tu kan, haruslah beli barang jugak kan..tak kisahla kecik pon beli jugak..
One thing yang sy notice masa beratur nak bayar, semua orang tak pakai plastic beg..dan ada yang bawa beg sendiri..
So, bila turn sy..cashier tu tanya la nak plastik ke xmo..
Beli syampoo jer pon, jd masuk dalam handbag saja..
Lepas tu kereta standard kata semua pasaraya kat Penang ni mengamalkan green campaign..


Bas akan gerak dalam pukul 12 tengahari..
Dah dekat pukul 11, jadi terusla gerak balik..
Sebelum tu kita makan dulu..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..




No comments:

Post a Comment